Thursday, 9 June 2011

AMBIL DEPOSIT, AGENSI 6P AKAN DISENARAI HITAM



SYARIKAT yang terlibat dalam program pengampunan dan pemutihan pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini dan mengambil wang pendahuluan lebih awal daripada Pati akan disenaraihitamkan, katan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Walaupun mereka berkelayakan dan merupakan syarikat terbaik, tetapi mereka mengambil kesempatan dengan mengambil wang pendahuluan, mereka akan disenaraihitamkan. Jangan mengambil kesempatan terhadap orang yang tidak bersalah sama ada mereka warga asing atau rakyat Malaysia," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas sidang akhbar mengenai Pameran dan Persidangan Kedua Peralatan Polis (GPEC) Asia 2011 di sini Rabu, beliau berkata polis juga sedang memantau kegiatan syarikat-syarikat itu yang mendakwa mewakili Kementerian Dalam Negeri, untuk tindakan selanjutnya.

Semalam akhbar melaporkan beberapa syarikat didapati mengutip wang pendahuluan sebanyak RM800 seorang daripada Pati bagi tujuan pengampunan atau pemutihan, untuk menjadikan mereka pekerja asing yang sah.

Hishammuddin berkata ketika ini terdapat banyak syarikat yang menawarkan diri untuk menjadi agen dalam program pemutihan Pati di bawah Program 6P (Pendaftaran, Pengampunan, Pemutihan, Pemantauan, Penguatkuasaan dan Pengusiran).

"Jangan ingat syarikat-syarikat ini akan mendapat kemudahan seperti syarikat-syarikat outsourcing dulu. Kita sudah belajar daripada pengalaman kita dulu, sesiapa sekarang mahu menawarkan diri dalam proses pemutihan mereka kena bertanggungjawab," katanya.

Setakat ini kementerian juga belum menetapkan jumlah syarikat yang akan dipilih kelak, namum mereka perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Jabatan Imigresen, katanya.

Mengenai GPEC yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 27 hingga 29 Jun ini, beliau berkata ia berbeza dengan penganjurannya pada 2009 kerana kali ini ia diadakan secara besar-besaran dan melibatkan penyertaan menteri dari negara-negara anggota Asean dan beberapa negara lain.

"Saya berharap ia bukan sahaja menjadi tempat tumpuan untuk kita mempamer barangan dan alatan keselamatan, tetapi untuk kita duduk berbincang melihat kepada landskap yang mewarnai dunia khususnya di Timur Tengah dan ancaman-amcaman baru yang ada kaitan dengan jenayah-jenayah merentasi sempadan," katanya.

GPEC merangkumi pameran, demonstrasi produk serta persidangan yang akan melibatkan kertas kerja oleh Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia.

22 comments:

  1. nampaknya, awal2 lagi ada sudah syarikat2 yang mengambil kesempatan mendapat untung dari program pengampunan dan pemutihan ni.

    ReplyDelete
  2. Rasanya lebih baik PATI ni dihantar terus ke negara asal mereka. nanti lain hari mereka akan bawa masalah yang lebih besar kepada negara bila bilangan mereka terlalu ramai di Malaysia walaupun mereka hanya sebagai pekerja. adakah kuota pekerja asing yang bekerja di negara ni?

    ReplyDelete
  3. dikatakan terdapat lebih kurang 2 juta PATi di malaysia..tidak hairanlah jika ada yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan cepat.

    ReplyDelete
  4. mengapa PATI2 ini ingin dihalalkan? bukankah lebih baik jika mereka diusir sahaja..PATI mencabul hak rakyat tempatan..mereka mendapat elektrik, air, rumah dll yang sepatutnya hanya untuk rakyat tempatan..

    ReplyDelete
  5. drpd 2 juta PATI, kira2 1.5 juta terdapat di sabah..rakyat sabah terbeban dengan masalah ini..sekarang PATi ingin dihalalkan kononnya untuk mencegah pemerdagangan manusia..bukankah tindakan ini ibarat menabur garam di luka bagi rakyat sabah? mengapa tidak menubuhkan RCI seperti yang disarankan oleh UPKO?

    ReplyDelete
  6. pengampunan seharusnya tidak diberikan kepada PATI..mereka harus diusir keluar..

    ReplyDelete
  7. Just deport these illegal immigrants back to their country.

    ReplyDelete
  8. Aduii, napalah ada saja pihak yang mempunyai niat yang tidak baik. huhuhu

    ReplyDelete
  9. Jika mahu isu PATI diselesaikan, k'jasama harus ada pada semua pihak dan bukannya simpan niat tamak pula.

    ReplyDelete
  10. Masyarakat dah jemu dengan isu PATI yang tak berkesudahan. Justeri tindakan tegfas harus dibuat bagi memastikan isu ini berjaya ditanggani.

    ReplyDelete
  11. Apapun, program 6P harus dikaji sedalam mungkin sebelum dilaksanakan kerana saya yakin pendekatan ini mampu menimbulkan pelbagai reaksi.

    ReplyDelete
  12. Jadi lihat sajalah perkembvangannya nanti. Harap semuanya Ok.

    ReplyDelete
  13. belum ada apa2, ada sudah syarikat yang ambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  14. kena kaji semula program ini, jgn ada masalah lain pla timbul selepas ini.

    ReplyDelete
  15. Ambil tindakan ke atas pihak yang mengambil kesempatan terhadap program 6P ini. Individu2 seperti inilah yang menambahkan lagi kesulitan untuk mencapai kejayaan dalam program 6P ini.

    ReplyDelete
  16. Semua pihak harus bekerjasama agar masalah PATI ini dapat dikurangkan sekaligus dapat mencari jalan penyelesaianya. Selagi ada sikap tamak dan agenda tersendiri, masalah ini akan menghantui negara sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  17. ambil tindakan kepada syarikat yang tidak mengikut peraturan..

    ReplyDelete
  18. Harap kerajaan bertegas dan serius dalam menyelesaikan masalah PATI ini dan bukannya hangat-hangat tahi ayam saja.

    ReplyDelete
  19. There is no need for Amnesty, just deport them.

    ReplyDelete
  20. bukan setakat rakyatnya malah kerajaan juga terlalu baik dengan PATI. patut la bilangan PATI semakin hari semakin ramai. kerajaan patut belajar bagaimana negara2 lain menyelesaikan masalah PATI mereka.

    ReplyDelete
  21. Harap apa yang dirancang perlulah dilaksanakan sebaiknya. Tidak ada guna kalau setakat bercakap kosong.

    ReplyDelete
  22. encik nak tanya, kita orang asing
    macam mana dan apa saja yang harus kita buat dalam pemutihan ini,
    kita orang nak permit,
    ataupun pulang,
    ada abang bercakap semalam pada kami,
    katanya kita kena bayar RM 500
    kita orang tak faham
    i baca di internet kate free

    ReplyDelete