Oleh : MEDIA SAPP
SABAH bukan lagi simpanan tetap (fixed deposit) Barisan Nasional (BN). Perkembangan baru itu akan dibuktikan pada pilihanraya umum kali ke-13 akan datang, kata Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee.
Dengan masalah-masalah rakyat hadapi hari ini, seperti kenaikan harga barang yang tidak berpatutan, dasar yang tidak seimbang satu negara dengan dua harga barang di pasaran Sabah dan Sarawak.
Harga barang yang lebih mahal tetapi pendapatan gaji yang lebih rendah berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung dan dengan situasi politik BN di negeri Sabah pada hari ini; pergaduhan dalaman antara pemimpin Umno dan pemimpin komponen Barisan National, maka SAPP bersedia berkerjasama parti pembangkang yang lain bagi memastikan status simpanan tetap BN akan dapat dipecahkan pada pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang ini .
“Kekuatan hasil kerjasama yang dinamakan Pakatan Rakyat plus SAPP ini bukan sahaja mampu memecahkan status itu bahkan dapat menubuhkan satu kerajaan baru di Sabah dan Persekutuan,” katanya disambut dengan sorakan gemuruh daripada para hadirin pada majlis Malam Mesra 2011 di sebuah restoran makanan laut di sini, semalam.
Majlis itu diadakan bagi mengenang jasa para ibu bapa dan telah berlangsung selama 10 tahun. Sambutan pada tiga tahun lepas ketika SAPP menjadi parti pembangkang sangat memberangsangkan kerana jumlah meja bertambah dari 30 kepada 70 meja.
Hadir sama pada majlis itu, antaranya, Datin Seri Stella Yong, bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd. Noor Mansur dan Timbalan Presiden SAPP merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Likas Datuk Liew Teck Chan dan Ketua Wanita SAPP merangkap Adun Luyang, Melanie chia .
Turut hadir tiga Penasihat SAPP Datuk Murshidi Nambi, Datuk Francis Yap dan Datuk Paul Wong, para Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Pengerusi Penganjur Malam Mesra yang juga Ketua Wanita SAPP Zon Kota Kinabalu dan Penampang Siaw Shui Lan dan jemputan khas wakil PKR Datuk James Ghani dan PKR KK wakil kepada Puan Christina Liew, Encik Roman Lo dan rombongannya .
Teck Lee berkata, perkembangan semasa menunjukkan golongan berpendapatan rendah dan pertengahan di seluruh Sabah mula memberi sokongan kepada SAPP kerana mereka mendapati pentadbiran BN menyebabkan mereka menghadapi keperitan hidup ekoran kenaikan harga barangan walaupun pendapatan tidak meningkat.
Katanya, kerajaan BN gagal menggunakan sepenuhnya keuntungan berbillion ringgit yang diperolehi hasil daripada kenaikan harga minyak untuk membendung peningkatan harga barangan.
“Petronas baru-baru ini mengumumkan perolehan keuntungan hampir RM100 billion iaitu RM30 billion diberi kepada kerajaan sebagai dividen, RM27 billion sebagai cukai manakala setiap negeri pengeluar minyak seperti Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan masing-masing mendapat RM4 billion dalam bentuk royalti sebanyak 5 peratus. Kerajaan BN boleh gunakan pendapatan dari Petronas ini untuk membendung kenaikan harga barangan terutamanya di Sabah tetapi gagal,” katanya.
Yong berkata, harga gula juga sentiasa naik sejak FELDA mengambilalih monopoli perniagaan komoditi itu di negara ini daripada syarikat milik Robert Kuok.
Beliau berkata, harga gula tidak pernah naik selama beberapa tahun ketika perniagaan dikendalikan syarikat swasta itu tetapi telah dinaikkan beberapa kali sejak FELDA menguasainya.
“Apa yang menghairankan ialah FELDA adalah agensi kerajaan yang sepatutnya mengutamakan kebajikan rakyat dan bukannya mementingkan keuntungan sahaja,” katanya.
Beliau seterusnya berkata, segala kepincangan pentadbiran BN itu akan diperbaiki apabila Pakatan Rakyat plus SAPP mengambilalih pentadbiran kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri Sabah.
isu2 kenaikan harga barangan dan pelbagai isu lain akan menjadi modal pembangkang dalam PRU nnti. ini mgkin akan menjejaskan sokongan rakyat kepada BN jika pembangkang berjaya mempengaruhi rakyat. BN harus mengambil tindakan untuk memastikan sokongan rakyat berkekalan.
ReplyDeleteSabah does not remain as fixed deposit forever, the government must remember that.
ReplyDeletepelbagai isu dimainkan oleh parti-parti politik ingin mendapatkan Sabah.
ReplyDeleteSAPP mahupun PR tidak harus terlalu yakin akan menang pada PRU nanti walaupun berlaku kenaikan harga barang yang mengundang kemarahan rakyat.
ReplyDeletebukan setakat pemborong dan peruncit, malah ahli2 politik juga tidak terlepas mengambil kesempatan terhadap isu kenaikkan harga barang ini untuk mendapatakan sokongan. tapi persoalannya, mampukah SAPP menurunkan serta mengekalkan harga barang ini sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan?? dan sampai bila??
ReplyDeletePRU akan menjelaskannya..
ReplyDeletesemuanya terletak di tangan pengundi.
ReplyDeletegaji harus diselarikan dengan kenaikkan harga barangan..jika harga barang naik tapi gaji tetap maintain, maka kemiskinan akan bertambah..
ReplyDeletesama ada sabah simpanan tetap atau tidak, kita tunggu dan lihat..yang penting isu2 rakyat diselesaikan sebelum PRU.
ReplyDeleteBN pasti merancang yang terbaik untuk rakyat dan memastikan rakyat Sabah tetap memberikan sokongan. SAPP tidak perlu risau, kita lihat nanti PRU13.
ReplyDeleteSabah needs more than that.
ReplyDeleteSabah adalah hak milik penuh Sabah sendiri.
ReplyDeleteWell well well..It seems that YTL wants to hold something for the people.
ReplyDeleteI don't think we will free from that name.
ReplyDeleteTomorrow is better than yesterday.
ReplyDelete