Wednesday, 15 June 2011

SUMANGGAK DANCE GO NATIONWIDE



FOR the first time in the history of the Tombonuo people here, they made it to the national level in their cultural activity by getting the ‘Sumanggak’ dance into the Malaysia Book of Records.

The President of the Sabah Pitas Tombonuo People Association (PBTPS), En. Akian Ahkiew said that this is a significant achievement for the Tombonuos who have all this while been excluded in major cultural events.

“It was a proud moment last month when the association’s dance group made it into the Malaysia Book of Records,” he said. “Now we can look forward to more cultural activities and get our cultural heritage become an important part of Sabah’s and Malaysia’s cultural mosaic.”

He regretted that even at the state level the Tombonuo dance has not been fully recognized unlike the dance of other ethnic groups. “This is not entirely the fault of cultural organizers,” Akian admitted.

“It is also due to insufficient initiatives of the Tombonuo people themselves. But, now, under the association’s new leadership, we are more aggressive in promoting the Tombonuo identity at the state and national level.”

The sumanggak dance was part of the marathon dance performance organized by the Malaysia Book of Records in Kota Marudu on May 21, 2011. It involved the continuous performance of 24 dances by six Sabah ethnic groups which included the Kimaragang, Lobukon, Bajau, Tobilung and Rungus peoples. The deputy president of the PBTPS, Awong Ma Siu Lin informed that the Lobukons are a Dusunic tribe in the Kota Marudu district.

The Tombonuo group was roganised by Awong as the organizing chairman, assisted by other leaders of pBTPS, namely, Rahim Duyung, Mutting Duhilee, KK Serikau Kembura, Laiang Tingin, Eyang Singoron, Kuntingan Singoron, Dausieh bte Queek, Deus Amat and Tetmin Gawan.

TERJEMAHAN:

SUMANGGAK DICATAT DALAM MALAYSIA BOOOK OF RECORDS

BUAT pertama kali dalam sejarah bagi suku Tombonuo di Pitas, Sabah, telah menjangkau ke peringkat nasional dalam aktiviti budaya mereka dengan berjaya memasukkan tarian ‘Sumanggak’ ke dalam Malaysia Book of Records.

Presiden Persatuan Bangsa Tombonuo Pitas Sabah (PBTPS), Akian Ahkiew berkata ini adalah satu pencapaian yang penting bagi suku Tombonuo yang selama ini tidak dimasukkan ke dalam majlis-majlis kebudayaan di peringkat negeri.

“Kami merasa begitu bangga apabila bulan lepas apabila kumpulan tarian persatuan ini berjaya masuk ke dalam Malaysia Book of Records,’ katanya.

“Sekarang ini kita boleh percaya yang kita akan terlibat dalam lebih banyak aktiviti-aktivi budaya dan menjadikan warisan budaya Tombonuo sebagai satu aspek warisan budaya yang penting di Sabah dan juga di Malaysia.”

Akian merasa sedikit kesal kerasa walau di peringkat negeri pun tarian Tombonuo belum mendapat pengiktirafan seperti tarian-tarian suku-suku lain. “Namun kita tidak dapat menyalahkan penganjur-penganjur pertunjukan kebudayaan,” Akian mengakui.

“Ia juga disebabkan oleh kurangnya inisiatif di pihak masyarakat Tombonuo sendiri. Bagaimanapun, sekarang, di bawah kepimpinan PBTPS yang baru, kita lebih agresif dalam mempromosikan identiti Tombonuo di peringkat negeri dan nasional.”

Dalam majlis tarian marathon di Kota Marudu pada 21 Mei lalu, tarian ‘Sumanggak’ telah dimasukkan sebagai satu daripada 24 tarian etnik tempatan yang dipersembahkan secara bersambung-sambung oleh enam kumpulan etnik tempatan, termasuklah tarian Kimaragang, Lobukon, Bajau, Tobilung dan Rungus. Timbalan presiden PBTPS, En. Awong Ma Siu Lin memaklumkan bahawa Lobukon adalah suku Dusunik yang tinggal di daerah Kota Marudu.

Kumpulan Tombonuo telah diurus oleh Awong sebagai pengerusi penganjur dengan dibantu oleh para pemimpin PBTPS, iaitu Rahim Duyung, Mutting Duhilee, KK Serikau Kembura, Laiang Tingin, Eyang Singoron, Kuntingan Singoron, Dausieh bte Queek, Deus Amat dan Tetmin Gawan.

10 comments:

  1. This is a good recognition for our ethnic cultural dance.

    ReplyDelete
  2. Satu pencapaian yang amat baik. Tingkatkan lagi usaha untuk mempromosi tarian ini di peringkat yang lagi tinggi.

    ReplyDelete
  3. Harap lebih banyak pendedahan diberikan kepada mereka dan mereka juga harus ada inisiatif untuk merebut peluang yang ada.

    ReplyDelete
  4. tahniah kepada suku Tombonuo. lepas ni tarian Sumanggak akan popular dan suku Tombonuo akan sering membuat persembahan di peringkat negeri dan nasional.

    ReplyDelete
  5. saya tidak pernah dengar tarian Sumanggak dan tidak pernah melihat tarian ini..

    ReplyDelete
  6. hehe, nickko saya pun sama:P

    ReplyDelete
  7. Dengan pengiktirafan ini, rasanya tarian ini bakal terkenal di Sabah:)Apapun, taniah kepada semua pihak yang telah berusaha menaikkna nama tarian ini hingga dikenali.

    ReplyDelete
  8. pencapaian yang baik..teruskan usaha untuk mengangkat tarian kebudayaan yang ada..

    ReplyDelete
  9. tarian ini pasti akan lebih dikenali selepas ini.

    ReplyDelete