KUALA LUMPUR : Slogan Cekap,
Akauntibiliti, Telus (CAT) yang menjadi pegangan pentadbiran kerajaan DAP di
Pulau Pinang tidak mencerminkan realiti sebenar sebaliknya ia lebih berkait
dengan ‘Cheat (tipu), Arrogance (angkuh), Twist (putar) untuk CAT.
Ketua UMNO Bahagian Bagan,
Datuk Abdul Latiff Mirasa melihat tindakan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim meninggalkan parti terbabit dan menolak tawaran jawatan tinggi
serta bayaran berjumlah RM50,000 adalah bukti nyata wujudnya CAT (Cheat,
Arrogance, Twist) dalam parti terbabit.
“Rentetan daripada apa yang
berlaku kepada Tunku Abdul Aziz adalah gambaran jelas berkaitan konsep,
falsafah dan objektif yang diamalkan oleh DAP selama ini khususnya kepada orang
Melayu yang hanya diterjemah di permukaan sahaja,” katanya kepada UMNO-Online.
Tunku Abdul Aziz
mengisytiharkan keluar dari DAP dan mendedahkan sebab sebenar mengapa beliau
mengambil keputusan itu, iaitu kerana cubaan merasuahnya dengan jawatan sebagai
senior fellowship di Institut Pulau Pinang dan menawarkan RM50,000 agar menarik
balik keputusannya untuk meninggalkan parti yang dibuat oleh Ketua Menteri
Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Ia ekoran daripada kenyataan
Tunku Abdul Aziz di Dewan Negara yang menolak demonstrasi Bersih 3.0 dengan
menganggapnya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang dan boleh
menimbulkan huru-hara tetapi ia telah disangkal oleh Lim Guan Eng yang
melihatnya sebagai pendapat peribadi.
“Pelantikan Tunku Abdul Aziz
juga hanyalah satu sandiwara kepada orang Melayu sebagaimana tiadanya
keikhlasan daripada kepimpinan kerajaan terbabit untuk membela bangsa Melayu
dan kaum-kaum lain di Pulau Pinang biarpun jumlahnya hampir 50 peratus daripada
jumlah keseluruhannya,” katanya.
Terang beliau, sewajarnya
Ketua Menteri Pulau Pinang dan kepimpinan yang ada membantu keseluruhan rakyat
tanpa melihat kepada perbezaan antara mana-mana kaum.
“Biarpun DAP buat
macam-macam program dan bercakap pelbagai agenda tetapi hakikatnya apa yang
dilakukan hanyalah untuk satu bangsa saja dan menjadikan bangsa lain sebagai
batu loncatan atau alat bagi mencapai matlamat mereka.
“Adakah pihak sedemikian
yang mahu diangkat sebagai pemimpin sedangkan seorang ketua di Malaysia perlu
mewakili keseluruhan bangsanya tanpa memilih hanya satu-satu kaum saja dan
telah terbukti hanya Barisan Nasional (BN) yang dapat merealisasikan apa yang telah
dijanjikan.” (MediaUMNO)
ia hnya sekadar slogan bagi DAP, tapi ia tak dilaksanakan.
ReplyDeleteDAP di Sabah dah makin terkubur, mgkin di Pulau Pinang jg begitu nnti.
ReplyDeletesudah pasti DAP Sabah hanya melakukan aduan2 parit untuk selama-lamanya
DeleteTerlajak kata tidak boleh diundur. Jangan harap Tunku Aziz akan kembali kpeada parti tu.
ReplyDeleteKalau sudah tidak sehaluan buat apa berada dalam DAP lagi. Angkat kaki saja la
DeleteI hope Tunku Aziz becomes a man with principle and integrity.
ReplyDeleteBayaran RM50,000 diberikan oleh DAP untuk menarik balik Tunku Aziz tapi ditolak. Memalukan juga DAP melakukan semua ini.
ReplyDeletePakatan memang sejak dari dulu tidak bersih.. lihat saja ketua umumnya yang sudah terpalit dengan skandal liwat dan seks..
ReplyDeletekali inilah rakyat perlu buka mata luas.. inilah wajah sebenar Pakatan.. kehulu kehilir melaungkkan kebebasan bersuara, sebaliknya mereka sendiri tidak mengamalkan kebebasan bersuara.. konon menentang rasuah, sebaliknya mereka sendiri mengamalkan rasuah.. darimana dia dapat rm50 ribu itu?? dana awam??
ReplyDelete