KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan penubuhan Suruhanjaya
Siasatan Diraja (RCI) dalam lawatannya ke Sabah sempena Pesta Kaamatan awal Jun
depan.
Menteri Sains, Teknologi dan
Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pengumuman itu dijangka
memperincikan bidang tugas dan terma rujukan suruhanjaya siasatan itu, bagi
memastikan semua masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah dapat
diselesaikan secara komprehensif.
"Perdana Menteri akan
datang ke Sabah pada 9 Jun sempena sambutan Pesta Kaamatan peringkat
kebangsaan. Kami berharap untuk mendengar daripada beliau (Najib) mengenai
terma rujukan khusus RCI itu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran
dan penyerahan watikah pelantikan Majlis Bioetika Negara (MBN) di sini, hari
ini.
Pengumuman pembentukan RCI
telah lama dinantikan rakyat Sabah dengan desakan lebih kuat kedengaran selepas
pengumuman itu dibuat perdana menteri semasa lawatannya ke negeri itu pada
Februari lepas.
Isu penubuhan RCI itu
penting berikutan kebimbangan di kalangan orang awam mahupun badan bukan
kerajaan (NGO) di Sabah mengenai kewujudan sindiket haram membuat kad
pengenalan kepada pendatang tanpa izin, yang dikatakan mengakibatkan
peningkatan mendadak jumlah rakyat di Sabah.
Jawatankuasa Kewarganegaraan
Barisan Nasional Sabah yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri
Joseph Pairin Kitingan sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk menyediakan
terma rujukan atau bidang tugas RCI. (Bernama)
moga semasa lawatan Najib ke Sabah sempena kaamatan, dia akan mengumumkan RCI.
ReplyDeleteHaving the PM to announce the setting up of RCI in sabah would bring joy to the people.
Delete9 Jun-mungkin inilah hari yang dinanti2kan oleh rakyat Sabah.
DeleteSemoga pertubuhan RCI menjadi kenyataan.
Deletepenubuhan RCI amat perlu bagi atasi isu pati dan projek IC yang berleluasa di Sabah. masalah ni adalah masalah utama di Sabah.
ReplyDeleteRCI must be set up before election come to ensure a clean and fair election.
ReplyDeleteProjek IC harus disiasat untuk mengelakkan mana-mana pihak mengambil kesempatan.
DeleteKali ini minta-mintalah PM umumkan penubuhan RCI di Sabah. Ia untuk kebaikan BN juga.
ReplyDeleteKita tunggu saja pengumumannya harap akan diumumkan secepat yang mungkin.
ReplyDeleteKerajaan Persekutuan harus ikhlas untuk menanggani masalah PATI dan isu projek IC.
ReplyDeletePermintaan RCI telah mengambil masa yang teramat panjang tetapi masih tiada perkembangan.
ReplyDeleteDiharap 9 Jun akan diumumkan penubuhan RCI di Sabah
DeleteTidak semestinya masalah PATI boleh diselesaikan melalui RCI tetapi harus juga mencuba.
ReplyDeleteFeeral harus serius dalam penubuhan RCI di Sabah
ReplyDeletesememangnya RCI merupakan isu yang paling 'panas' dan tanpa penyelesaian di Sabah
ReplyDeletelagipun, penubuhan RCI ini adalah permintaan dari rakyat Sabah
ReplyDeleteramai yang menyatakan kebimbangan mereka jika RCI tidak dilaksanakan, PRU tidak akan berlaku adil dan tidak akan ada masa depan lagi bagi Sabah
ReplyDeletekebanyakan rakyat Sabah telah menyatakan keinginan mereka untuk melihat RCI dilaksanakan sebelum GE13
ReplyDeleteharap ada berita positif mengenai TOR yang sedang dirumuskan oleh pihak Najib
ReplyDeletekalaupun RCI ditubuhkan, adakah pemimpin2 pembangkang tidak akan meremeh2kan penubuhan RCI ini dengan mendakwa ianya hanya wayang kulit atau gimik politik??
ReplyDeletesaya yakin RCI tetap akan ditubuhkan.. penubuhan program 5P untuk Sabah juga sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan sememangnya mahu menyelesaikan masalah ini..
ReplyDelete