Thursday, 3 May 2012

PAS SABAH BIDAS TUN DR. MAHATHIR





KOTA KINABALU:  Dewan Pemuda PAS Sabah hari ini menyelar sikap bermuka-muka Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan kekayaan negeri Sabah yang disembunyikan faktanya tanpa memikirkan tanggungjawab dan rasa hormatnya terhadap rakyat di negeri ini.

Ketuanya, Lahirul Latigu dengan sinis mengatakan Bekas Perdana Menteri itu ‘baru terjaga dari tidur’ dengan bersandarkan kenyataan kajian daripada Petronas yang menunjukkan Sabah akan menjadi sebuah negeri terkaya tidak lama lagi.

“Beliau (Dr. Mahathir) ni sudah lama jadi Perdana Menteri. Kenapa semasa beliau menjadi Perdana Menteri dulunya, beliau langsung tidak melihat negeri Sabah ini?

“Apakah beliau baru terjaga dari tidur, tiba-tiba bermimpi dan dikejutkan dengan penemuan dan kajian… baru beliau bingkas menyatakan kekayaan negeri Sabah?,” soal Lahirul.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir yang ketika menyampaikan syarahan mengenai Pembangunan Sosio-Politik Sabah dalam Konteks Malaysia di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 1 Mei lalu berkata kajian Petronas telah menunjukkan Sabah tidak lama lagi akan menjadi negeri terkaya daripada segi sumber aslinya.

Menurut Bekas Perdana Menteri itu juga, beliau turut mencadangkan sebuah Fakulti Kejuruteraan Petroleum ditubuhkan di UMS berikutan kemunculan industri minyak dan gas di negeri ini.

Lahirul berkata, kenyataan Tun Dr. Mahathir tersebut tidak jelas dan hanya bersifat mengaburi mata rakyat Sabah.

“Apa yang disebut dan dinyatakan oleh beliau, secara kasarnya nampak kabur dan kurang jelas. Sebagai seorang yang pernah berkuasa dahulunya, dan tahu selok belok Sabah… beliau sepatutnya memberikan kepada rakyat dan negeri ini satu benda yang besar dan tidak bersifat kosmetik yang hanya menunggu pilihanraya.

“Apa yang lebih besar itu ialah, beliau memberikan serta memulangkan semula kuasa yang ada pada rakyat di negeri ini untuk mentadbir dan mengurus hasil buminya. Bukankah itu juga termasuk dalam Perjanjian Malaysia 1963?,” jelas Lahirul.

Menurut Lahirul, kekayaan Sabah yang terbit dari hasil bumi dan dasar laut telah sepatutnya meletakkan Sabah sebuah negeri terkaya di Malaysia sejak tahun 1976 dan bukannya tidak lama lagi yang tidak diketahui bila tarikh dan tahunnya.

“Sabah ini sepatutnya sudah jadi negeri kaya dan terkaya di Malaysia sejak dulu tahun 1976 lagi.

“Bukannya sekarang dan tidak lama lagi seperti mana yang disebutkan oleh Dr. Mahathir. Kalau begitu, berikan kepada rakyat Sabah bila Sabah akan jadi negeri terkaya? Adakah tahun hadapan… atau dua tahun lagi, atau entah bila tahun itu?” ujar beliau.

Katanya, kemiskinan yang berlaku dan kekurangan yang ada pada negeri ini juga secara jelas telah disebabkan oleh pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tempang dan rosak.

“Sabah ini jatuh dalam kemiskinan, terpinggirnya rakyat daripada arus pemodenan, hilangnya taring dan kuasa wakil rakyat… ini adalah punca kerakusan sistem pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional,” katanya.

14 comments:

  1. dulu Sabah amat kaya, kini tidak lagi, namum usaha kembalikan kegemilangan Sabah perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  2. it will be good if all political leaders in Sabah, regardless the government or oppositions, to stop their bickerings, mudslingings, accusations and counter-accusations against one another and to put their heads together and work out a workable political solutions that would bring benefits to the people of Sabah

    ReplyDelete
  3. yang penting semua pemimpin Sabah tanpa mengira politik mereka harus mempunyai kepentingan 'Sabah untuk rakyat Sabah' dan bukan untuk kepentingan diri sendiri

    ReplyDelete
  4. parti mana yang akan menang di PRU-13 nanti semuanya terletak di tangan rakyat, biarlah mereka membuat keputusan sendiri

    ReplyDelete
  5. it is a matter of making a wise choice

    ReplyDelete
  6. dan terpulang kepada rakyat Sabah siapa yang mereka mahu memilih sebagai pemimpin mereka..

    ReplyDelete
  7. Well,there is nothing now that Dr.Mahathir can do now. So forget the past and focus on how to make sabah a better and richer place.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah is in the people hands.VOte wisely!

      Delete
  8. Maju mundurnya sesebuah negeri bergantung pada cara pentadbiran pemimpinnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin yang berkebolehan dan mementingkan rakyat akan sentiasa memajukan Sabah untuk kebaikan rakyat.

      Delete
  9. Bagus juga dengan apa yang dikatakan oleh DR M itu. Harapan kita semoga Sabah akan terus membangun dalah industry minya dan gas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the RM4.5 billion Ammonia Urea Sabah (SAMUR) Petronas project as signifying a new era for Sabah and its people.

      Delete
  10. nampaknya otak Lahirul lebih bergeliga dari kajian2 petronas.. beliau lebih dulu nampak kekayaan Sabah sebelum kajian petronas menemui lubuk2 petroleum dan gas di perairan sabah.. hebat la!!

    ReplyDelete
  11. saya pun boleh cakap kepada Lahirul, Kelantan juga sepatutnya sudah maju 20 tahun yang lalu, bukannya 2027 baru mahu selesaikan masalah air bersih di kelantan..

    ReplyDelete