Thursday, 3 May 2012

PKR DEDAH NAMA ORANG LAIN, BUKAN WAN AHMAD




TIMBALAN Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan PKR 'mendedahkan' nama orang lain apabila mendakwa beliau memiliki keahlian Umno.

Menurutnya, individu yang dirujuk Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah ahli Umno dengan nama yang sama dengannya.

"Orang yang disangka saya itu sebenarnya seorang ahli Umni yang memiliki persamaan nama dengan saya," katanya.

PKR sebelum ini 'mendedahkan' nombor keanggotaan Umno Wan Ahmad di cawangan Kubang Bunggor di Pasir Mas.

Saifuddin juga mendakwa Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof anggota Umno cawangan Sri Ampang Baru, Ampang.

Dalam kenyataanya hari ini, Wan Ahmad berkata, selain nombor kad pengenalannya berbeza, beliau berasal dari Terengganu dan tidak pernah tinggal di Kelantan.

Justeru, beliau menuntut Saifuddin memohon maaf secara terbuka atas dakwaan yang disifatkannya sebagai 'bohong dan fitnah'.

Wan Ahmad juga menafikan sekeras-kerasnya menjadi ahli Umno dan mendakwa tidak pernah mendaftar sebagai ahli parti itu.

Sebaliknya, kata Wan Ahmad, dakwaan Saifuddin berniat jahat untuk menjatuhkan maruahnya serta merosakkan kredibiliti SPR.

Dakwaan Saifuddin sebelum ini menimbulkan pelbagai polemik gambarnya dengan nombor keahlian itu dipamer di kain rentang bagi mendakwa SPR berat sebelah.

Ia turut mengheret mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir yang dalam kenyataannya membela dua pegawai tertinggi SPR itu.

7 comments:

  1. hal ini telah diperjelaskan, jadi ia tak perlu ditimbulkan dan dimanipulasikan lagi.

    ReplyDelete
  2. Itulah kalau buat dakwaan tu kenalah mempunyai bukti2 yang kukuh dan meyakinkan. sekarang terkena muka sendiri pula.

    ReplyDelete
  3. Bagus saman saja siapa yang membuat fitnah itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman malu. Macam sengaja mahu merosakan nama baik SPR

      Delete
  4. Sebelum membuat kenyataan harus la disiasat sebaik mungkin, kalau tidak ini la jadinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seperti yang kita sedia maklum, pemimpin2 Pakatan jarang sekali membuat kajian.. pantang jumpa mikrofon, semua dia bedal tanpa usul periksa..

      Delete
  5. Saifuddin kantoi menipu.. sebagai pengajaran kepada pemimpin2 pakatan yang lain, baik saman saja dia ni..

    ReplyDelete