Oleh
: MOHD FARHAN DARWIS
PIHAK
polis hari ini mengesahkan keluarga Nayati Shamelin Moodliar (baju hijau) kanak-kanak yang
diculik 27 April lalu, telah membuat sejumlah bayaran wang tebusan kepada
penculik.
Ketua
Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, bayaran wang tebusan tersebut
telah dibuat di Cheras, namun beliau tidak mendedahkan jumlah bayaran tersebut.
“Pihak
keluarga membuat keputusan untuk membayar wang tebusan. Bayaran itu telah
dibuat di satu kawasan di Cheras,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat
Pilis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.
Nayati
telah ditemui jam 7.30 pagi tadi kawasan Rehat dan Rawat hentian Sungai Buloh selepas
enam hari diculik.
Menurut
Mohmad, Nayati dikatakan telah menghubungi keluarganya menggunakan telefon
bimbit yang ditinggalkan penculik bagi menghubungi keluarganya.
“Polis
masih akan meneruskan siasatan bagi menangkap penjenayah, dan kes ini akan
disiasat di bawah Akta Culik 1961, yang sekiranya didapati bersalah, akan
dijatuhkan hukuman mati.
“Buat
masa ini, pihak polis masih lagi belum membuat sebarang tangkapan berhubung kes
ini,” tambah Mohmad lagi.
Keluarga
Nayati dalam kenyataan sebelum ini berterima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dan memberikan sokongan kepada mereka sejak beberapa minggu lalu
selepas kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun itu diculik dari perkarangan
sekolahnya di sini.
Sham
and Janice Moodliar, yang gembira dengan penemuan anak mereka berkata anaknya
itu berada dalam keadaan selamat walaupun trauma dengan insiden tersebut.
“Kami
bersyukur kerana Nayati selamat kembali ke pangkuan kami walaupun kejadian itu
pasti memberikan kesan trauma kepadanya, namun begitu, dia dalam keadaan yang
baik sekarang ini.
“Kami
tidak dapat melahirkan betapa kami berbangga dengannya yang terpaksa
mengharungi kejadian berkenaan.
“Kami
telah menerima sokongan daripada rakan-rakan di Kuala Lumpur dan juga dari
seluruh dunia.
“Kami
tidak dapat menggambarkan dengan kata-kata untuk mengucapkan tanda terima kasih
kami, tapi kami tidak akan lupa jasa baik yang telah diberikan kepada keluarga
kami,” kata Moodliars dalam satu kenyataan yang dikeluarkan akhbar The Star
Online hari ini.
Nayati
ditemui di Rawang pada 7.30 pagi hari ini dan disatukan semula dengan
keluarganya.
Keluarga
berasal dari Belanda itu berkata mereka akan terus menetap di sini walaupun
insiden penculikan ke atas anak mereka itu.
Kenyataan
tersebut turut menyatakan Moodliars turut bersyukur dan terkejut dengan
sokongan padu, termasuk dari luar negara, walaupun mereka tidak pernah bertemu
sebelum ini, menghulurkan bantuan dalam bentuk masa, bantuan teknikal, dan juga
kadangkala wang ringgit tanpa mengharapkan balasan.
Keluarga
itu turut berterima kasih kepada pihak polis atas bantuan dan pengorbanan
mereka atas kepulangan Nayati.
“Mereka
bersungguh-sungguh untuk memastikan tidak berlaku kejadian yang tidak diingini
terhadapnya,” katanya.
Mereka
turut mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Belanda, dan duta mereka Paul
Bekkers untuk sokongan moral dan bantuan teknikal yang dihulurkan kedutaan
terbabit. (TMI)
No comments:
Post a Comment