Oleh : JAILANI HASSAN
LABUAN : Jika Sabah
merupakan sebuah negara, ia merupakan pengeluar kelapa sawit ketiga terbesar di
dunia dan merupakan petunjuk penting mengenai peranan yang dimainkan oleh
kelapa sawit dalam pertumbuhan negeri ini setakat ini dan apa yang ada untuk
masa depan.
Menurut Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB), pada 2009, Sabah mempunyai kawasan penanaman kelapa sawit
terbesar berbanding negeri lain, seluas 1.36 juta hektar daripada 4.69 juta
hektar keluasan tanaman di seluruh negara.
Hasil juga secara umumnya
lebih kukuh pada purata 4.3 tan sehektar pada 2010 - tertinggi berbanding
negeri-negeri lain di Malaysia. Sabah Timur dikenal pasti sebagai lokasi baik
untuk kelapa sawit, terutama di Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
"Kawasan itu
menempatkan ladang paling banyak dan pekebun kecil paling ramai dengan dua
projek hiliran yang menyediakan perkhidmatan hiliran moden untuk sektor
berkenaan," kata Jerel Soo, Pengarah Urusan Fireworks Event (M) Sdn Bhd,
kumpulan perunding pengurusan acara, yang pakar dalam pameran kelapa sawit.
Beliau berkata kelapa sawit
yang merupakan antara NKEA (bidang ekonomi utama negara) kerajaan pusat,
bermakna sektor ini akan mendapat perhatian khas menerusi program dan insentif
pada tahun-tahun akan datang.
"Oleh itu kami dalam
usaha untuk membantu menganjurkan Pameran Minyak Sawit (Palmex) 2012 terbesar
bagi membantu membawa masuk lebih banyak perniagaan kepada penggiat
tempatan," katanya.
Soo mengesahkan sejumlah 130
ruang pameran, dengan lebih 80 membabitkan pameran luar negara. Kerajaan
Singaprua memberi subsidi kepada lebih 10 syarikat untuk mempromosi teknologi
hiliran dalam industri kelapa sawit.
"NKEA meliputi
segala-galanya, dari penanaman pokok sehingga industri hiliran moden seperti
oleokimia, selain meningkatkan bilangan aplikasi yang dilihat sebagai produk
buangan seperti tandan buah kosong.
"Meningkatkan sektor
ini bermakna menangani beberapa cabaran utama. Isu seperti kekurangan tanah di
Sabah, cabaran mendapatkan pekerja mahir, kurang mekanisme dan sebagainya, akan
menjejaskan pertumbuhan sektor ini, dan ini memberi perhatian khusus.
"Bagi menangani perkara
ini, beberapa inisiatif penting sudah disediakan menerusi NKEA dalam projek
permulaan," katanya.
"Kami difahamkan
kerajaan akan melaksana skim penanaman semula. Menerusi skim ini, semula pokok
yang berusia lebih 25 tahun akan digantikan.
"MPOB akan menyediakan
sokongan kewangan untuk pekebun kecil menanam semula dengan pokok jenis baharu,
yang mengeluarkan hasil yang lebih banyak. Kira-kira RM1 bilion diperuntukkan
untuk tujuan ini," katanya.
Industri kelapa sawit Sabah
dijangka mencatat perkembangan utama yang baharu yang dijangka memberi impak
kepada penggiat industri, seperti penanam dan pengeksport.
Sementara itu, Soo berkata
proses hiliran merupakan satu lagi segmen yang mendapat perhatian.
"Pentingnya industri
minyak sawit kepada Sabah tidak boleh semata-mata diukur berdasarkan aliran
perolehan langsung yang dijana memandangkan ia memberi sumbangan yang jauh
lebih besar dan penting kepada negeri ini," katanya.
"Industri minyak sawit
perlu memain peranan utama berdasarkan hubungannya dengan sektor lain -
daripada teknologi kepada pembinaan dan pengeluaran - dan yang pasti, saiz
industri yang besar berbanding sektor lain di Sabah."
Kelompok Industri Kelapa
Sait Kinabalu Bhd (POIC) Lahad Datu juga mempromosi industri berkenaan yang
akan menggunakan jumlah biomas yang dihasilkan dari ladang sawit di Sabah.
Sebuah syarikat pengeluar
tenaga bebas telah mengambil inisiatif dalam menjadikan POIC lebih mesra alam
sekitar dengan menandatangani perjanjian untuk menjana tenaga dan stim di tapak
berkenaan menggunakan biomas.
"Pelabur seperti ini
dapat menyelesaikan dua masalah di POIC, menyediakan sumber tenaga yang boleh
dipercayai dan menggunakan banyak bentuk sisa buangan yang dihasilkan menerusi
proses itu."
Hasilnya, POIC Sabah juga
boleh menjangkakan pelabur akan datang dan menambah nilai dalam industri kelapa
sawit di sini. (Bernama)
ladang Sawit terbesar di Malaysia adalah di Sabah, ia adalah industri utama di Sabah dan tak disangka ia boleh menjadi pengeluar ketiga dunia.
ReplyDeletemoga industri kelapa sawit di Sabah akan terus berkembang.
ReplyDeleteMoga-moga pendapatan negeri bertambah banyak.
DeleteSabah penyumbang utama minyak sawit Malaysia dan tidak hairan juga ia mampu menjadi pengeluar sawit ketiga dunia.
ReplyDeleteSabah sememangnya boleh menjadi sebuah negeri yang kaya dan begitu juga dengan rakyatnya tapi faktor2 tertentu telah menyebabkan Sabah masih lagi mundur.
ReplyDeleteSabah mempunyai banyak potensi untuk maju. Semoga kelebihan yang ada pada Sabah dapat dijayakan dengan cemerlang sekaligus membawa Sabah maju ke depan dan taraf hidup rakyatnya menjadi lebih baik.
ReplyDeleteNampaknya Sabah kaya dengan sumber minyak sawit. Semoga usaha ini akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan.
ReplyDeleteDengan sumber semulajadi yang sedia ada, tidak mungkin Sabah terus dalam kemiskinan.
ReplyDeleteUsaha semua pihak diperlukan untuk membawa Sabah ke peringkat yang maju dan berkembang.
ReplyDeleteSyabas Sabah pengeluar ketiga besar, moga-moga nanti menjadi pengeluar utama.
ReplyDeleteKelompok Industri Kelapa Sait Kinabalu Bhd (POIC) Lahad Datu juga mempromosi industri berkenaan yang akan menggunakan jumlah biomas yang dihasilkan dari ladang sawit di Sabah.
ReplyDeletePerkembangan industri ini akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan untuk membaiki taraf kehidupan.
siapa yang bawa kelapa sawit di sabah kalau bukan kerajaan persekutuan?
ReplyDeleteSabah bukan sahaja memiliki ladang sawit terbesar di Malaysia, malah memiliki jumlah pekerja asing paling ramai di Malaysia.. sepatutnya syarikat2 perladangan ini membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan menawarkan pakej gaji yang menarik..
ReplyDelete