Wednesday, 23 May 2012

ISU YAMAN, ANIFAH KE ARAB SAUDI



 KUALA LUMPUR : Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah berlepas ke Riyadh, Arab Saudi malam tadi untuk menghadiri mesyuarat peringkat menteri mengenai Yaman.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyebut mesyuarat itu, yang dihoskan kerajaan Arab Saudi dijangka dihadiri 30 negara, termasuk Malaysia.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat tersebut akan dimaklumkan perkembangan terkini di Yaman bertujuan mendapatkan sokongan dan bantuan antarabangsa dalam membantu negara itu menangani pelbagai cabaran termasuk politik, ekonomi, kemanusiaan serta keselamatan.

Dalam lawatan itu, Anifah dijangka bertemu rakan sejawatannya dari Arab Saudi, Putera Saud Al-Faisal, bagi membincangkan pelbagai isu dua hala. (Bernama)

8 comments:

  1. seperti mesyuarat tergempar sahaja, harap mesyuarat tersebut berjalan lancar.

    ReplyDelete
  2. Lebih banyak kerjasama, lebih bagus. bila Malaysia pula yang hadapi masalah nanti, ada juga rakan yang akan memberi bantuan:)

    ReplyDelete
  3. M'sia kena sentiasa jaga hubungan dua hala mereka dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hubungan yang baik harus sentiasa dijaga

      Delete
  4. Semoga usaha ini akan dapat memberikan yang terbaik kepada Yaman.

    ReplyDelete
  5. mesti Anifah juga terpaksa 'menyibukkan' dirinya ekoran dari perhimpunan Bersih di seluruh dunia.. beliau terpaksa ke negara2 luar untuk menjelaskan situasi sebenar tentang negara..

    ReplyDelete
  6. tugas menteri luar bertambah berat dan semakin terbeban ekoran perhimpunan Bersih, sedangkan penganjur2 Bersih hanya perlu duduk rumah goyang kaki selepas habis perhimpunan..

    ReplyDelete