LAMA....Taib Mahmud, Ketua Menteri paling lama memerintah salah sebuah negeri di Malaysia. Apakah beliau masih dikekalkan di dalam tampuk pemerintahan Sarawak?
Oleh : JAHABAR SADIQ
KUALA LUMPUR : Barisan
Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar
dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu
program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan
Rakyat (PR), kata sumber.
The Malaysian Insider
difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di
Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di
kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.
“Najib mahu yang terbaik
untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru.sesetengan
pemimpin lama sangat berada di kerusi mereka,” kata sumber.
Antara Menteri Besar yang
paling lama memerintah adalah Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang
mengambil alih pejabat pada 1986; Datuk Abdul Ghani Othman, yang telah
bersama-sama Johor sejak 1995; dan Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka
sejak 1999.
Ketua Menteri Sarawak Tan
Sri Abdul Taib Mahmud, adalah paling lama memerintah Sarawak yang mengetuai
kemenangan BN Sarawak dalam pilihan raya tahun lalu yang juga penggal
terakhirnya selepas memulakan tugas pada 1981.
“Perlu ada pembaharuan dan
ini peluang untung orang muda meningkat naik,” kata sumber dan menambah Najib
sendiri Menteri Besar termuda di Pahang apabila dilantik pada 1982, ketika itu
beliau berusia 29 tahun.
Sumber lain menjelaskan BN
telah menyiapkan senarai pemimpin berpotensi di kerusi negeri yang akan
disesuaikan dalam beberapa minggu lagi oleh Najib dan pembantunya.
“Sudah tentu ada yang melobi
di saat-saat akhir dan ada yang mahu kekal. Tapi Najib memikirkan masa hadapan
dan keperluan meletakkan muka baru,” katanya.
Sumber itu juga berkata BN
akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri
sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.
“Ia mestilah orang yang
dipersetujui dan dihormati pemerintah negeri kalau tidak mungkin akan berlaku
kekecohan,” katanya merujuk kepada perubahan saat akhir di Perlis dan
Terengganu selepas pilihan raya 2008.
Selepas pilihan raya 8 Mac
2008, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Abdullah Ahmad Badawi telah
mencalonkan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk terus berkhidmat sebagai MB Perlis
tapi Md Isa telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis dengan sokongan
lapan Adun Umno dengan 15 kerusi Adun.
Di Terengganu, pemerintah
negeri menolak calon Abdullah, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk kekal sebagai MB
malah digantikan Datuk Seri Ahmad Said walaupun terdapatnya protes daripada
Umno dan pengguguran sementara MB baru daripada parti. Isu itu selesai apabila
Abdullah bersetuju dengan pilihan pemerintah negeri.
Turut difahamkan BN juga
sudah selesai menamakan calon di negeri-negeri yang dikuasai PR; Kedah,
Kelantan, Penang dan Selangor. Calon yang paling jelas adalah Datuk Seri
Mustapha Mohamed, di Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri,
yang juga Ketua Umno Kelantan.
“Mustapha sudah dikenali di
Kelantan. Misterinya adalah di Selangor kerana banyak sangat nama,” kata sumber
BN itu.
Antara yang dijangka adalah
Timbalan Ketua Umno Datuk Seri Noh Omar, namun sumber turut mengesahkan ada
beberapa tokoh ahli perniagaan turut disenaraikan oleh Najib, yang juga Ketua
Parti Negeri.
Najib semalam melawat
kembali Selangor, sehari sebelum sambutan ulangtahun ke-66 Umno dengan sambutan
tiga hari di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Perdana menteri dilihat
kerap mengunjungi Selangor, negeri terkaya yang dimiliki PR pada pilihan raya
2008.
Presiden Umno ini telah
mengumumkan akan menawan kembali Selangor tanpa mengira halangannya dalam
pilihan raya akan datang, yang dijangka awal bulan depan selepas kembali dari
lawatannya bermula Isnin ini.
Pilihan raya perlu diadakan
sebelun April 2013 dan menyaksikan tambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta
mendaftar untuk mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menerima
penggunaan dakwat kekal dan minimum kempen 10 hari dalam pilihan raya akan
datang.
tidak salah memberi peluang kepada muka baru, yang penting ia layak dan berkebolehan.
ReplyDeleteThe only thing that Taib Mahmud did right is to prevent the illegal immigrants from entering Sabah. Can the next Sarawak leader do the same?
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
All will be revealed after the next general elections, we will see if Taib Mahmud will remain as the Sarawak CM after this.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Sudah tiba masanya Taib Mahmud berundur dan berehat dari menjadi KM Sarawak.
DeleteSaya rasa MB/KM yang sudah tua2 tu baguslah berehat saja. bagi peluang dengan pemimpin2 muda.
ReplyDeletejika Sabah, Musa Aman masih lagi muda dan khidmatnya harap diteruskan.
DeleteRasanya Musa Aman akan dikekalkan kerana prestasi beliau yang cemerlang.
DeletePemimpin2 veteran harus beri laluan kepada pemimpin2 muda yang mempunyai semangat muda dan idea2 yang lebih sesuai dengan zaman sekarang
DeleteBiasalah tu bila yang lama diganti dengan baru. Perlukan momentum baru untuk lakukan anjakan paradigma.
ReplyDeleteKalau pemimpin itu masih relevan rasanya tidak ada salahnya untuk terus dikekalkan menjadi wakil untuk PRU akan datang.
ReplyDeletecalon2 pada PRU harus ditelti dengan bijaksana
Deleteterpulang la dengan PM siapa yang dia mahu gugurkan dan siapa yang dia mahu kekalkan.. yang penting jangan silap buat keputusan.. ada ketua menteri yang terbukti mampu dan berjaya melaksanakan pembangunan negeri, jangan pula ketua menteri itu yang digugurkan..
ReplyDelete