Oleh : KUEK SER KUANG KENG
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) menuntut penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 supaya membayar lebih
RM351,000 yang kerosakan harta awam dan kos yang ditanggungnya ekoran
perhimpunan 28 April.
Jumlah paling besar dalam
tuntutan tersebut ialah bayaran untuk elaun lebih masa kakitangan jabatan
penguatkuasanya yang bertugas iaitu sebanyak RM174,240.
Selain itu, DBKL juga
menuntut RM50,000 untuk kos makan minum dan pengangkutan kakitangan jabatan
penguatkuasa tersebut, selain RM26,000 untuk kos pengangkutan kakitangan
jabatan kejuruteraannya.
Ketua pengarah DBKL Datuk
Salleh Yusup membuat tuntutan tersebut kepada pengerusi bersama BERSIH, Datuk S
Ambiga dan seorang anggota jawatankuasa gabungan NGO tersebut, Maria Chin
Abdullah.
Selain tuntutan berjumlah
RM351,203.45 itu, DBKL dalam surat tuntutan bertarikh 18 Jun itu juga menuntut
supaya BERSIH membayar kos tuntutan RM100, dalam tempoh 14 hari.
Salleh berkata, BERSIH
dihalang daripada membuat perhimpunan tersebut oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur
dan PDRM melalui perintah mahkamah bertarikh 26 April.
"Datuk Bandar tidak
membenarkan Dataran Merdeka digunakan bagi perhimpunan BERSIH 3.0 keraa
aktiviti yang dicadangkan tidak bersesuaian dengan penggunaan Dataran Merdeka
yang merupakan suatu tempat bersejarah dan tumpuan pelancong.
"Tetapi pihak Datuk dan
puan terus menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April yang menjadi tidak
terkawal dan mengakibatkan kacau bilau di Kuala Lumpur dan kerosakan harta
benda awam," kata Salleh dalam suratnya.
Dalam tuntutan tersebut,
Salleh berkata kos kerosakan itu dari RM5,900 – untuk papan tanda dan
pengadang, sehinggalah RM57,850 untuk kerosakan lanskap DBKL.
Dalam satu kenyataan segera,
Ambiga dan Maria menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu gangguan yang
menjadikan mereka sebagai sasaran. (MKINI)
No comments:
Post a Comment