Oleh : S PATHMAWATHY &
CHRISTINE CHAN
BEBERAPA rakyat Malaysia
yang bekerja di luar negara tampil mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) bahawa gesaannya kepada warganegara ini yang tinggal di seberang
laut supaya mendaftar sebagai pengundi di kedutaan dan pesuruhjaya tinggi masing-masing,
mendapat sambutan dingin.
Sebaliknya, mereka mendakwa,
kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia tidak perasan mengenai arahan SPR itu.
Berikutan itu, mereka
menggesa SPR supaya memberi arahan dan maklumat yang jelas kepada kedutaan dan Suruhanjaya
Tinggi Malaysia.
Pada 14 Jun, Pengerusi SPR,
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengeluh berhubung sambutan yang dingin dan
berkata hanya 400 hingga 500 telah mendaftar setakat ini.
Ini, katanya, termasuk
mereka yang boleh menjadi pengundi pos, iaitu penjawat awam, pegawai tentera
dan pelajar Malaysia di sana.
Terdapat kira-kira satu juta
rakyat Malaysia di luar negara yang layak untuk mengundi.
Bagaimanapun, Abdul Aziz
mengakui bahawa pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002,
masih berada dengan Jabatan Peguam Negara.
No comments:
Post a Comment