Monday, 20 August 2012

FLAT SRI RUGADING DAN TELIPOK RIA UNTUK SIAPA?





Saudara Pengarang.

RANCANGAN kerajaan untuk membantu rakyat tempatan yang berpendapatan rendah untuk mendapat rumah untuk berteduh, sememangnya mendapat kepujian,  tetapi adakah orang tempatan yang bependapatan rendah mendapat peluang untuk memiliki Apartment ini?

Mengikut apa yang diberi tahu dan sumber dari mereka yang tinggal di Flat atau apartment SRI Rugarding dan Telipok Ria dalam  rancangan Lembaga pembangunan Perumahan bandar Sabah, mereka terpaksa membayar sewaan RM 300 sebulan kepada tuan rumah yang mereka sewa.

Sebaliknya mengikut sumber LPPBS, hanya mengenakan sewa RM120 sebulan untuk orang tempatan yang berpendapatan rendah, tetapi apa yang menyedihkan, taukey dan mereka yang berpendapatan tinggi pula mendapat hingga 2 hingga  5 buah Flat ini untuk disewakan balik untuk mendapat untung buta.

Sumber juga memberitahu, yang pejabat Daerah Tuaran yang menguruskan proses cabut undi dan memilih mereka yang layak, banyak dari mereka yang memohon serta sepatutnya layak; tetapi akhirnya menerima surat memberitahu yang permohonan mereka ditolak atas sebab sebab borang tidak lengkap dan tidak layak.

Antara alasan yang diberikan ialah gaji tinggi melebihi syarat; sebaliknya seorang Taukeh dari Pekan Tuaran yang bergelar Datuk boleh diberi keistimewaan untuk memiliki hingga berpuluh rumah ini di Sri Rugading dan Telipok Ria.

Persoalannya, kenapa seorang Datuk yang kaya-raya di pekan Tuaran ini boleh diberi keistimewaan ini oleh pejabat Daerah Tuaran? Apakah Pegawai Daerah mempunyai imuniti atau kuasa veto atau telah menyalah gunakan kuasanya secara wewenang?

Kenapakah SPRM tidak berminat menyiasat kenapakah Datuk ini boleh mendapat keistimewaan mendapat hingga berpuluh rumah rumah ini sedangkan laporan rasmi telah dibuat?

Mungkin inilah dikatakan rakus dan tamak serta penyalah gunaan kuasa yang melampau dan layanan istimewa kepada Taukeh-Taukeh yang perasuah. Bukankah tujuan Kerajaan Persekutuan membina rumah Flat ini untuk membantu golongan miskin dan mereka yang baru berkerja untuk mendapat rumah tinggal?

Di mana keadilan Kerajaan BN? Adakah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan tahu akan hal ini atau sengaja menutup mata untuk menjaga kepentingan politiknya? Mungkin Datuk Hajiji telah menukar cogankata 1Malaysia daripada 'Rakyat Didahulukan kepada 'Taukey Didahulukan'?

Semoga ketidakpuasan hati rakyat jelata ini akan terjawab dalam PRU 13 nanti. Jika tidak percaya, kita tengok sahajalah nanti.

Salam Hormat,

ROGER C.Y SOON

15 comments:

  1. Memang tidak patut ini berlaku. Sepatutnya rumah PPRT ini hanya untuk mereka yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yang memohon untuk rumah PPRT perlu diteliti untuk mengelakan kejadian seperti tu.

      Delete
    2. hanya untuk yang berpendapatan rendah dan ORANG TEMPATAN saja.

      Delete
  2. Rumah kos rendah harus dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  3. Memang ada usaha kerajaan untuk membantu mereka yang kurang berpendapatan rendah tapi pihak2 tertentu saja yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
  4. ""Mengikut apa yang diberi tahu dan sumber dari mereka yang tinggal di Flat atau apartment SRI Rugarding dan Telipok Ria..""

    kenapa bukan penulis saja yang buat pemantauan atau menyaksikan sendiri bukti2 yang perkara ini benar2 berlaku di dua kawasan perumahan ini??

    ReplyDelete
  5. zaman ini, pelbagai cara licik digunakan untuk mendapatkan keuntungan.. tidak mustahil juga wujud pihak yang menggunakan penipuan untuk mendapatkan rumah itu, kemudian menyewakannya kepada orang lain..

    ReplyDelete
  6. dan tidak mustahil juga ada pemilik rumah kos rendah ini yang bertindak menyewakan rumah ini kepada orang lain kerana pemilik sebenar mempunyai rumah lain (biasanya rumah kampung)..

    ReplyDelete
  7. huhu tempatan mcm nda layak jak dpt.... tgk saja di telipuk .... kinarut semua pon pilifino yg tinggal ...

    ReplyDelete
  8. tgk saja la saya ada lot di seri tanjung... smua penduduk sana di bgi pampasan..rumh pangsa di kinarut... masa tu saya di kl... bila sa balik mau tuntut suda tutup dan penuh kunun... bagai mna bole penuh sedangkan tu hak saya ... klu kita nda ter tuntut jgn la ksi org lain bah...

    ReplyDelete
  9. Boleh bantu ka siapa yg tau mcm mna mau urus ni saya perlu betul rumah sekarang ni suda sata raud2 banyak yg kosong..

    ReplyDelete
  10. Byk rumah kosong di telipok ni ..mgkin punya taukeh2 rasuah tu..x adil btul la dorg

    ReplyDelete