JALUR
GEMILANG.....Dato Sri Nasir(kiri) disaksikan A.M.Ibnu (tengah) menyampaikan
Jalur Gemilang kepada Marisa Gabut (kanan) sempena majlis itu di Semporna.
Oleh : ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan umat Islam
memelihara ibadah mereka dengan tidak menimbulkan perkara yang boleh
menjejaskan kualiti ibadah yang dilakukan dalam bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini
sambil menghayati bulan kemerdekaan dengan penuh keinsafan.
Katanya, tanpa kemerdekaan,
siapakah kita di bumi bertuah ini yang menikmati kehidupan aman dan makmur
serta selesa melakukan ibadah dan menjalani kehidupan dengan selamat?
Beliau menambah, rakyat juga
harus sedar pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu yang bersatu padu mengorbankan jiwa dan raga
semata-mata mahu memerdekakan negara ini.
Ujarnya, setiap rakyat
memainkan peranan dalam melonjakkan agenda perpaduan yang dipertahankan oleh
pemimpin demi keutuhan negara ini.
Nasir menegaskan, rakyat
hendaklah menunjukkan rasa cinta terhadap negara ini dengan mengibarkan Jalur
Gemilang dengan penuh rasa bangga.
Beliau berkata demikian
sempena majlis penyerahan Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan serta majlis
Jelajah Ramadhan dan berbuka puasa bersama masyarakat Islam di masjid Inabah
Kamal dekat sini.
Sempena majlis itu beliau
turut menyampaikan Jalur Gemilang kepada semua jabatan dan agensi kerajaan
serta syarikat swasta sempena sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat daerah
Semporna.
Hadirsama sempena majlis itu
Yang DiPertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA), Tun Datuk Seri Panglima
(Dr.) Haji Sakaran Dandai dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglma Hajah
Rukaiyah Datuk Panglima Haji Abdullah; Datin Sri Hajah Rukiah Badar; Pegawai
Daerah Semporna, Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba; Ketua Daerah Semporna
Kawasan Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Perhubungan JHEAINS, Haji
Ahmad Mokthar serta ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.
Nasir berkata, rakyat negeri
Sabah yang telah hidup dalam keadaan aman, makmur dan selamat sejak Kerajaan BN
memerintah negeri ini lebih selesa dengan kehidupan yang harmoni kaum sambil
mengamalkan konsep 1Malaysia yang merentasi budaya dan kaum.
Beliau menegaskan, rakyat
juga tidak terpesona dengan trend politik yang sering diwar-warkan pembangkang
yang mengajar rakyat berdemonstrasi jalanan dan berkelakuan ganas, memaki hamun
serta menyebar fitnah berbanding kerajaan BN yang mengutamakan rakyat dengan
pelbagai kasih sayang berlandaskan Tradisi Membela Rakyat dan Konsep 1Malaysia,
Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Dato Sri Nasir yang juga
Menteri bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, mengingatkan
imam-imam dan ketua-ketua kampung sentiasa berusaha mengimarahkan surau dan
masjid serta mempastikan semua prasarana yang disediakan kerajaan dijaga dengan
baik dan sempurna.
PENERIMA
ZAKAT...Tun Sakaran (tiga kiri) diringi Dato Sri Nasir (dua kiri) dan A.M.Ibnu
A.K.Baba (tengah) menyampaikan zakat kepada penerima sempena
majlis itu di perkarangan Inabah Kamal, Semporna.
Katanya, surau dan masjid
hendaklah dihidupkan bukan sahaja di bulan Ramadhan malah harus diimarahkan
setiap waktu dengan pelbagai aktiviti keagamaan serta pendidikan kerohanian.
Nasir seterusnya menyarankan
umat Islam meningkatkan amal ibadat sempena bulan Ramadhan Al-Mubaraq selain
berpuasa dan bersedekah sebagai amal jariah.
Katanya, bulan Ramadhan
merupakan bulan yang penuh dengan rahmat dan umat Islam seharusnya mengambil peluang
itu memperbanyakkan amalan agama, solat tarawih, bertadarus Al-Qur’an dan Qiamullail.
Tema, logo dan lagu pun dipertikai dan dipersoalkan. sepatutnya perkara ni tidak berlaku.
ReplyDeleteSemoga sambutan Hari Raya dan Hari Kemerdekaan tahun ni dirayakan dengan semangat 1Malaysia:)
ReplyDeletekita harus hayati bulan ramadan dan kemerdekaan kita.
ReplyDeleteNational Day shouldn't be politicized.
ReplyDeleteLet National Day celebrated in harmony.
ReplyDelete