KOTA KINABALU: Usaha sedang
dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang 15.8 meter yang terdampar dekat
Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari sini, Isnin.
Ikan paus itu daripada
spesis yang masih belum dikenal pasti, terdampar di pantai yang dikenali
sebagai 'Hujung Sungai' kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Penyu.
Pegawai Jabatan Perikanan
Negeri di Kuala Penyu, Julin Bagang berkata, ikan paus itu mengalami cedera
ringan.
“Kami berhadapan dengan
masalah logistik dan sedang mencari jalan bagaimana untuk menyelamat ikan paus
itu,” kata beliau.
Pada tahun 2006, seekor ikan
paus spesis ‘Bryde’ sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan
dengan bandar di sini. Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.
Pada Februari tahun ini,
seekor ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat
Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini.
Rupanya masih ada ikan paus di Sabah ni.
ReplyDeleteMungkin di Sabah ni pun ada juga pemburu ikan paus untuk dapatkan sirip.
ReplyDeletedengar2 ikan paus ini dah mati.
ReplyDeleteSad to hear about the death of the whale.
DeleteIs this bring any sign?
ReplyDelete