SEIRING....Dato
Sri Nasir (tengah) diringi Hassan Kadir (kiri) berjalan seiring menuju ke surau
Kg.Simunul Laut sempena majlis Ziarah Ramadhan & Berbuka puasa di Semporna.
Oleh:ARSHAD HUSSIN
SEMPORNA: Menteri Di Jabatan
Ketua Menteri Sabah, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, meminta penduduk kampung tidak
mendengar khabar angin berhubung status perkampungan Simunul Laut yang konon
akan dipindahkan sedangkan pihak kerajaan belum lagi membuat sebarang ketetapan
dan kata putus mengenai perancangan di kawasan itu.
Nasir berkata, pembangkang
memang suka memainkan sesuatu isu untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan
mengambil kesempatan memburuk-burukkan imej kerajaan di mata rakyat.
Sehubungan itu beliau
meminta penduduk terus berganding bahu berpimpin tangan memberikan kerjasama
kepada pemimpin peringkat kampung, mengukuhkan perpaduan sambil bekerjasama
memajukan kampung serta menjaga kebersihan kawasan rumah masing-masing.
Katanya, tanpa kesepakatan
dan perpaduan sudah pasti sukar membangunkan sesebuah kampung dengan lebih teratur
dan tersusun.
Nasir berkata, kerajaan
sentiasa mendengar keluhan penduduk dan mendahulukan kepentingan rakyat
berdasarkan perjuangan Barisan Nasional (BN) yang meneruskan misi Tradisi
Membela Rakyat tanpa mengira suku kaum, anutan agama dan fahaman politik.
Beliau yang juga Adun
Kawasan Senallang berkata demikian sempena majlis Ziarah Ramadhan & Berbuka
Puasa bersama masyarakat Islam Kampung Simunul Laut dekat sini.
Hadirsama sempena majlis itu
Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah
Kawasan Dun Senallang, OKK Haji Musa Sabaani; Pegawai Perhubungan Jabatan hal Ehwal
agama Islam Negeri Sabah Daerah Semporna, Haji Hamad Mokthar; Pegawai Kemajuan
Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun
Bugaya, Zakaria Iral; Ketua kampung, Ramlee Haji Saraman; PJKK Hassan Kadir
serta kakitangan UPKR Senallang dan AJK Surau Kg.Simunul Laut.
Nasir yang juga Menteri
bertanggungjawab mengenai Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, mengingatkan umat
Islam meningkatkan amal ibadat sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak bulan yang
penuh rahmat.
Katanya, umat Islam
hendaklah merebut peluang memperbanyakkan amal ibadat dibulan penuh keampunan
dan rahmat itu dengan bertadarus Al-Qur’an, qiamulail, beriktikaf dan
bersedekah sambil mengimarahkan surau dan masjid.
“Kita belum tahu samada kita
akan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan Al-Mubaraq ini ditahun hadapan atau pun
tidak dan bersama-samalah kita berdoa semoga kita tetap mendapat keberkatan dan
rahmat Illahi Rabbul Izzati,” katanya.
Pastikan mencari kebenaran sebelum mempercayai apa-apa perkara yang kita dengar.
ReplyDeletePelbagai khabar angin sekarang kita dapat dengar. Jadi berhati-hati dengan semua itu.
ReplyDeletesebelum mempercayai kata2 pembangkang, minta dulu penjelasan dari pihak2 yang berkenaan.. jangan terus buat keputusan tanpa usul periksa..
ReplyDeleteapa sahaja yang keluar dari mulut pemimpin2 pembangkang tidak semestinya betul.. begitulah bila terdesak sangat mahu merampas kerajaan, mulut mereka lebih cepat bertindak daripada otak mereka berfikir..
ReplyDeleteTu la tanggungjawab pembangkang, sentiasa membangkang dan cuba menghasut rakyat.
Deleteniat pembangkang menyebarkan khabar angin memang jelas apa lagi dekat2 PRU ni.
DeleteNama pun khabar angin. Memang tidak harus dipercayai melainkan ia benar2 berlaku.
ReplyDeletePihak2 yang berkenaan pasti akan sentiasa meniupkan kabar2 angin untuk mengelirukan rakyat.
Deletecari kepastian dan bukti dulu barulah menerima khabar tersebut sebagai sesuatu yang benar.
DeleteJangan mudah mempercayai kabar2 angin yang tengah hangat dibualkan.
ReplyDeletebyk khabar angin, dan kita jgn mudah percaya pada khabar2 angin tersebut.
ReplyDelete