Wednesday, 15 August 2012

JANJI DITEPATI, BUKTI KERAJAAN SUCIHATI





TERIMA KASIH…..Salah seorang pemandu teksi, Untong Abing telah mendahului 187 lainnya menerima baucer TR1Ma daripada V.K Liew sambil diperhatikan Pengerusi LPKP Sabah, Datuk C K Teo.


Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

"MARI kita sama-sama mengimbas kembali pada tanggal 11 Ogos 2012 yang baru berlalu empat hari sahaja di mana  Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Hji Abdul Razak yang kita kasihi sekali lagi telah melawat  ke Negeri Sabah di bawah Bayu  yang tercinta ini.

"Semasa lawatannya, beliau telah memberi pengiktirafan bahawa Sabah telah menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara. Oleh itu saya memohon kepada rakyat yang ada di bumi Sabah ini termasuk anak-anak cucu cicit kita semua agar terus menyumbang dan menunjukkan kepada kerajaan bahawa kita adalah merupakan rakyat yang mampu berusaha gigih demi kemajuan dan kemakmuran negara.

"Di atas keprihatinan dan usaha beterusan beliau (Najib) demi pembangunan sosio ekonomi negara dan tanpa meminggirkan mana-mana rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan baucer TR1Ma khas bagi pemandu-pemandu teksi di seluruh Malaysia.

"Ini merupakan satu lagi keprihatinan dan pengiktirafan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap rakyat khususnya para pemandu teksi bagi memastikan anda semua turut menyumbangkan ke arah pembangunan ekonomi negara. Lantas pada hari ini, kita dapat menyaksikan seramai 189 orang pengusaha teksi dan kereta sewa Kawasan Parlimen Sandakan menerima baucher TR1Ma, khusus bagi membantu penggantian tayar teksi-teksi berkenaan."

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, selaku Ahli Parlimen P186 Sandakan, Datuk Liew Vui Keong berkata demikian ketika berucap melancarkan Majlis Pengagehan Baucer Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan petang kelmarin.

V.K Liew berkata, tanpa sifat prihatin dan mengutamakan rakyat yang sedia sebati dengan Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan nasional (BN), pemberian sebegini tidak akan terjadi dan mustahil Perdana Menteri faham akan keluhan pemandu teksi yang menghadapi kos penyelenggaraan yang tinggi dan sentiasa meningkat.

Liew turut menjelaskan pada tanggal 24 Jun 2012 bertempat di Stadium Bukit Jalil menjadi bukti keprihatinan Perdana Menteri kita kepada pemandu teksi dan kereta sewa dengan memperkenalkan Bantuan TR1Ma untuk semua pengusaha teksi dan kereta sewa.

"Ini selaras dengan slogan 1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan, dan negeri Sabah tidak terkecuali dan tidak pernah diabaikan dan dalam hal ini kita dapat melihat seramai 4,836 pengusaha teksi dan kereta sewa di seluruh Sabah telah dikenal pasti layak  menerima bantuan tersebut,” ujar V.K Liew.

V.K.Liew menambah, sebagai mana yang dinyatakan oleh Pengerusi LPKP Sabah Datuk Teo Chee Kang, walaupun peruntukan yang diberikan adalah hanya RM520 bagi setiap kenderaan, namun jumlah keseluruhan bagi negeri Sabah sahaja adalah sebanyak RM2.5 juta ringgit daripada jumlah RM32 juta ringgit yang disalurkan oleh Yayasan 1MDB.

Kata Liew lagi, pada hari ini saja bahagian Sandakan, sebanyak RM102,960 baucer TR1M dikeluarkan dan jumlah ini telah  memperlihatkan jumlah yang amat besar dan akan diberikan sebanyak dua kali bagi dua tahun yang menjadikan Sabah menerima RM5 juta ringgit dan ini jumlah bukan satu jumlah sedkit dan harus dimanfaatkan sebaiknya oleh para pemandu teksi terbabit.

“Saya bagi pihak Kerajaan menyeru pada semua pengusaha kereta sewa dan teksi terbabit di Sabah ini supaya memohon segera bantuan sedemikian dan saya difahamkan LPKP Sabah telah mengadakan sesi penerangan kepada semua Persatuan Teksi dan saya memohon persatuan berkenaan dapat memaklumkan perkara ini kepada semua ahli dan rakan-rakan sekerja untuk memohon bagi mereka yang belum mengemukakan permohonan tersebut,” ujarnya.

“Saya juga sering diajukan pertanyaan oleh masyarakat Sandakan yang menghadapi kesukaran untuk menggunakan teksi melepasi Batu 32, terutamanya pada waktu lewat petang atau malam. Bagaimanapun, untuk kemudahan penduduk setempat saya  dengan ini membenarkan Teksi Bandar Sandakan Beroperasi ke Seluruh Bahagian Sandakan antaranya Kinabatangan, Telupid dan Beluran dengan berkuat kuasa pada hari ini bersama 13 Ogos 2012."

Jelas Liew lagi, sekiranya para pemandu teksi yang mempunyai sebarang kesulitan seperti sekatan jalan raya oleh pihak polis dan dan JPJ mereka hendaklah  menghubungi pihak LPKP selanjutnya.

Perdana Menteri tambah Liew, khuatir peningkatan kos penyenggelaraan ini akan menyumbang kepada kegagalan terhadap para pemilik teksi untuk menyelenggarakan kenderaan dengan baik dan seterusnya menyebabkan ketidak selamatan prestasi pelancongan dan imej negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sejurus selepas mengageh-agehkan baucer TR1Ma tersebut, V.K.Liew bersama rombongan pergi ke Bazar Ramadan berjumpa dengan para penjaja berkenaan sambil mengageh-agehkan lebih 500 Jalur Gemilang (bendera kecil) sempena sambutan bulan Kemerdekaan Malaysia 2012.

No comments:

Post a Comment