Friday 10 August 2012

KEMBALIKAN HAK SABAH





Oleh : LAHIRUL LATIGU

KITA telah lama menyambut kemerdekaan 31 Ogos 1957 yang menandakan telah 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan. Sesuatu yang tidak pernah disedari ialah pada tarikh tersebut Sabah dan Sarawak masih lagi berada di bawah jajahan British!

Kemerdekaan Sarawak hanya berlaku pada 22 Julai 1963 manakala Sabah 31 Ogos 1963. Rupanya kemerdekaan yang kini telah mencecah ke-55 tahun adalah sebenarnya kemerdekaan milik Tanah Melayu. Manakala Sabah dan Sarawak hanya menikmatinya ke -49 tahunnya, enam tahun selepas itu.

Tarikh 19 September 1963 jugalah baru nama Malaysia wujud setelah penggabungan Tanah Melayu/ Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Oleh itu dengan mengangkat tarikh 31 ogos 1957 telah menafikan peranan sebenar Sabah dan Sarawak dalam kemerdekaan Malaysia sebenar di samping menafikan perjuangan tokoh pejuang kemerdekaan sebenar kedua buah negeri ini.

Pemimpin-pemimpin Sabah juga telah berusaha untuk membebaskan Sabah dari penjajah dengan kesedaran politik yang tinggi. Mereka adalah Tun Datu Mustapha  Datu Harun yang memimpin  United Sabah National Organization (USNO) dan Donald Stephan yang memimpin United National Kadazan Organization (UNKO).

Dengan gagasan Malaysia, perjuangan mereka telah berjaya apabila pada 31 ogos 1963, Gabenor Borneo Utara (Sabah) ketika itu Sir William Goode, mengumumkan secara rasmi perisytiharan kemerdekaan:

“ …Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri Sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian”
(Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963)

Apabila menyertai Malaysia pada 19 September 1963 hak sabah telah jelas di dalam Perjanjian Malaysia 1963 yang diperjelaskan dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC Report). Namun kini, banyak hak yang termaktub telah dicabuli. Sabah terus ketinggalan berbanding kemampuan fizikal dan sumber buminya akibat dasar Umno dan Barisan Nasional.

Oleh itu, meraikan kemerdekaan Sabah perlu disuntik kepada seluruh rakyat Sabah bagi memberikan kesedaran terhadap perjuangan pemimpin terdahulu berjuang di samping membangkitkan semangat untuk mengembalikan maruah dan hak yang telah dinafikan.

13 comments:

  1. Itu sudah semestinya. Hak Penduduk Sabah perlu diperjuangkan. Kita percaya yang mana Penduduk Sabah inginkan yang terbaik untuk diri mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The Malaysia Agreement 1963 needs to be fulfilled as agreed by our leaders during the formation of Malaysia with Sarawak and Malaya.

      Delete
  2. Apa yang Sabah punya itu adalah hak mereka. Tapi kerajaan telah pun memberikan yang terbaik mengenai hak dan kepentingan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  3. Sabah mempunyai hak2 mereka melalui perkara 20, jadi perkara 20 harus kita perjuangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Our Sabahan leaders needs to fight for the 20 points agreement so that the Sabahan rights will be protected.

      Delete
  4. sejarah sebenar Sabah perlu diketahui oleh umum, biar mereka tau dan ia dpt memupuk semangat cintakan tanah air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang2 Sabah perlu lebih tahu mengenai sejarah Sabah supatya tidak mudah dipedaya oleh pihak2 tertentu.

      Delete
    2. All Sabahans must never forget our history.

      Delete
  5. 20 Perkara dalam perjanjian harus dilaksanakan dan sentiasa ditunaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope that the federal government will fulfill the 20 points agreement for Sabah, the 20 points are the terms and conditions our leaders brought up during the formation of Malaysia.

      Delete
    2. Pemimpin2 Sabah harus sentiasa memperjuangkan dan memelihara 20 perkara.

      Delete
  6. Sabah celebrate our independence on the 16th of September.

    ReplyDelete
  7. PR semakin berminat dengan Sabah, Najib telah luluskan RCI. PR mulai risau.

    ReplyDelete