Friday, 10 August 2012

PEMBANGKANG HANYA MENJUAL AIR LIUR SAHAJA.





SERAH …Masiung kelihatan menyerahkan replika cek bernilai RM20,000 kepada Persatuan Warga Emas Daerah Kinabatangan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : ISWADIMAN SHAMSUDDIN

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah berkata sebagai wakil rakyat BN beliau akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan asas dan kemudahan-kemudahan lainnya tetapi kebajikan sosial dan sosio ekonomi rakyat perlu juga diutamakan dan terus terpelihara.

Katanya, dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mendukung pemerintahan negeri Sabah akan sentiasa komited dalam memberikan pelbagai bantuan kepada segenap lapisan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Selain itu, tegas Masiung rakyat yang inginkan kemajuan dalam kepesatan dalam aspek pembangunan hendaklah terus memberikan sokongan terhadap segala usaha kerajaan untuk membawa perubahan dalam aspek pembangunan ke kawasan luar bandar.

“Rakyat juga perlu bijak memilih pemimpin dan parti pada pilihanraya umum akan datang ini yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja dari sekarang,” ujarnya.

Masiung berkata demikian ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan sebanyak RM20 ribu kepada Persatuan Warga Emas Daerah Kinabatangan dan sementara sumbangan peribadi Wakil Rakyat Kuamut sebanyak RM5,000 untuk Masjid Al-Jihad Kampung Pangkalan Bukit Garam, kelmarin.

Ini jelas dan dapat dibuktikan tambah Masiung bila mana kerajaan BN tetap menepati setiap janji terhadap rakyat berbanding janji pihak pembangkang dan pemimpin bermusim yang tidak pernah tertunai dan cakap berapi-rapi tetapi hanya menjual air liur sahaja.

“Untuk menikmati pelbagai kemudahan asas dan lain-lain prasarana di setiap kawasan yang diwakili, pelbagai jenis bantuan telah disalurkan kepada rakyat. Bantuan itu bukan sahaja melalui peruntukan kerajaan, malahan pemimpin BN sentiasa menyalurkan bantuan peribadi khususnya kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Katanya lagi, jika rakyat mahukan pembangunan beterusan dan juga bantuan berterusan dari semasa ke semasa, pastikan kerajaan yang sedia ada terus bersama kita selepas PRU ke 13 nanti.

Menurut Masiung, sehingga kini pelbagai bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan ialah termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500.00; Bantuan 1 Azam,; Bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1MA);  Program Bantuan Rumah (PBR) dan bantuan Subsidi Minyak.

Untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pemimpin dan rakyat, Masiung bersama penduduk-penduduk kampung Bukit Garam menghadiri Majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jihad.

9 comments:

  1. Tidak hairan dengan pembangkang kalau macam ini. Siapa tidak kenal dengan pembangkang parti yang hanya tahu cakap kosong dan mencari kesalah orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang juga terkenal dengan janji bulan dan bintang.huhu.

      Delete
  2. Pembangkang hanya tahu cakap sini sana tapi tidak ada apa-apa pun yang pembangkang lakukan untuk rakyat.

    ReplyDelete
  3. Pastikan janji2 yang sudah diberikan akan ditepati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunaikan janji memang patut bagi mereka yang berkuasa.

      Delete
  4. Berkidmatlah untuk rakyat pada wakil rakyat yang telah ditugas.

    ReplyDelete
  5. pembangkang hnya tau cakap kosong dan membangkitkan pelbagai isu, tapi tak ada tindakan dari mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The people must learn to make their own judgement, sweet promises are easy to make but not as easy to fulfill. Please vote based on the parties with capabilities to become a good government rather than voting based on emotion or sweet promises.

      Delete
  6. Hope that Masiung Banah will do his best to serve the Kuamut community in developments as well as social and socioeconomic development of the local people. The government must fulfill their promise to serve all citizens regardless of race and religion.

    ReplyDelete