Sunday, 19 August 2012

TEKSI DI SABAH BANYAK MENGANGGUR?





HADIR…keadaan Dewan Masyarakat Sandakan dipenuhi oleh 198 para pemandu Teksi yang akan menerima Baucer TR1Ma. Gambar sisipan Teo.

Oleh : SHAIMON S JUAMDI          Foto : SAFFIE S JUMADI

TEKSI di Sandakan bukanlah seperti di Semenanjung Malaysia yang sentiasa bergerak dan mempunyai pelanggan, sebaliknya pemandu-pemandu teksi Sandakan terpaksa menunggu berjam-jam di pangkalan (parking Taxi) bagi mendapatkan pelanggan dan kekerapan penggunaan amatlah sedikit bilangan pelanggan.

Keadaan ini menyumbang kepada pendapatan yang agak terhad bagi pemandu-pemandu teksi dan dalam hal ini pihak LPKP terus membantu pengusaha teksi di Sandakan yang sering berhadap dengan pelbagai dilemma.

Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Datuk  Teo Chee Kang berkata demikian ketika memberikan ucapan alu-aluan di Majlis Pengagihan Baucer TR1Ma kepada 184 orang pemandu teksi Daerah Sandakan yang disempornakan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong di Dewan Masyarakat Sandakan, baru-baru ini.

Kata Teo, sehubungan itu pihak LPKP Sabah telah menghalusi dan meneliti melalui memorandum-memorandum yang disampaikan oleh persatuan teksi yang menjurus kepada beberapa faktor dan perkara-perkara berikut.

“Had umur teksi bagi seluruh Sabah telah dinaikan dari 15 tahun ke 18 tahun, lanjutan umur ini diharapkan akan dapat membantu pengusaha teksi mencari tambahan modal bagi menggantikan kenderaan yang sudah uzur bagi tempoh 3 tahun lagi sebelum kenderaan mereka jadi besi buruk.

"Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kiraan millage kilometer teksi di Sabah yang amat rendah jika dibandingkan dengan teksi di Semenanjng Malaysia,” ujar Teo.

Teo menambah penerimaan Baucer TR1Ma kepada para pemandu teksi yang  disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga selaku Ahli Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong pada hari ini sekali lagi membuktikan keprihatinan Kerajaan BN pada rakyat terutamanya terhadap para Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa.

“Saya dan LPKP Sabah amat faham bahawa bantuan sebegini rupa amat  perlu kerana kenderaan mereka bergerak hampir setiap hari dan dengan adanya baucer ini sekurang-kurangnya akan dapat menampung kos operasi para pemandu teksi dari segi penggantian tayar sebanyak 4 biji,” jelasnya

“Saya juga ingin menarik perhatian bahawa bantuan ini bukanlah satu retorik pilihanraya sahaja namun sebaliknya sesuai dengan slogan 'Janji Ditepati' Barisan Nasional (BN)," terangnya.

Teo berkata lagi, perkhabaran gembira ini untuk semua para pemandu teksi bahawa bantuan serupa ini akan diberi sekalilagi pada tahun depan tanpa perlu mengemukakan semula permohonan. Semua yang menerima pada hari ini mereka sekali lagi bakal menerima tahun depan.

“Saya dan LPKP Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Berat yang beroperasi di Semenanjung  Malaysia sentiasa dan sedang mencari alternatif tambahan bagi penambahbaikan perkhidmatan para pengusaha teksi,” katanya lagi.

Beliau seterusnya mengingatkan kepada rakyat bahawa kerajaan BN yang ada pada hari ini adalah lebih prihatin dan lebih berkebajikan dari pada mereka khususnya parti-parti pembangkang yang hanya pandai menabur pelbagai janji tetapi amat jauh dari kemampuan realiti mereka untuk menunaikan janji.

9 comments:

  1. Itulah yang menjadi masalah kepada pemandu teksi di Sabah ini. Tambahan lagi orang Sabah kebanyakkan lebih suka menaiki bus daripada teksi kerana tambang yang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih jimat naik bas sebab lebih murah.

      Delete
    2. Biasanya teksi merupakan alternatif bila masa2 terdesak saja. contohnya, bila ketiadaan bas atau ingin cepat sampai ke suatu destinasi. dan biasanya pelancong2 saja yang ramai guna perkhidmatan ni.

      Delete
  2. Teksi semakin banyak, teksi sapu pun semakin banyak.

    ReplyDelete
  3. kalau beginilah keadaannya, alamatnya tidak cukup makan pemandu teksi ni. mungkin kenalah cari kerja sampingan lain.

    ReplyDelete
  4. Para pemandu teksi menyambut baik program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dan menyifatkan program itu bukti keprihatinan kerajaan terhadap beban yang mereka tanggung..

    ReplyDelete
  5. Program sebegini sebaiknya diadakan setiap tahun kerana penggunaan tayar oleh pemandu teksi hanya bertahan paling lama pun lapan bulan, selain diharap dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya..

    ReplyDelete
  6. berkenaan dengan had umur kenderaan (teksi), ianya bergantung dengan keadaan teksi juga.. saya cadangkan, sebaik umur teksi itu mencecah umur 15 tahun, ianya perlu menjalani pemeriksaan samada ianya masih selamat digunakan atau sebaliknya.. jika selamat, wajarlah ianya digunakan terus sehingga 18 tahun, jika tidak baik tukar terus dengan yang baru untuk keselamatan penumpang..

    ReplyDelete
  7. apa2pun syabas saya ucapkan kepada kerajaan kerana sentiasa tampil dengan pelbagai bentuk bantuan untuk disalurkan kepada rakyat..

    ReplyDelete