Sunday, 19 August 2012

PAS TIDAK MEMUSUHI SULUK!




Saudara Pengarang,

SAYA mengambil perhatian terhadap kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Mohd Zaki Harry Susanto, Setiausaha Persatuan Etnik Suluk pada 17 Ogos 2012 yang meminta saya menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataan saya bertarikh 14 Ogos 2012.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi peringatan kepada saya. Saya mengambil tindakan menyemak kenyataan saya yang diterbitkan oleh salah sebuah akhbar tempatan pada tarikh tersebut dalam edisi melayunya dan edisi inggeris pada keesokan harinya (15 ogos).

Saya dapati terdapat kesilapan penekanan terhadap ucapan saya yang menyebabkan timbul kekeliruan di pihak mereka yang terbabit. Ada tiga perkara yang menjadi point utama saya dalam membicarakan RCI yang telah diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini.

Pertamanya, saya melahirkan kekecewaan apabila Panel yang menggangotai RCI berat sebelah kerana tidak menggambil mereka yang terbabit dan berkredibiliti dalam penyelidikan dan pendedahan IC Projek. Antara nama yang saya cadangkan perlu dimasukkan ialah Dr Chong Eng Leong dan Tan Sri Simon Sipaun.

Kedua, saya meminta di samping tumpuan terhadap mereka yang memiliki IC Projek, penekanan juga perlu dilakukan terhadap dalang terbabit. Hukuman keras perlu dikenakan terhadap mereka.

Ketiga, saya meminta agar Undang-undang mengenai Native iaitu Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64) diperkasakan. 'Indegenous People' atau orang Asal dalam (2) (1) (a) perlu diperincikan dengan memasukkan terma suku-suku kaum dan etnik yang diiktiraf di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain.

Ini juga adalah saranan Lord Cabold dalam LAPORAN COBOLD yang meminta Ordinan ini perlu diselaraskan sewaktu proses penubuhan Malaysia, dan Sarawak telah berjaya melakukannya dengan memasukkan etnik yang diiktiraf dalam Undang-undang Native mereka malah ia termasuk juga etnik Dusun dan Murut.

Saya juga menjelaskan Ordinan tersebut [Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64)] tidak menggambarkan realiti sebenar Sabah apabila suku-suku kaum dan etnik yang diiktiraf ini tidak dimasukkan sedangkan dalam (2) (1) (c) suku kaum Suluk, Kegayan, Simunul dan Ubian yang mereka sebut (kononnya) sebagai PATI dinyatakan secara jelas dalam undang-undang tersebut.

Oleh itu saya ingin menyatakan;

1.         Saya TIDAK PERNAH menyarankan dan tidak pernah meminta supaya mana-mana suku kaum dan etnik terbabit dalam artikel (2) (1) (c) yang terdiri dari suku kaum Suluk, Kegayan, Simunul dan Ubian dikeluarkan daripada Undang-undang Native bagi bagi Sabah [ Interpretation (Definition Of Native) Ordinance (Sabah Cap. 64)].
2.         Saya juga TIDAK PERNAH dan tidak berniat mempertikaikan suku kaum terbabit dalam Ordinan berkenaan memandangkan ucapan saya hanya menggunakan suku kaum dalam artikel (2) (1) (c) terbabit untuk menyindir kepemimpinan yang lantang dalam RCI sedangkan sewaktu mereka memerintah, dan menguasai majoriti DUN mereka tidak pun memasukkan Suku Kaum dan etnik yang diiktiraf dalam Ordinan berkenaan.

Saya yakin apa yang berlaku adalah kekeliruan yang berlaku akibat ruang penekanan yang disiarkan terhadap ucapan saya dan berharap penjelasan ini dapat menjernihkan keadaan.
Salam Hormat,

LAHIRUL BIN LATIGU
Ketua Pemuda Pas Sabah

15 comments:

  1. Kenapa PAS takut ditolak oleh Suluk? Faham-fahamlah juga Suluk kebanyakkan beragama islam. Jadi ini mempengaruhi PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS jangan menggunakan isu keagamaan untuk menarik undi rakyat.

      Delete
  2. Isu2 yang sensitif harus sentiasa berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

    ReplyDelete
  3. Penjelasan sudah diberikan. rasanya tidak perlu diperbesarkan lagi isu ni.

    ReplyDelete
  4. Parti janganlah anti pada mana2 kaum mahupun agama jika mahu diterima oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. jika benar kenyataan beliau telah diputar-belitkan oleh akhbar berkenaan, kenapa Lahirul Latigu tidak mengambil tindakan undang2?? untuk membersihkan nama, atau meyakinkan pihak2 yang terjejas akibat kenyataan beliau, beliau sepatutnya mengambil tindakan undang2 bukan sahaja untuk memberikan pengajaran terhadap akhbar berkenaan, malah untuk membuktikan bahawa kenyataan beliau benar2 telah dimanipulasikan..

    ReplyDelete
  6. siapa yang tidak kenal dengan pemimpin2 PAS.. asyik buat kenyataan yang berunsur provokasi.. lihat saja presiden mereka Hadi.. beliau juga pernah menghina penduduk asli Sarawak kononnya masih pakai cawat..

    ReplyDelete
  7. dari perenggan awal sampai akhir penjelasan lahirul ini, tidak ada langsung permohonan maaf oleh beliau.. kalaupun akhbar itu yang membuat kesilapan, apa salahnya beliau memohon maaf? lagipun beliau sendiri ambil risiko membincangkan perkara yang berkait rapat dengan artikel (2) (1) (c)..

    ReplyDelete
  8. The opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiment of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional (BN) parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

    ReplyDelete
  9. He said the opposition was clueless as to what they wanted to do for the country whereas the BN was clear in its goals and strategies as “being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation”.

    ReplyDelete
  10. “The transformation programmes are real and concrete steps and the adoption of the strategies is the way forward for the country.

    ReplyDelete
  11. On the contrary the opposition are harping on old issues.“Until now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and to stir the sentiment of the people,” he said at a gathering with the people at Kg Lajong in the sub-district of Matunggong.

    ReplyDelete
  12. Ongkili said the rights of the people were important but “have always been championed by the Barisan Nasional parties especially Parti Bersatu Sabah (PBS) as the basis of our existence as a political party”.

    ReplyDelete
  13. He also said PBS would not compromise on what is important to the people, including on the 20-point memorandum to safeguard the interests, rights and autonomy of the people of Sabah during the formation of Malaysia.

    ReplyDelete
  14. “The people should be wise in choosing a government. A good government is that which pays attention to the people’s needs and interests and at the same time focuses on the developmental progress of its people in every aspect,” he added.

    ReplyDelete