Thursday, 16 August 2012

WANITA BERTUDUNG JEJAS IMEJ ISLAM




TERTARIK..... Azizah tertarik kepada seorang bayi yang baru lahirkan. Ibu bayi, Siti Rohaya Abu Samah kelihatan gembira dan terharu kerana dikunjungi pemimpin wanita itu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun meminta kerjasama pihak berkuasa memantau kegiatan wanita bertudung di bandar-bandar utama di negeri ini yang dikhuatiri boleh menjejaskan imej Islam.

“Saya belum menerima sebarang aduan secara rasmi mengenai kegiatan ini tapi apa yang kita dengar bahawa ini berlaku bukan di kalangan warga Malaysia, tetapi dilakukan oleh warga luar.

“Apabila ia melibatkan perlakuan warga luar, jadi saya minta pihak berkuasa seperti Imigresen dan pihak polis untuk memantau kegiatan tersebut bagi memastikan ayat-ayat al-Quran tidak disalahgunakan untuk mendapatkan kewangan dan dalam masa yang sama juga kita tidak mahu ayat-ayat Quran ini dijual atau diberikan kepada kepada orang yang bukan beragama Islam kerana ia akan menjejaskan imej Islam itu sendiri.

“Saya juga ingin menyeru kepada pihak-pihak yang ada di luar sana, tolonglah jangan memperalatkan agama untuk kita mendapat sesuap nasi kerana ada cara lain lagi."

Beliau juga menolak kemungkinan bahawa kegiatan itu dilakukan oleh ibu tunggal tempatan memandangkan kerajaan telah memberikan pelbagai bantuan kepada golongan itu dari masa ke semasa.

“Saya yakin di Sabah ini, kalau ibu tunggal semuanya mendapat pembelaan dari kerajaan kita, samada kerajaan Negeri atau pun Kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya ada ibu tunggal yang sangat memerlukan bantuan kita sudah ada persatuan ibu tunggal ditubuhkan di peringkat negeri dan tidak lama lagi akan dilancarkan,” katanya kepada media selepas mengetuai lawatan Ramadan Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Hospital Beaufort.

Azizah yang juga Adun Klias itu diminta mengulas mengenai kegiatan meminta sedekah cara baru dengan memperalatkan wanita bertudung menjual ayat al-Quran seperti Surah Yasin dan doa-doa kepada orang ramai. itu yang dikatakan semakin berleluasa khususnya menjelang perayaan Aidilfitri.

Menyentuh mengenai program lawatan itu Azizah berkata program itu sudah menjadi amalan dan tradisi Wanita Umno Bahagian Beaufort, di bawah pimpinannya sejak sekian lama.

“Ini adalah program berterusan Wanita Umno di sini, untuk mengadakan lawatan ke hospital, PDK dan ke tempat-tempat yang lain dan semalam kita telah bersama anak-anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan saudara baru.

“Walaupun dalam kesibukan namun dapat kita diteruskan. Kami membawa kegembiraan dan keceriaan kepada pesakit ini. Bagi saya ia adalah amat penting sekali terutama sekali di bulan Ramadan yang mulia ini dan menjelang hari raya. Jadi sekurang-kurangnya bila mereka lihat kita datang mereka akan rasa dihargai kerana masih ramai yang sayang kepada mereka selain daripada keluarga mereka,” katanya.

Pada program itu Azizah menyampaikan sumbangan duit raya kepada 72 orang kurang upaya di PDK Beaufort dan 87 pesakit di Hospital Beaufort.

9 comments:

  1. jadi jagalah agama dan keperibadian sebagai seoarang yang beragama islam.

    ReplyDelete
  2. Bersama-sama kita menjaga agama yang ada pada diri kita semua dipandang baik oleh pihak lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup. sama2 la kita menjaga imej agama masing2.

      Delete
  3. Hope that the people will not misuse religion for profits.

    ReplyDelete
  4. Jangan salah guna agama untuk kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  5. Good job to Datuk Azizah Dun for giving out duit raya to 72 OKU in Beaufort PDK and 87 Beaufort hospital patients.

    ReplyDelete
  6. kita harus jaga imej agama kita.

    ReplyDelete
  7. saya harap Datuk Azizah sendiri follow-up kes ini bersama2 dengan pihak imigresen.. kes ini boleh menjadi lebih serius jika tidak ditangani lebih awal..

    ReplyDelete
  8. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Segelintir pihak suka ambil kesempatan dalam kesempitan.

    ReplyDelete