Wednesday 8 June 2011

BIOMETRIK CEGAH JENAYAH RENTAS SEMPADAN



JABATAN Imigresen Sabah telah melaksanakan penggunaan sistem biometrik terhadap warga asing di semua pintu masuk laut, udara dan darat di negeri ini.

Pengarahnya, Mohammad Mentek berkata sistem itu siap dipasang di semua pintu masuk pada April lepas dan kemudian ujian penggunaan dilakukan sepanjang Mei lepas.

"Sistem itu kini digunakan sepenuhnya bermula bulan ini dan sehingga hari ini, penggunaan sistem yang mengimbas cap jari itu berjalan lancar," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohammad berkata penggunaan sistem biometrik mampu mencegah jenayah rentas sempadan terutama di Sabah dalam menangani masalah pendatang asing tanpa izin.

Menerusi sistem itu, maklumat warga asing yang masuk ke negara ini dapat dipantau termasuk jika mereka tinggal lebih masa, penggunaan pasport palsu dan lokasi mereka masuk serta keluar. (BERNAMA)

14 comments:

  1. Bagus la....mungkin dengan cara ini senang sikit pihak2 yg berwajib kesan pendatan2 yg tinggal di Malaysia melebihi had & menyimpan data orang2 yg kerap melakukan kesalahan imigresen...

    ReplyDelete
  2. Satu usaha yang amat mengalakkan dan ini memperlihatkan bahawa kerajaan berusaha secara serius untuk menangani masalah pendatang.

    ReplyDelete
  3. semoga saja usaha ini akan memberi kesan positif kepada masalah yang dihadapi...

    ReplyDelete
  4. Satu pendekatan yang baik. Harap usaha ini berhasil seterusnya memberi imej yang positif kepada kerajaan bahawa mereka mengambil berat tentang kebanjiran pendatang asing di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  5. Semoga lebih banyak usaha dibuat untuk menangani masalah2 PATI ini.

    ReplyDelete
  6. satu sistem yang baik bagi memastikan mengesan pendatang2 asing di Sabah.

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula dengan mereka yang bukan masuk melalui pintu utama jalan laut, darat atau udara?

    ReplyDelete
  8. diharap kadar jenayah merentas sempadan akan dapat dikurangkan dari masa ke semasa dengan wujudnya sistem biometrik ini.

    ReplyDelete
  9. Waa baguslah. Mana tahu cara ini dapat membantu pihak bertanggungjawab menjalankan tugas dengan lebih cekap.

    ReplyDelete
  10. Semoga pendekatan yang digunakan dapat mengurangkan kadar jenayah rentas sempadan.

    ReplyDelete
  11. harap ini akan mampu mencegah jenayah rentas sempadan dan mengatasi masalah berkaitan dengan pendatang asing.

    ReplyDelete
  12. lagi satu hapuskan amalan rasuah di semua pintu2 masuk Sabah. selagi amalan rasuah berlaku, walau apa jua teknologi yang digunakan, usaha itu tetap tidak akan berkesan.

    ReplyDelete
  13. Hope that this biometric system can secure our borders.

    ReplyDelete
  14. Satu cara yang baik untuk mengelak kemasukkan secara haram berlaku. Mengunakan dokumen palsu juga sukar untuk melepasi biometrik ini.

    ReplyDelete