Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada perkataan cela di atas, saya ingin menarik perhatian pihak tuan akan perbuatan biadap pengawal keselamatan Hospital Queen Alizabeth terhadap keluarga kami pada pagi 5 Jun 2011.
Allahyarhamah nenek tercinta saya berada dalam kritikal ketika ditahan di hospital. Di atas permintaan keluarga dan atas kebenaran pegawai perubatan bertugas, kami dibenarkan untuk bertemu allahyarhamah secara bergilir-gilir. Malah pegawai perubatan tersebut telah membenarkan dua kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah ketika itu untuk bertemu dengan allahyarhamah.
Tetapi salah seorang pengawal keselamatan perempuan yang bertugas ketika itu tidak membenarkan salah seorang kanak-kanak tersebut bertemu allahyarhamah. Kami faham jika pengawal keselamatan tersebut tidak tahu-menahu akan kelonggaran yang telah diberikan ketika itu. Tetapi cara pengawal keselamatan mengawal situasi tersebut telah membuat keadaan menjadi buruk dan tidak menyenangkan.
Kami faham akan peraturan hospital yang tidak membenarkan kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun melawat ke dalam wad tersebut. Kami juga faham pengawal keselamatan tersebut tidak tahu-menahu yang pegawai perubatan bertugas telah memberi kelonggaran kepada kami kerana keadaan allahyarhamah bertambah kritikal.
Tetapi apabila pengawal keselamatan tersebut berkata, "Kenapa Juga, Mau Mampus Sudah?" apabila menghalang kanak-kanak tersebut yang ditemani dua orang dewasa dari dibenarkan masuk adalah sangat tidak wajar. Bayangkan keadaan kami yang dalam kesedihan, ditambah lagi dengan penghinaan sebegitu dari pengawal keselamatan tersebut.
Diharap pihak Hospital Queen Elizabeth dapat menghalang penghinaan sebegini dari terus berlaku kepada orang lain.
Sekian, terima kasih.
MARDIANY BINTI DIGONG
Implementasi gaji minima pangawal keselamatan patut juga disertakan dgn peningkatan tahap profesionalisme...dalam kes ini, pengawal keselamatan langsung tidak profesional yg sangat2 elok jika pengawal ini dikenakan tindakan yg berat untuk pengajaran kepada pengawal keselamatan lain....
ReplyDeleteTu pengawal memang kurang ajar. Tiada timbang rasa. Tu hospital yang datang mesti la bermasalah, kenapa mulut kurang ajar cakap macam tu. Cakap baik2 tidak boleh ka.
ReplyDeleteTindakan seperti itu semamngnya tidak sopan malah berlaku masa2 kritikal...
ReplyDeleteMungkin boleh kenakan tindakan disiplin kepada security itu..
ReplyDeletekenapa perlu keluarkan perkataan yag biadap seperti itu, etika kena ada dalam pekerjaan.
ReplyDeleteTindakan perlu diambil. Pengambilan kerja sebagai pengawal keselamatan juga perlu diperbaiki. Kursus dan ujian kelayakan yang lebih ketat harus dijalankan. Rata2 pengawal yang ada sekarang nampak kurang berdisiplin. Tidak kiralah daripada segi pakaian mahupun sikap.
ReplyDeletekalau kerja tu kena profesional sikit, cara bercakap pun kena profesional. bukan sembarang cakap. pengawal keselamatan tu wajar sudah dikenakan tindakan.
ReplyDeleteVery rude indeed!
ReplyDeleteWhat's wrong with this security guard. Not professional at all.
ReplyDeleteUii na, touch word, tapi kalau aku yang kena saat tu juga kena penampar ba.. huhuhu..
ReplyDeleteApapun alasan pengawal keselamatan bertindak demikian, rasanya ayat tu tak patut terkeluar la.
ReplyDeleteayat tersebut tidak sepatutnya diucapkan oleh pengawal keselamatan tersebut. harap pihak pengurusan dapat memastikan pekara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa depan.
ReplyDeletetugas2 pengawal memerlukan ketegasan, bukannya kurang ajar. rasanya pengawal itu patut diberhentikan sahaja kerana beliau tidak layak memegang apa2 jawatan yang memerlukan beliau berhadapan dengan orang awam.
ReplyDeleteHope that Queen Elizabeth Hospital will inform their staffs to be polite to the visitors and patients.
ReplyDeleteSebaiknya janganlah mengunakan kata-kaa yang kurang menyenangkan supaya mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.
ReplyDeletecara pengawal keselamatan hospital itu menjalankan tugas semamangnya biadap dan tidak ada etika langsung.
ReplyDeleteini sudah melampaulah!
ReplyDelete