MASJID Kampung Air di Batu Sapi menerima sumbangan RM20,000 atas keprihatinan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah, Abdul Manap Lakariba kepada Pengerusi Masjid, Mussin Yassin dalam program Nadwah Suara Rakyat di kampung itu malam tadi.
Berucap pada majlis itu, Abdul Manap berkata sumbangan itu adalah susulan daripada lawatan Rais ke kampung itu ketika pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi pada November tahun lalu.
Katanya pada lawatan itu, Rais mengunjungi beberapa penduduk miskin dan merasa sedih dengan kedaifan kehidupan mereka serta berjanji akan membantu penduduk di kampung itu.
Menurutnya selepas pilihan raya kecil itu, Rais datang semula ke kampung tersebut ketika program ‘Kenduri Sekampung’ diadakan pada Disember dan menyampaikan bantuan kepada penduduk antaranya kos penyambungan meter air dan papan lapis.
"Hari ini, atas keprihatinan dan perhatian Rais kepada penduduk di kampung ini, beliau memberikan sumbangan ini untuk digunakan oleh pihak masjid dalam menjalankan aktiviti mereka," katanya.
Abdul Manap berkata sumbangan kepada penduduk dan masjid di kampung itu juga bagi menunaikan janji yang diberikan kepada mereka ketika pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi. (BERNAMA)
Rais Yatim sememangnya seorang pemimpin yg berjiwa rakyat & prihatin...diharap apa yg telah dibuat Rais ini akan dijadikan satu tauladan kepada pemimpin2 lain...
ReplyDeleteBersyukurlah kerana mendapat derma sebanyak itu, pastikan duit untuk pembinaan masjid dan bukan dilakukan untuk tujuan yang lain.
ReplyDeleteKeiklasan untuk menderma akan memberikan kebaikkan kepada kita.
ReplyDeleteterima kasih kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas sumbangan beliau.
ReplyDeletesememangnya jika sudah berjanji harus ditunaikan. pasti penduduk rasa gembira dengan bantuan yang telah diberikan oleh Rais selepas pilihan raya kecil Batu Sapi.
ReplyDeleteSatu sikap yang patut dijadikan tauladan. Janji dikotakan. Jasamu dikenang penduduk Kg. Air Batu Sapi.
ReplyDeleteSemoga lebih ramai yang bermurah hati untuk membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan.
ReplyDeletebaguslah jika pemimpin memberikan sumbangan ikhlas seperti ini..
ReplyDeleteBaguslah tu. Harap peruntukan tu nanti dapat digunakan dengan baik.
ReplyDeleteSikap suka menderma harus dijadikan contoh kerana pemberian sumbangan ikhlas sebegini dapat membawa banyak kebaikan kepada semua pihak.
ReplyDeleteTHat is so generous of him. If only there are more people like him.
ReplyDeleteThen again i hope he is sincere i. Neway, thank you rais!
ReplyDeleteYa Mei, kita memang patut berterima kasih dengan sumbangan ikhlas dari Rais.
ReplyDeletePaling penting bagi saya janji yang dibuat telah dikotakan :) Sekurang-kurangnya tak juga dilabelkan sebagai pandai cakap saja. hehehe
ReplyDeleteApapun teruskan niat murni sebegini.
ReplyDeletedengan adanya pemimpin seperti Rais Yatim, tidak sia2 la penduduk Batu Sapi mengundi BN pada pilihanraya tahun lepas.
ReplyDeleteHope that the mosque can be built successfully with this donation.
ReplyDeleteTerima kasih atas pendermaan tersebut. Apa pun harap tidak ada perkara lain yang timbul, derma adalah ikhlas.
ReplyDelete