Wednesday 8 June 2011

RAIS DERMA RM20,000 KEPADA MASJID BATU SAPI



MASJID Kampung Air di Batu Sapi menerima sumbangan RM20,000 atas keprihatinan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah, Abdul Manap Lakariba kepada Pengerusi Masjid, Mussin Yassin dalam program Nadwah Suara Rakyat di kampung itu malam tadi.

Berucap pada majlis itu, Abdul Manap berkata sumbangan itu adalah susulan daripada lawatan Rais ke kampung itu ketika pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi pada November tahun lalu.

Katanya pada lawatan itu, Rais mengunjungi beberapa penduduk miskin dan merasa sedih dengan kedaifan kehidupan mereka serta berjanji akan membantu penduduk di kampung itu.

Menurutnya selepas pilihan raya kecil itu, Rais datang semula ke kampung tersebut ketika program ‘Kenduri Sekampung’ diadakan pada Disember dan menyampaikan bantuan kepada penduduk antaranya kos penyambungan meter air dan papan lapis.

"Hari ini, atas keprihatinan dan perhatian Rais kepada penduduk di kampung ini, beliau memberikan sumbangan ini untuk digunakan oleh pihak masjid dalam menjalankan aktiviti mereka," katanya.

Abdul Manap berkata sumbangan kepada penduduk dan masjid di kampung itu juga bagi menunaikan janji yang diberikan kepada mereka ketika pilihan raya kecil kawasan Parlimen Batu Sapi. (BERNAMA)

18 comments:

  1. Rais Yatim sememangnya seorang pemimpin yg berjiwa rakyat & prihatin...diharap apa yg telah dibuat Rais ini akan dijadikan satu tauladan kepada pemimpin2 lain...

    ReplyDelete
  2. Bersyukurlah kerana mendapat derma sebanyak itu, pastikan duit untuk pembinaan masjid dan bukan dilakukan untuk tujuan yang lain.

    ReplyDelete
  3. Keiklasan untuk menderma akan memberikan kebaikkan kepada kita.

    ReplyDelete
  4. terima kasih kepada Datuk Seri Dr Rais Yatim atas sumbangan beliau.

    ReplyDelete
  5. sememangnya jika sudah berjanji harus ditunaikan. pasti penduduk rasa gembira dengan bantuan yang telah diberikan oleh Rais selepas pilihan raya kecil Batu Sapi.

    ReplyDelete
  6. Satu sikap yang patut dijadikan tauladan. Janji dikotakan. Jasamu dikenang penduduk Kg. Air Batu Sapi.

    ReplyDelete
  7. Semoga lebih ramai yang bermurah hati untuk membuat sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

    ReplyDelete
  8. baguslah jika pemimpin memberikan sumbangan ikhlas seperti ini..

    ReplyDelete
  9. Baguslah tu. Harap peruntukan tu nanti dapat digunakan dengan baik.

    ReplyDelete
  10. Sikap suka menderma harus dijadikan contoh kerana pemberian sumbangan ikhlas sebegini dapat membawa banyak kebaikan kepada semua pihak.

    ReplyDelete
  11. THat is so generous of him. If only there are more people like him.

    ReplyDelete
  12. Then again i hope he is sincere i. Neway, thank you rais!

    ReplyDelete
  13. Ya Mei, kita memang patut berterima kasih dengan sumbangan ikhlas dari Rais.

    ReplyDelete
  14. Paling penting bagi saya janji yang dibuat telah dikotakan :) Sekurang-kurangnya tak juga dilabelkan sebagai pandai cakap saja. hehehe

    ReplyDelete
  15. Apapun teruskan niat murni sebegini.

    ReplyDelete
  16. dengan adanya pemimpin seperti Rais Yatim, tidak sia2 la penduduk Batu Sapi mengundi BN pada pilihanraya tahun lepas.

    ReplyDelete
  17. Hope that the mosque can be built successfully with this donation.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas pendermaan tersebut. Apa pun harap tidak ada perkara lain yang timbul, derma adalah ikhlas.

    ReplyDelete