Oleh : SHAIMON S JUMADI
KETUA Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kawasan Sekong, Bonney Narseso P Juanico (gambar) menyifatkan dakwaan yang dilemparkan kepadanya yang tersiar di Sabahkini.Net pada 5 Jun 2011 bertajuk ‘PBS Sekong Dilanda Krisis Dalaman’ dan ‘Bonney Ghairah Jadi Calon Batu Sapi’ pada 7 Jun 2011, semuanya tidak berasas sama sekali.
Bonney yang menghubungi Wartawan Sabahkini.Net melalui telefon semalam menjelaskan tujuan mereka membuat kenyataan yang berunsur fitnah itu sebenarnya mereka yang tidak mahu bekerjasama dengan pihak bahagian.
Bonney yang kini masih berada di Kota Kinabalu enggan mengulas lebih lanjut, sebaliknya hanya sekadar memberitahu esok, (9 Jun) satu rombongan Majlis Tertinggi PBS Pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Micheal Asang akan bertolak ke Sandakan untuk menemui Ahli-Ahli Jawatankuasa Bahagian untuk mengadakan perbincangan tertutup bagi menyelesaikan konflik dalaman berkenaan.
“Saya akan jawab semua tuduhan-tuduhan tersebut selepas perbincangan dengan Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat mengenai krisis ini selesai,” jelas Bonny kepada Sabahkini.Net.
Diharap penjelasan yg diberikan oleh Booney nanti akan dapat meleraikan sebarang kekusutan yg melanda disebabkan oleh dua artikel itu...kita berada dalam satu parti yg sama ni jgn la gaduh2, nnt apa orang diluar kata nanti kan?
ReplyDeleteSelagi anda boleh membela diri anda, sila lakukan demikian kerana anda mempunyai hak untuk itu.
ReplyDeletePenjelasan yang diberikan mestilah jelas...Jika tidak orang ramai pasti inginkan lagi penjelasan dari anda.
ReplyDeletepenjelasan perlu ada agar rkyat tidak keliru dan salah faham.
ReplyDeletetunggu saja penjelasan yang akan diberikan nanti.
ReplyDeletesepatutnya dakwaan yang tidak berasas harus dielakkan oleh pihak media untuk sebarkannya kerana ia boleh menjejaskan imej individu/pihak yang terlibat.
ReplyDeletejika tuduhan tersebut adalah fitnah, Bonney perlu tampil untuk memberikan penjelasan.
ReplyDeletejadi memang benarlah ada konflik dalaman.
ReplyDeleteseharusnya konflik dalaman yang berlaku tidak perlu diwar-warkan..
ReplyDeleteapa2 pun kita tunggu penjelasan dari beliau.
ReplyDeleteBeri peluang kepada beliau untuk membuat penjelasan.
ReplyDeleteBetul atau tidak dakwaan terhadap Booney ini, hanya Tuhan saja yang tahu. Manusia sekrang ini k/kala menghairankan salah boleh jadi betul dan juga sebaliknya. huhu
ReplyDeleteYang pasti hal ini tidak boleh diarkan saja kerana makin dibiarkan makin berleluasalah andaian yang dibuat nanti.
ReplyDeleteHarap perbincangan Bonney dengan Ahli Majlis Tertinggi PBS Pusat berjalan lancar supaya peenjelasan dapat dibuat secepat mungkin.
ReplyDeleteApapun, tunggu dan lihat saja perkembangannya nanti.
ReplyDeletekalau tidak puas hatipun jangan lah bawa masuk media buat tuduhan itu ini..
ReplyDeleteThe people of Batu Sapi trusted Linda Tsen to give their votes to her.
ReplyDeleteSetiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Maka PBS haruslah profesional dalam menangani masalah pasrti sendiri.
ReplyDelete