Sunday 8 April 2012

85 KETUA CAWANGAN UMNO SILAM SERTAI PAKATAN?

Oleh : MUTALIB M.D

SEKURANG-KURANGNYA 85 daripada 373 cawangan asal UMNO Silam akan dibubarkan dan kesemua ahli mereka seramai lebih kurang 11,000 akan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat dan Parti Politik Tempatan dalam waktu terdekat.

Menurut seorang jurucakap yang hanya mahu dinamakan sebagai A Rahman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan UMNO kerana sering teraniaya oleh Ketua Bahagian yang meminggirkan cawangan awal, sebaliknya mengutamakan cawangan baru, terutama pemegang IC Projek.

"Dalam keadaan Silam sudah banyak cawangan, Nasrun tambah lagi 57 cawangan baru. Sekalipun beliau tahu bahawa cawangan baru tersebut tidak sah tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat memilih Perwakilan 7 pada 2011," kata A Rahman yang memperakui mengikut Perlembagaan UMNO hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO 2013 barulah 57 cawangan berkenaan boleh aktif dan menyertai sebarang aktiviti cawangan dan bahagian.

Difahamkan 85 cawangan yang ingin meninggalkan UMNO berkenaan adalah cawangan yang digantung daripada menjalankan mesyuarat kerana disebabkan tekanan dan ugutan jentera Nasrun yang mahu memastikan beliau tidak tewas pada pemilihan agung UMNO yang akan datang setelah memenangi jawatan berkenaan dengan culas dalam 'Video Klip Silap Mata UMNO Silam'.

"Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI.

Tegas A Rahman, jika Ketua Bahagian UMNO sendiri memanjakan PATI dan mereka yang mendapat MyKad projek, bagaimana Kerajaan mahu menubuhkan RCI kerana UMNO mempunyai kepentingan terhadap PATI dan dalam masa yang sama membunuh kerjaya politik Ketua Cawangan asal di Silam.

6 comments:

  1. keluar masuk parti dah jadi perkara biasa dalam politk.

    ReplyDelete
  2. 85 joining Pakatan is nothing compared to the number of members quit pakatan.

    ReplyDelete
  3. Kami pernah tinggal di seberang sana, lompat melompat parti bukan perkara baru di Sabah kerana kebanyak ahli parti cuma mengikut apa sahaja kata ketua dan tidak dapat berfikir sendiri. Dari USNO lompat ke Berjaya , Berjaya ke PBS lepas itu UMNO dan sekarang banyak melihat dan mencari pilihan baru . Iman nereka tidak tetap tetapi mereka juga tidak harus disalahkan kerana sikap pemimpin sendiri yang tidak pandai menjaga !!

    ReplyDelete
  4. PR mula bermimpin yang mana ramai menyertai mereka. Sebenarnya ahli PR sendiri yang keluar menyertai parti lain di Sabah.

    ReplyDelete
  5. kalau sudah begitu niatnya, teruskan saja la.. semoga berpuas hati dengan parti baru.. tapi ingat, kegagalan parti yang diwakili sebelum ini samada dalam membangunkan rakyat atau kawasan, adalah juga kegagalan ahli2nya yang lompat masuk parti lain..

    ReplyDelete