Wednesday, 25 April 2012

AZMIN JAWAB ISU VIDEO AISKRIM SABTU INI






Oleh : AZMAN ARIFFIN

INI berita yang baru penulis terima sebentar tadi. Sumber dari pejabat Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali memaklumkan kepada penulis bahawa Timbalan Presiden PKR itu akan tampil membuat penjelasan mengenai kandungan ‘Video Aiskrim’ yang didakwa oleh Datuk Nallakaruppan melibatkan isteri beliau, Shamsidar Taharin dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Bersih 3.0 pada Sabtu nanti.

Penjelasan itu dikhabarkan mampu menamatkan terus polemik politik membabitkan keluarga beliau yang timbul lanjutan dari kes saman RM 100 juta yang dikemukakan Anwar ke atas Nalla.

Penulis sambut baik tindakan segera Azmin ini kerana dari apa yang penulis dengar dan lihat, masyarakat begitu memberi perhatian dengan dakwaan terbaru ini.  Reaksi ini memang sudah dijangka memandang masyarakat kita memang gemar dengan berita sensasi melibatkan ahli politik.

Ia bukan sangat tentang ‘aksi’ kelucahan melampau yang didakwa berlaku di dalam video tersebut, tapi yang lebih menarik perhatian rakyat ialah tentang perihal moral pemimpin.

Justeru bila Azmin memilih untuk menjawab sendiri isu ini, Azmin sebenarnya menuju ke arah yang betul kerana memang itulah yang diharapkan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Cuma penulis harap penjelasan Azmin nanti tidak bercampur aduk dengan kes-kes peribadi keluarga beliau lain yang turut menjadi isu politik.  Biarlah penjelasan itu fokus kepada isu video ini sahaja.

Bukan apa, penulis tidak mahu polemik politik berterusan yang timbul dalam isu membabitkan seorang anak Azmin sebelum ini, berulang semula dalam kes video aiskrim ini lagi.

Dalam kes itu, memang benar Azmin telah menjalankan 2 ujian DNA pada Julai 1998 bagi membuktikan bahawa Nurul Afifah adalah anaknya dengan Shamsidar.  Tetapi ujian itu diragui banyak pihak kerana ia dikatakan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya (spesimen diambil dan dihantar sendiri oleh Azmin, bukan pakar bertauliah).

Selain hakikat bahawa ketika spesimen diambil, Azmin masih lagi menjadi Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  (tuduhan menyalahgunakan kuasa).

Itu yang timbul dakwaan bahawa spesimen itu bukan dari Afifah, sebaliknya dari anak-anak Azmin yang lain!!

Baiklah, penulis rasa kita lupakan tentang soal itu kerana yang kita berhadapan sekarang ialah isu video aiskrim.  Baru sahaja sebentar tadi penulis dimaklumkan bahawa memang isi kandungan sampul tersebut ialah pita video seperti yang didakwa Nalla.

Dengan video tersebut akan sampai terus kepada Mahkamah (bukan blogger UMNO seperti yang terjadi dalam video fitnah yang didedahkan oleh Trio Datuk T), teknik dan strategi berhadapan dengan isu tersebut juga perlulah dibuat dengan berhati-hati juga.

Penulis harap cadangan ini mendapat perhatian strategis PKR.

9 comments:

  1. Hal peribadi dan keluarga janganlah dicampuradukkan dengan politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azmin Ali boleh membuat laporan buat sekiranya semua tu tidak benar tapi tu pun kalau dia berani la

      Delete
  2. isu seks makin hangat sekarang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bikin malu saja. Nanti orang luar cop M'sia ni politik seks saja.

      Delete
  3. Gara2 skandal orang tua, anak jadi mangsa.

    ReplyDelete
  4. Lagi2 kisah seks PKR..PKR memang terkenal dengan seks saja

    ReplyDelete
  5. Sebiji muka Azmin dalam gambar itu. Mungkin ada lagi pendedahan seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  6. kenapa Azmin pula yang jawab?? kenapa bukan Anwar sendiri atau Samsidar??

    ReplyDelete
  7. Azmin tidak perlu susah2 bagi penjelasan.. minta saja Anwar menyahut cabaran Nalla supaya mempercepatkan tindakan undang2..

    ReplyDelete