PADA usia 69 tahun
Datuk D.J. Dave bukan setakat masih hebat menyanyi di atas pentas tetapi beliau
juga masih mampu memiliki seorang isteri muda, Seema Amir Amar, 38, yang telah
dikahwininya sejak 10 tahun yang lalu.
Menurut Dave dia
mengahwini Seema di mana ketika itu perbezaan antara umurnya dengan isterinya
itu ialah 31 tahun tetapi selepas sedekad mereka tetap bahagia kerana
mengamalkan pelbagai aktiviti serta pemakanan yang sihat.
“Sebenarnya saya
memang sengaja tidak mahu mengheboh-hebohkan perkahwinan saya ini selepas agak
lama juga saya menduda. Mungkin sudah jodoh saya berkahwin lagi pada usia emas
ini dan dapat pula isteri yang usianya hampir sama dengan anak sulung saya.
“Saya bahagia dengan
perkahwinan ini kerana saya masih sihat. Buat masa ini, saya tidak ada sebarang
penyakit yang kronik. Ini kerana, sejak muda saya selalu bersenam dan makan
makanan yang berkhasiat selain mengambil makanan tambahan seperti minyak ikan
omega 3,” katanya.
Dave pada pertemuan
dengan para wartawan hiburan pada majlis mengumumkan konsert terbarunya di
Panggung Sari, Istana Budaya di sini pada 1, 2 dan 3 Jun ini turut
memperkenalkan Seema Amir Amar yang hadir pada petang tersebut.
Seema yang pada
mulanya disangka anak kepada penyanyi veteran itu hanya tersenyum apabila para
wartawan bertanyakan tentang perkahwinannya dengan Dave yang kurang diketahui
umum tetapi pada masa sama mendapat restu daripada tiga anak suaminya itu.
“Anak-anak suami saya
merestui perkahwinan kami dan kami bahagia walaupun sehingga kini belum
dikurniakan anak. Saya bahagia dengan perkahwinan ini dan akan sentiasa
menemaninya sehingga ke akhir hayatnya,” komen Seema yang berketurunan Punjabi
dan Pakistan itu. (mynewshub)
Tahniah kepada mereka berdua...semuga berbahagia selalu dan dikurniakan cahaya mata yang comel.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuga dj dave dn isteri sentiasa berbahagia hingga ke Jannah Aamiin...
ReplyDelete