Thursday, 26 April 2012

HUTAN SIMPAN UNTUK PEWARIS BUMI



Oleh : SHAIMON S JUMADI          Foto : SAFFIE S JUMADI

PETRONAS selaku sebuah badan korporat yang bertanggungjawab sememangnya sentiasa prihatin dan komited dalam usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar. Justeru itu dengan kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah sedang membangunkan sebuah pusat penyelidikan di kawasan Konservasi Imbak Canyon bagi membangkitkan kesedaran di kalangan masyarakat umum tentang pentingnya memulihara alam persekitaran yang semakin tercemar.

Dalam usaha untuk melindungi alam persekitaran, sudah pastinya memerlukan usaha yang bersepadu melibatkan semua golongan dan lapisan masyarakat terutamanya di kalangan generasi muda yang bakal menjadi pewaris bumi ini.

Demikian dijelaskan oleh Pengurus Kanan Sabah and Labuan Regional Office Group Corporate Affairs Division Petronas Nasional Bhd, Puan Julita Ontol ketika berucap di majlis Hari Terbuka Kawasan Konservasi Imbak Canyon (Ex Situ) Sempena Hari Bumi Sedunia 2012 yang di adakan di Dewan Masyarakat Tongod, kelmarin.

“Kita di Sabah amat beruntung sekali kerana dikurniakan oleh Yang Maha Kuasa dengan alam semula jadi yang begitu indah dan permai yang kaya dengan flora dan fauna lantan adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan alam sekitar yang tidak ternilai ini tetap terpelihara dan akan dapat terus dinikmati oleh anak cucu kita di masa hadapan,” jelas Julita.

Kata Julita lagi, masyarakat kini seharusnya menyedari tentang pentingnya memulihara alam sekitar terutama sekali hutan-hutan simpan jangan sesekali di nodai; dalam erti kata lain diceroboh dengan menebang pokok-pokok sesuka hati kerana bukan sahaja menjadi satu kesalahan di bawah akta, mahupun Enakmen Perhutanan Sabah, bahkan akan menghapuskan tadahan air yang mengalir ke sungai-sungai berkenaan.

Program Hari Terbuka Konservasi Imbak Canyon anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah, PETRONAS dan Pejabat Daerah Tongod telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah dan telah dihadiri lebih 200 orang penduduk-penduduk kampung sekitarnya, termasuk Pegawai-Pegawai Kanan kerajaan Negeri dan Persekutuan.

8 comments:

  1. Satu usaha yang baik oleh Petronas. Kita mengharapkan lebih banyak badan2 korporat lain yang menjalankan tanggungjawab sosial mereka.

    ReplyDelete
  2. hutan harus kita jaga, ia penting dalam menjaga keseimbangan alam.

    ReplyDelete
  3. Semoga dapat melihat lebih banyak penyertaan badan2 korporat dalam usaha melindungi alam sekita kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sponsor daripada syarikat2 koporat sangat penting untuk menyokong penjagaan alam sekitar

      Delete
  4. Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesedaran mengenai menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab bersama amat penting. Kampen2 dan seminar perlu untuk menyedarkan orang ramai.

      Delete
  5. Sebaiknya jagalah hutan kita demi generasi kita akan datang.

    ReplyDelete
  6. syabas kepada Petronas dan Yayasan Sabah.. penduduk kampung sekitar kawasan Imbak Canyon patut menyokong penuh usaha ini kerana manfaatnya kelak teurut dinikmati oleh penduduk sekitar..

    ReplyDelete