Wednesday, 25 April 2012

KERAJAAN BN TIPU RAKYAT SABAH?


 


Oleh : MOHD FIRDAUS M.N


PEMUDA PAS Sabah melahirkan kekesalan terhadap pihak tertentu yang cuba mempolemikkan isu mengenai taraf kehidupan rakyat terutama yang melibatkan rakyat di kawasan pedalaman negeri ini.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu mendakwa, peningkatan taraf kehidupan rakyat di negeri ini merupakan hasil usaha dan titik peluh yang dibangunkan sendiri oleh rakyat dan bukannya ditentukan oleh usaha kerajaan.

“Peningkatan kehidupan yang kian bertambah baik yang dinikmati oleh penduduk pedalaman pada hari ini bukan hasil usaha kerajaan, namun hasil keringat dan kudrat rakyat itu sendiri.

“Peningkatan pendapatan ekonomi rakyat terutama yang melibatkan pertanian adalah didorongi oleh permintaan komoditi pasaran dunia dan bukan disebabkan rancangan pihak kerajaan negeri.

“Makanya, rakyat perlu sedar bahawa selama ini kerajaan cuba hendak menjadi hero dan seolah-olah menunjuk-nunjuk kehebatannya sedangkan sedikitpun usaha itu adalah disebabkan rakyat,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Keningau.

Lahirul bersama rombongan pemuda PAS Sabah ditemui ketika mengadakan kunjungan dan lawatan kerja selama sehari ke kawasan-kawasan pedalaman Sabah.

Berdasarkan tinjauan dan kajian yang dilakukan oleh Institut Kajian Politik dan Strategik Pemuda PAS Sabah mendapati bahawa, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) yang diamanhkan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan industri dan pendapatan rakyat tidak memenuhi keperluan sebenar apatah lagi LIGS menawarkan harga pasaran getah yang jauh lebih rendah berbanding harga yang ditawarkan di Semenanjung Malaysia dan pasaran dunia.

“Kerajaan negeri tidak berperanan sebagai agensi khusus sebaliknya menjadi dalang utama yang menyekat peningkatan ekonomi pertanian.

“Kita (PAS) bimbang dengan perkembangan ini yang seolah-olah kerajaan langsung tidak peka dan prihatin terhadap keluhan dan rintihan peneroka getah.

“Kerajaan bukan sahaja menampakkan ianya telah gagal mengurus ekonomi negeri, malah gagal juga dalam mengarah dan mengurus LIGS supaya mengoptimumkan harga pasaran getah agar lebih selaras dengan harga pasaran dunia.

Selain itu, beliau turut menegur kerajaan negeri agar memastikan pengilang kelapa sawit tidak mengambil kesempatan membeli sawit dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang sepatutnya diterima peneroka.

“Kerajaan negeri perlu melihat perkara ini sebagai satu masalah serius dan perlu ditangani dengan segera. Jika ianya berleluasa, isu ini akan menjadi barah dan meminggirkan serta menindas golongan peneroka.

“Masakan pihak kerajaan negeri tidak mengetahu perkembangan ini, sedangkan lessen pemilik dan pengusaha kilang, dikeluarkan oleh kerajaan negeri sendiri,” ujarnya.

Menurutnya, harga sawit mentah yang dibeli oleh kilang hanya sekadar RM 800.00 setan namun hampas (bio-mass) sawit dimiliki oleh pekilang. Harga hampa (bio-mass) di pasaran dunia adalah diantara RM 1,200.00 hingga RM 1,500.00 setan.

“Ini bererti, pekilang kelapa sawit mengaut keuntungan berlipat kali ganda dan cubaan menipu dan menindas rakyat kampung.

“Kerajaan juga menunjukkan sikapnya yang langsung tidak pandai mengurus kebajikan dan ekonomi rakyat,” jelasnya dalam nada kecewa.

Pemuda PAS juga katanya, turut mempertikai kehadiran pelbagai agensi persekutuan ke Sabah yang hanya berminat memungit hasil namun tidak member sumbangan kepada negeri ini.

“Kita boleh senaraikan seberapa banyak agensi persekutuan yang datang ke Sabah ini seperti Lembaga Getah Malaysia (LGM), RISDA, MPOB, MTAB dan juga Lembaga Koko Malaysia.

“Untuk apa agensi-agensi ini datang ke Sabah, sedangkan mengikut Perlembagaan Malaysia ada menyebut bahawa pertanian adalah hak mutlak kerajaan Negeri Sabah.

“Dan, perkara ini juga bercanggah dengah Perjanjian Malaysia 1963,” jelas beliau.

14 comments:

  1. Siapa sebenarnya yang menipu rakyat kerajaan BN atau pembangkang? yang terang lagi bersuluh tentulah pembangkang yang asyik menipu rakyat, segala kemudahan asas dan banyak lagi yang kerajaan sediakan untuk keselesaan rakyat kenapa tidak di canang habis-habisan..habis2 itu2 juga isu yang diulang2.. PAS ini jadi penyibuk di keningau ini..

    ReplyDelete
  2. PAS memutar-belitkan fakta...rakyat jangan percaya kepada tipu daya PAS ini..

    ReplyDelete
  3. PAS tidak relevan di sabah...

    ReplyDelete
  4. PAS is not welcome in sabah. Let us don't fall into their trap.

    ReplyDelete
  5. Sekarang baru mau bisinglah PAS ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PRU13 semakin dekat jadi PAS pun tengah aktif la tu

      Delete
  6. pembangkang lagi byk menipu, semua kerajaan buat mereka manipulasikan. jgn percaya pada pembangkang.

    ReplyDelete
  7. PRu semkain dekat, banyak tajuk baru dan lama dibuka.

    ReplyDelete
  8. Menurutnya, harga sawit mentah yang dibeli oleh kilang hanya sekadar RM 800.00 setan namun hampas (bio-mass) sawit dimiliki oleh pekilang. Harga hampa (bio-mass) di pasaran dunia adalah diantara RM 1,200.00 hingga RM 1,500.00 setan.

    Kenapa ada perbezaan harga diantaranya? Tidakkah harga ini mengikut harga pasaran?

    ReplyDelete
  9. Kerajaan tidak harus menindas rakyat yang bekerja kuat untuk mendapatan pendapatan menampung perbelanjaan harian.

    ReplyDelete
  10. Rakyat tidak harus bergantung kepada kerajaan dan kerajaan tidak harus mengambil kesempatan rakyat. Setiap sen diuntung dengan hasil titik peluh mereka.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan sedaya upaya menyelesaikan isu2 yang dibangkitkan. PAS lebih baik fokus di Kelantan saja

    ReplyDelete
  12. Hati-hati dengan PAS. Sedangkan dikelantan sendiri pun masalah timbul ini pula mahu menjaga tepi kain orang lain.

    ReplyDelete
  13. tahu pula Lahirul bahawa kehidupan rakyat bertambah baik bukan hasil usaha kerajaan.. tapi bila kehidupan rakyat bertambah buruk, pemimpin2 pakatan juga yang cakap kononnya kerajaan gagal memperbaiki kehidupan rakyat...

    ReplyDelete