Wednesday, 25 April 2012

UMNO SABAH SERAH SENARAI CALON PRU13





UMNO Sabah telah menyerahkan senarai calonnya bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata keputusan muktamad dalam menentukan calon yang berpotensi di setiap kawasan terletak pada Najib.

"Senarai calon sudah submitted...(soal calon) itu terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri (Najib) yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN)," kata Musa kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Keutuhan Tadbir Urus kerajaan negeri Sabah di Wisma Innoprise, dekat sini Selasa.

Musa yang juga Ketua Menteri Sabah ditanya mengenai senarai calon parti itu susulan kenyataan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor baru-baru ini bahawa parti komponen BN diberi masa dua minggu untuk menyerahkan senarai tersebut selepas menerima surat arahan yang mula dihantar 15 April.

Terdahulu, Musa berkata mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus telah menggariskan beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk pendekatan pengukuhan integriti Tahun 2012, indeks persepsi rasuah (CPI) dan usaha-usaha meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan. (Bernama)

17 comments:

  1. siapalah agaknya yang bakal menjadi calon BN di sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully its not the same old leaders. We need fresh new leaders.

      Delete
    2. Tunggulah kejutannya bila tiba PRU nanti.

      Delete
    3. Menantikan senarai nama yang dicalonkan. Harapkan perubahan dan darah baru.

      Delete
  2. diharap calon yang dipilih nanti sebagai wakil BN adalah benar2 layak dan berkebolehan..diharap juga ada muka baru untuk menggantikan muka lama yang tidur saja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagaimana pula dengan pemimpin2 yang dihujani dengan pelbagai skandal?

      Delete
    2. Calon muda harus diberi peluang.

      Delete
  3. moga semua calon dipilih adalah calon yang terbaik.

    ReplyDelete
  4. Selagi masalah PATI belum diselesaikan, PRU tidak mungkin adil dan bersih.

    ReplyDelete
  5. Calon yang disenaraikan harus bertanggung jawab dan sanggup memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  6. Inject new blood for coming election.

    ReplyDelete
  7. Harap juga melihat muka baru dan azam baru.

    ReplyDelete
  8. WR harus menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

    ReplyDelete
  9. Yang berkebolehan dan bertanggung jawab pasti berjaya menambat hati rakyat.

    ReplyDelete
  10. Calon2 harus mampu melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab

    ReplyDelete
  11. Pastikan calon yang dipilih itu adalah pemimpin yang mampu memberikan yang terbaik kepada penduduk sendiri.

    ReplyDelete
  12. jangan pula ada ahli yang tidak berpuas hati melakukan sabotaj.. kalau tidak puas hati, ajak saja pihak2 tertentu berbincang.. atau lebih baik keluar saja dari parti itu..

    ReplyDelete