Wednesday, 25 April 2012

MOHON AGONG JANGAN BUBAR PARLIMEN



Oleh : NAZRI ABDULLAH

JAWATANKUASA Anti Pemalsuan IC (API) hari ini menunut agar Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenan permohonan pembubaran Parlimen selagi penyiasatan berhubung isu task force pemberian IC tidak selesai.

"Kita menunut agar Tuanku tidak memperkenankan pembubaran parlimen sehingga Suruhanjaya Diraja selesai menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang perlu bagi membersihkan daftar pemilih daripada warga asing yang mendapat kerakyatan melalui pasukan khas ini," kata pengerusinya Datuk Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum serta sebahagian bukti berhubung dakwaan wujudnya task force IC itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Selain itu Mahfuz juga turut memohon agar Tuanku menitahkan penggantungan tugas pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam task force itu.
.
Terdahulu Mahfuz mengetuai penyerahan memorandum dan bukti itu kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad di pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja di Jalan Bukit Petaling di sini.

Selain melampirkan nama-nama mereka yang menganggotai task force itu, turut diserahkan hari ini sebahagian daripada 175,388 nama pemilih di seluruh negara yang tiada rekod dalam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).



Turut dikemukakan juga sebanyak 17,000 nama yang mempunyai nombor kod kelahiran 71 yang bukan berbangsa Melayu, Cina mahupun India.

Selain itu sejumlah nama yang ada dalam daftar pemilih yang didakwa terdiri daripada warga Nepal, Myanmar dan Filipina turut diserahkan.

Menurut Mahfuz, dengan penyerahan bukti-bukti itu, Majlis Raja-Raja dan juga Yang di-Pertuan Agong diharap berkenan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara itu.

"Kita juga turut mencadangkan Tuanku melantik Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Kamil Awang untuk mengetuai suruhanjaya ini berdasarkan pengalaman dan keberanian beliau, atau mana-mana individu yang diyakini oleh Sri Paduka Baginda," katanya lagi.

Turut serta dalam penyerahan dan pertemuan sebelum itu adalah pimpinan serta ahli parlimen PAS termasuk Salahudin Ayub, Datuk Kamaruddin Jaffar, Dr Siti Mariah Mahmud, Mohd Firdaus Jaafar, Adram Musa serta dua orang peguam yang menganggotai jawatankuasa API.

10 comments:

  1. RCI belum lagi ditubuhkan.kalau tunggu lagi sampai selesai jalankan siasatan dan ambil tindakan bagi membersihkan daftar pemilih, berapa lama masa yang akan diambil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It takes forever to solve these problems.

      Delete
    2. Biar pun mengambil masa agak panjang tapi sekurang-kurangnya ada progress

      Delete
  2. Tunggulah pengumuman dari YDPA.

    ReplyDelete
  3. jika ia perlu dibubarkan, ia akan dibubarkan juga.

    ReplyDelete
  4. Agong kena peka dengan situasi sekeliling sebelumm bubarkan parlimen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, peka dengan keadaan semasa negara dengan mengambil kira isu2 kritikal dan setiap negeri di M'sia.

      Delete
  5. Terpulang dengan agong nanti untuk meluluskan atau tidak pembubaran tersebut.

    ReplyDelete
  6. jika SPR kotor, PAS tidak akan mempu mengekalkan kuasa di kelantan selama lebih 20 tahun.. pelik juga, PAS masih kekal memerintah Kelantan sedangkan pentadbiran PAS tidaklah cemerlang sangat..

    ReplyDelete
  7. tidak mustahil Pakatan sedang merancang sesuatu sebelum pilihanraya bermula.. sebab itu Mahfuz tidak mahu Parlimen dibubarkan.. mereka sedar, bersih macam mana sekalipun pilihanraya, mereka tetap akan kalah.. sebab itu mereka perlukan satu lagi perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan sebelum tiba tarikh pilihanraya..

    ReplyDelete