Saudara Pengarang,
SEBENARNYA saya ingin
meluahkan apa yang terjadi pada hamba Allah yang seorang ini, tetapi biarlah
pihak berkuasa melakukan siasatan dahulu dan anggap surat terbuka ini sebagai
maklumat umum.
Seorang Hamba Allah
ditangkap oleh Jabatan Imigresen atas tuduhan tiada dokumen pengenalan diri dan
dokumen perjalanan yang sah, wal hal sijil lahirnya telah dihilangkan oleh Jabatan
Imigresen pada tangkapan kali pertama.
Hamba Allah ini telah
ditinggalkan oleh ibunya ketika berusia dua tahun dan diabaikan pula bapanya,
bapa-bapa saudara dan saudara maranya sehingga tiada pihak yang tampil
membantunya mendaftar kad pengenalan.
Hamba Allah ini tidak
tahu cara untuk mendapatkan kembali cabutan Sijil Lahir yang dihilangkan
Jabatan Imigresen. Atas dasar simpati, beberapa rakan Hamba Allah ini membantu
mendapatkan salinan butiran persekolahan, rekod kesihatan, serta membuat akuan
sumpah bapanya untuk membuktikan bahawa tahanan memanglah anaknya.
Segala dokumen berkenaan
telah dihantar kepada Jabatan Imigresan yang kini diketuai oleh anak jati Sabah
agar tahanan dapat dibebaskan supaya dapat melihat bapanya yang tenat di
hospital; apatah lagi tahanan adalah anak tunggal.
Alangkah terkejutnya apabila
Jabatan Imigresen berkata mungkin memerlukan masa selama tiga bulan untuk
melakukan siasatan, sedangkan ketika ini bapanya pula menghidap kanser tahap 4
dan menunggu masa sahaja untuk diambil nyawanya.
Walaupun telah
dilampirkan juga pengesahan dari doktor tentang keadaan bapanya dan berharap
agar pihak berkuasa mempertimbangkan keadaan tersebut, namun rupanya Jabatan
Imigresen Sabah dianggotai oleh makhluk jadian yang memerlukan wang untuk
melakukan sebarang urusan. Maka bertambah malanglah bapa yang terlantar menunggu
sakarat di hospital dan anak watan yang ditahan di penjara atas tuduhan PATI sedangkan
memiliki sijil lahir dan kerakyatan Malaysia.
Ke manakah menghilangnya
sifat kemanusiaan pegawai-pegawai Imigresen? Subhanallah. Tidak hairan jika
mereka kejam seperti Zionis kerana mereka bukan manusia biasa kerana tidak
percaya kepada Jabatan Pelajaran, Ketua Kampung, jiran dan rakan yang
mengesahkan bahawa tahanan adalah rakyat Sabah.
Adakah Izrail boleh
berkompromi dengan Jabatan Imigresen menangguhkan tugasnya jika sampai masa
Allah Azzawajalla menugaskan mencabut nyawa bapa tahanan yang sakit tenat?
Tempoh tahanan reman
akan berakhir hingga hujung minggu ini dan tidak tahu apakah selepas ini Hamba
Allah yang malang ini akan dibebaskan atau dihantar ke Rumah Merah (Pusat
Tahanan Sementara)?
Dalam keadaan genting
ini, sebagai rakan kepada tahanan, kami merayu belas ehsan dan simpati Pengarah
Jabatan Imigresen agar membenarkan tahanan menemui bapanya sebelum Izrail
menjalankan tugasnya.
Ketahuilah, sejahat
mana pun ibu bapa kita, merekalah yang telah melahirkan kita ke dunia dan
seburuk mana pun ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa; tetapi kami sedih kerana
Jabatan Imigresen memandang remeh Anak Jati Sabah yang tidak mempunyai wang
untuk mengupah peguam dan memberi rasuah terus ditahan reman di penjara
sedangkan PATI bebas berkeliaran di segenap ceruk bumi Sabah.
Surat ini sekadar
luahan hati kami dan andaikata bapanya pergi dahulu dan tahanan masih belum
dibebaskan, kami hanya mengharap doa rakyat Sabah yang teraniaya dimakbulkan
Tuhan Azzawajalla. Amin-Amin Ya Robbal Alamin.
Salam Penuh Kesal,
WARGA MARHAEN
Memang rumitlah kes2 macam ni. Jabatan Imigresen tu pun cuai.
ReplyDeletemoga hal ini dpt diselesaikan segara.
ReplyDeletecomplicated juga kisah dia ni...
ReplyDeleteYang pasti pihak berkuasa ini menjalankan tugas mereka. Namun perlu ada kelonggaran bagi mereka yang ingin menziarahi keluarga yang nazak.
ReplyDeletebagaimana penulis tahu begitu banyak tentang budak ini?? kenapa bukan beliau sahaja yang tampil menjadi saksi tentang status budak ini??
ReplyDeletebukan ini menunjukkan imigresen menjalankan tugas mereka?? bukankah rakyat sabah juga yang minta supaya pihak imigresen melaksanakan tugas mereka dengan tegas??
ReplyDelete