Oleh : MASLAN MAGINDA
SENARIO politik di Malaysia
hari ini sudah berubah jika dibandingkan pada era PBS kerana kerajaan
persekutaan pada waktu itu masih kuat dan masih boleh memerintah walaupun tanpa
Sabah dan Sarawak.
Datuk Dr Jeffery Kitingan Pengerusi
Parti STAR Sabah, telah menjelaskan kepada rakyat di seluruh negeri ini agar
memilih parti STAR pada pilihanraya ke 13 untuk menyelamatkan Sabah daripada
terus dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional dan UMNO yang dilihat sudah
menjajah Sabah dan sewenang-wenangnya melanggar Perjanjian Malaysia.
STAR adalah sebuah parti
tempatan yang benar-benar berjuang untuk rakyat. Datuk Dr Jeffery juga telah
memberikan jaminan kepada rakyat Sabah, yang STAR akan menyelesaikan segala isu
yang membabitkan hak-hak rakyat apabila STAR memerintah nanti.
Beliau telah menjelaskan,
bahawa parti-parti daripada Semenanjung yang datang ke Sabah bukan untuk
benar-benar memberikan pembangunan, tetapi mereka hanya mendapatkan undi rakyat
dan mengikis kekayaan Sabah sahaja. Oleh itu, rakyat perlu menolak parti daripada
Semenanjung dan memilih parti STAR supaya hak-hak rakyat Sabah boleh mendapat
pembelaan yang sewajarnya.
Parti STAR tidak serupa
dengan parti-parti yang lain yang hanya mahukan kedudukan dan kepentingan
peribadi. Perjuangan kepimpinan Datuk Dr Jeffery terbukti sentiasa konsisten
sejak beliau terlibat dalam politik di Sabah di tahun-tahun 1980-an. Perjuangan
beliau adalah menuntut Perjanjian Malaysia dan mendapat semula hak-hak yang
dijanjikan dalam 20 Perkara tetapi telah dihakiskan kerana permainan agenda
para pemimpin Malaya.
Rakyat Sabah harus bangun
daripada tidur dan keluar daripada genggaman penjajahan Malaya yang telah
memperbodohkan para pemimpin dan rakyat Sabah selama hampir setengah abad
lamanya. Rakyat Sabah tidak ada pilihan lain untuk keluar daripada mulut naga
selain daripada kuasa cahaya bintang dari Borneo.
Rakyat Sabah tidak harus
segan atau malu, juga tidak harus ragu-ragu dan takut dengan ugutan para
pemimpin Malaya hari ini kerana mereka hanya tahu menakut-nakutkan, menipu dan
memberi rasuah, seperti bantuan BR1M, E-Kasih, 1Azam, 1Care dan projek-projek
yang tidak memberikan keuntungan kepada rakyat, tetapi hanya mengisi kantung
rasuah pasra kroni mereka sahaja.
Mereka memberi suapan dengan
bantuan-bantuan kewangan yang hanya berupaya membantu kita hanya beberapa
ketika. Kenapakah mereka gagal membangun ekonomi kita agar kita menjadi makmur
dan tidak payah lagi disupa seperti budak-budak dari semasa ke semasa?
Barisan Nasional dan UMNO
telah menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai
'Simpanan Tetap' bagi kemenangan mereka untuk terus memerintah negara,
dan ini telah memberikan peluang kepada STAR muncul untuk menuntut hak-hak
Sabah dan Sarawak.
Rakyat tidak perlu bimbang
untuk memberikan sokongan kepada STAR, kerana pemimpin yang memandu parti ini
adalah pemimpin yang berwawasan dan berkepimpinan taraf antarabangsa dengan
minda global yang tidak ada tandingnya di kalangan pemimpin-pemimpin di Sabah
mahupun di Malaysia.
Lihat sahaja bagaimana Dr.
Jeffrey telah terbukti hanya satu-satunya manusia di dunia yang telah
memikirkan begitu banyak perkara-perkara canggih yang tidak dapat difikirkan
oleh para pemerhati dan penganalisis politik yang lain. Dialah juga merupakan
pemimpin berani yang pertama kali menimbulkan isu 20 Perkara, menyebabkan Kuala
Lumpur tidak dapat tidur lena hingga beliau dimasukkan ke universiti Kamunting
selama hampir tiga tahun.
Dia juga yang telah
menubuhkan KDI (sekarang berubah nama Borneo Heritage Foundation atau BHF),
Borneo Dayak Forum, Common Interest Group Malaysia (CIGMA), dan seterusnya
menubuhkan United Borneo Front (UBF), yang telah membawa kepada penubuhan State
Reform Party (STAR) di Sabah dengan landasan perjuangannya Agenda Borneo, iaitu
memperjuangkan hak-hak dan autonomi Sabah dan Sarawak. Beliau juga telah
merealisasikan kewujudan United Borneo Alliance (UBA) atau Pakatan Borneo.
Sebelum ini, Dr. Jeffrey
juga yang telah memikirkan untuk menubuhkan Institute for Public Policy Analysis
(IPPA) yang kemudiannya bertukar menjadi Institute for Development Studies
(IDS) di akhir dekad 1980-an.
Sewaktu menjadi Pengarah
Yayasan Sabah, Dr. Jeffrey telah menubuhkan unit Pembangunan Insan, sesuatu
unit yang luarbiasa yang mana telah berjaya membimbing ramai belia Sabah
menjadi berjaya sebagai usahawan.
Malah, dialah juga yang
telah memikirkan slogan sorakan kita ”Ini kali lah!” yang kini diteriakkan di
mana-mana dan menaikkan semangat rakyat Sabah untuk melawan BN.
Bila nanti Dr Jeffery yang
memandu Sabah selepas pilihanraya nanti, ekonomi rakyat pasti berubah dan
pembangunan luar bandar akan terlaksana dan lancar dengan pengurusan sumber
ekonomi kita lakukan sendiri tanpa banyak mengharap bantuan kewangan daripada
Kuala Lumpur.
Sabah dan Sarawak mempunyai
sumber ekonomi yang banyak seperti minyak, getah, kelapa sawit, pelancongan,
perikanan dan hasil pertanian lain. Semua sumber ini akan menjadi pemangkin
ekonomi rakyat Sabah tanpa batasan. Sabah harus mengawal dan menguasai
sumber-sumber semulajadi pemberian Tuhan kepada. Hasil Sabah adalah hak orang
Sabah, bukan hak orang Malaya.
Kesimpulannya Rakyat Sabah
harus menolak kerajaan kukuh besi dan politik kotor. Masa depan rakyat Sabah
adalah di tangan kita!
Saya menyokong pendirian STAR
bahawa: Kalau bukan sekarang, bila lagi? Kalau bukan kita, siapa lagi? INI KALI
LAH!
Kali ini kita harus menang
dan tidak ada lagi lain kalinya! Hari ini kita yang akan menentukan hak dan
kekayaan kita! Jangan lagi kita diperbodohkan oleh kata-kata manis mereka dan
suara lembut serta rayuan atau pujukan parti-parti daripada Malaya.
Undilah parti yang
memperjuangkan Agenda Borneo, parti STAR, parti yang bintangnya sudah bersinar
cerah di Negeri Di Bawah Bayu!
I don't think STAR will be a better choice.
ReplyDeleteSTAR indeed new, should first proven their capabilities.
DeleteBerjuang untuk Sabah memang baik namun usaha dengan pembangkang bukanlah suatu usaha yang baik .
ReplyDeletebagaimana Star mahu pastikan undi rakyat berpihak kepadanya sedangkan sudah pasti parti2 pembangkang lain seperti PR dan SAPP akan bertanding di sabah yang mana hanya akan memecahkan undi pembangkang?
ReplyDeleteSTAR mungkin lebih baik kalau bergabung dengan pihak pembangkang yang lain.
Deletejika Star tidak dapat mencari formula yakin menang maka LAIN KALI LAH!
ReplyDeletew/pun JK menggunakan pendekatan drastik iaitu bertanding di semua kawasan 60/26, namun adakah JK pasti peratus undi yang mencukupi untuknya membentuk kerajaan baru, memihak kepada Star?
ReplyDeleteIt all depends on how the people see Star through their own eyes.
ReplyDeleteIn the end, its al up to the people. All the best to star and the rest of the parties. may the best party win!
ReplyDeleteI'm sorry to say this but STAR is not a good party either.
ReplyDeleteSTAR is a leftover party and how should I put my trust on it?
ReplyDeleteAs far as I concerned, STAR is not strong enough to battle with BN .
ReplyDeleteSTAR masih baru di Sabah dan perlu lebih banyak pengalaman lagi.
Deleteterpulang pada rakyat Sabah nak pilih parti mana yang mereka inginkan.
ReplyDeleteSTAR, you're not convincing enough though your struggles are relevant.
ReplyDeleteLet the people decide who they want to represent their voice.
ReplyDeleteRakyat harus pandai menilai siapakah sebenarnya yang berkebolehan membawa Sabah ke peringkat yang lebih berkembang.
ReplyDeleteLets see how far STAR can go in coming election.
ReplyDeleteThat only JK personal agenda..
DeleteSekiranya JK mahu PR fokus di semenanjung, Star harus fokus di Sarawak. Sebab Star asal Sarawak...
ReplyDeleteParti baru mungkin masih kurang sambutan di Sabah.
ReplyDeletekenapa pula mahu pilih STAR?? pilih la parti 100% tempatan.. STAR parti Sarawak.. sama juga dengan Pakatan..
ReplyDeletesaya harap rakyat tidak memilih parti yang secara terang2 pentingkan diri sendiri.. jika benar STAR mahu menyelamatkan Sabah, STAR tidak sepatutnya bertanding di semua kerusi di Sabah..
ReplyDeleteI doubt STAR can matched with what the present government has provided for the people of Sabah. Barisan Nasional (BN) Government will never break its promises: Barisan would also never disregard the people's requests.
ReplyDeleteWith 50 years of experience running the country, only the BN Government is capable of developing the country and its people.
DeleteThe development enjoyed by the people such as electricity, water, roads, schools and institutes of higher learning such as Universiti Malaysia Sabah (UMS), were made possible because of the Barisan Nasional.
DeleteThis is because of the leaders who place the people foremost in their minds when planning for the country.
DeleteTo this, the people to continue supporting the government especially Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and Sabah Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman.
DeleteBN has already proven itself and this is evidenced with its vision and mission aimed at enhancing the people's lives irrespective of their race, religion and locality. The BN Government is indeed a government that fulfils its promises.
DeleteWhen Najib was appointed the sixth Prime Minister, he planned various strategies so as to help people with low income.
DeleteThe Federal Budget 2012 is one example where it is geared towards improving the people's lives. In education, aid is provided to the pupils including secondary students and also students at institutes of higher learning.
DeleteThere is also a special fund to repair schools, purchasing of equipment and construction of additional blocks.
DeleteIn addition, the government also conducts various programmes to spur the people's economy from time to time.
DeleteTo top it up, the government also distributes aid directly to the people via its transformation programmes such as the First House Scheme, 1Malaysia Housing Scheme, Fishermen Housing Scheme and People's Friendly Housing Scheme.
DeleteThe government recently distributed RM500 to each family that earns less than RM3,000 a month. In Sabah, almost 356,000 people have received the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) scheme.
Delete