Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
"KITA bukannya tidak
mahu membantu rakyat mendapatkan tanah-tanah yang dipohon untuk membuka
ladang-ladang tertentu, tetapi pastikan kawasan tanah yang dipohon bukan kawasan
hutan simpan, bagi mengelak bumi Sabah menjadi kering kontang," kata ADUN
Kuamut, Masiung Bana ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Kawasan Konservasi Imbak
Canyon Sempena Hari Bumi Sedunia 2012 anjuran bersama Kumpulan Yayasan Sabah,
PETRONAS dan Pejabat Daerah Tongod di Dewan Masyarakat Tongod, kelmarin.
Kata Masiung, jika semua
tanah yang ada sekarang diberi kepada rakyat Sabah, apa akan terjadi kepada
Hutan Simpan dan Kawasan Tadahan Air yang telah diwartakan bagi kegunaan generasi
masa hadapan?
Seandainya semua pokok-pokok
kayu habis ditebang untuk dijadikan ladang, kata Masiung, bukankah tindakan ini
akan menghapuskan alam semula jadi seperti flora dan fauna termasuk tadahan air
dan udara bersih?
Mengenai permohonan tanah
yang dipohon oleh orang kampung yang tidak bersuaian telah dijadikan isu dan
propaganda oleh para pemimpin parti-parti pembangkang kononnya wakil rakyat
tidak prihatin, kata Masiung, hanya itulah sahajalah yang mampu dilakukan
pembangkang kerana mereka suka memutar belitkan fakta sebenar menjadi songsang.
Masiung turut melahirkan
rasa kesal kerana ada pihak tertentu yang suka memutarbelitkan fakta mengenai
jalan raya menuju ke Imbak Canyon, demi menghasut rakyat membenci kerajaan yang
ditohmah tidak boleh membantu mereka mendapatkan tanah yang telah mereka
ceroboh selama ini.
"Kita mahu rakyat yang
bertamaddun menjaga alam sekitar agar tidak tercemar kerana jika semua sungai
yang ada sekarang sudah tercemar, maka generasi akan datang menerima akibat
dari kerakusan tangan manusia yang hanya memikirkan untuk hidup pada hari ini,
tetapi menyebabkan kepupusan alam semula jadi untuk generasi akan datang,” kata
Masiung lagi.
Sebagai contoh kata Masiung,
di Sandakan terdapat banyak air terjun yang cukup indah tetapi disebabkan oleh
pembangunan perladangan yang pesat menyebabkan kemusnahan alam semula jadi
kerana semua sungai kering dan air terjun semakin pupus.
“Saya fikir kalau ditakdirkan
parti pembangkang menjadi kerajaan, semua tanah yang dipohon diluluskan dan
kawasan hutan diceroboh; bukan sahaja sungai Meliau kering kontang, bahkan
sungai Kinabatangan turut terjejas," kata Masiung yang merayu agar
penduduk kampung tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan hutan simpan yang
menjadi supermarket mereka sejak zaman berzaman.
Sabah should plant more trees.
ReplyDeleteJadi jangan persiakan hutan rimba yang kita ada.
ReplyDeleteDon't let negative news bring you down.
ReplyDeletekalau berkaitan dengan tanah adat, adalah wajar tanah itu diberikan kepada penduduk tulen..
ReplyDeletebagaimana dengan tribunal NCR? diharapkan ianya akan ditubuhkan..
ReplyDeleteBukankah tribunal NCR tidak diperlukan buat masa ni menurut KM?
DeleteNever expect something to happen but rather make it happen.
ReplyDeleteMemang boleh keluarkan tanah dari hutan simpan untuk penduduk tapi semua tu dilakukan dengan lebih terancang supaya tidak berlaku gangguan ke atas tadahan air atau sebagainya.
ReplyDeleteOleh itu perlu ada pelan rancangan yang sistematik agar win win situation boleh dicapai.
DeleteBagaimana sudah dengan pemberian geran komunal kepada penduduk?
ReplyDeletepenerokaan tanah perlu ada perancangan agar ia tak menjejaskan persekitaran.
ReplyDeleteDiharap ada alternatif untuk selesaikan masalah tanah di kalangan penduduk Sabah.
ReplyDeleteKeseimbangan ekosistem amat penting.
ReplyDeleteThe people should alert the importance to protect our land.
ReplyDeletePemeliharaan dan pemuliharaan hutan amat penting. Kami harus sedar.
ReplyDeleteSome 90,000 hectares of land in nine districts where poor natives live will be given to them under communal titles. Two of these were given to more than 5,000 villagers in Nabawan and another in Lalampas of the Tongod district.
ReplyDeletewith communal titles, which were given to a group of people and could not be sold although this could be inherited, due to the shortage of land to be given individually.
ReplyDeleteItulah sebab kenapa banyak yang tidak diluluskan dalam permohonan. Kerana dibawah kawasan hutan simpan.
ReplyDeletekerajaan juga perlu memastikan tidak ada lagi syarikat2 besar membuka ladang2 atau apa sahaja aktiviti pembangunan yang melibatkan pemusnahan hutan bersaiz besar..
ReplyDelete