BELA Tanah Rakyat
Sabah (TABAH) mengajak seluruh rakyat Sabah untuk turun beramai-ramai bagi
menyertai Himpunan Rakyat Bangkit 2.0 pada 28 April ini di Padang Merdeka, di
sini.
Pengerusinya,
Hisammuddin Sulaiman berkata, ia merupakan himpunan lanjutan yang terpaksa
diambil setelah pelbagai kaedah yang sama sebelum ini gagal diselesaikan dengan
baik oleh Kerajaan Negeri terutama melibatkan tanah rakyat.
“Isu ini bukan
pertama kali diketengahkan, bahkan kita juga sudah banyak menerima rungutan dan
keluhan rakyat yang mengalami masalah tanah.
“Kita juga sudah
membawa isu ini ke pengetahuan media dan perhatian Pejabat Ketua Menteri, namun
apa yang dikesalkan ialah tindakan dan perhatian sewajarnya oleh pihak
berkenaan tidak dipedulikan malah menyulitkan lagi keadaan,” katanya dalam satu
sidang media yang diadakan di Pejabat Pemuda PAS Sabah, dekat Kingfisher pagi
tadi.
Menurutnya, rakyat
Sabah perlu sedar dan bangkit dalam menuntut hak dan keadilan. Hal ini bagi
mengelakkan berlakunya penindasan di kalangan rakyat.
“Sebagai rakyat, kita
perlu sedar bahawa kita juga mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan. Seperti
apa yang berlaku sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman bukan sahaja
mengelak untuk berjumpa dengan rakyat malahan melayan rakyat dengan cara yang
tidak masuk akal.
“Tanah ini bukan
untuk seminggu dua saja, tapi ianya digunapakai buat kepada generasi-generasi
yang akan datang. Bila tanah kita ini dirampas dengan cara yang jahat, maka hak
kita turut dinafikan oleh mereka.
Hisammuddin berkata,
pihak kerajaan negeri perlu merangka satu mekanisma terbaik dan bertindak
secara baik untuk menyelesaikan masalah tanah yang berlaku.
“Sudah menjadi
kewajipan setiap kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah tanah ini dengan
cara yang bijak dan bukan dengan cara menindas golongan rakyat. Beberapa isu
berkaitan perlu ditangani berkenaan seperti ketelusan dalam pemberian tanah,
Tanah Hak Adat Sabah, pampasan dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau juga katanya
akan memobilisasi rakyat bagi membangkitkan kesedaran untuk sama-sama turun
dalam himpunan kelak yang juga turut dihadiri Bersih 3.0 dan Himpunan Hijau 3.
PAS mempergunakan perhimpunan Bersih untuk publisiti murah..
ReplyDeleteIts obvious that PAS using this as a cheap publicity.
DeleteBila dekat2 PRU saja keluar suara dorang ni.
DeleteMasing-masing ada cara untuk menambat dan menarik perhatian.
DeletePAS harus menerima hakikat bahawa PAS tidak relevan di sabah...PAS sabah harus dibubarkan..
ReplyDeleteBalik SM saja la.tumpukan perhatian pada Kelantan.tidak lama lagi kena tawan BN tu.
DeletePAS harus kerjasama dengan parti lain.
DeleteWhen will PAS realize that they are not relevant in sabah??
ReplyDeletetak perlu nak ikut perhimpunan mcm tu.
ReplyDeleteYang penting tujuan perhimpunan tercapai.
ReplyDeleteIts true, most important the motive must achieve.
DeleteRakyat harus sedar bahawa tujuan sebenar Bersih dijalankan. Demi keadilan dan PRU yang lebih transparent, EC harus berubah dan membaiki kelemahan sistem PRU.
ReplyDeleteRakyat semakin pandai dan mereka tahu apakah sebenarnya mereka perlukan.
ReplyDeleteMotif Bersih memang baik untuk menyeru PRU yang lebih bersih dan adil.
ReplyDeleteBERSIH di Sabah berjalan dengan aman, bagus. Tiada keganasan
ReplyDeleteTidak ada yang istimewa pun dengan BERSIH untuk disokong. Ini cuma memecahkan keamanan Negara semata-mata.
ReplyDeleteitu sajalah yang Tabah tahu.. mengajak rakyat berhimpun.. jika peguam Kong Hong Ming dan Peter Marajin boleh membantu rakyat Sabah menggunakan saluran mahkamah, kenapa Tabah tidak??
ReplyDeletePAS wajar ditolak di negeri ini.. kalaupun mereka berjaya merampas kerajaan Sabah, tidak ada jaminan bahawa negeri ini akan maju membangun.. bagaimana mereka mahu memajukan negeri ini jika penyelesaian mereka hanya melalui perhimpunan??
ReplyDelete