Saudara Pengarang.
PERCAYAKAH anda
Wilayah Persekutuan Labuan kini maju setapak lagi dalam industri pelancongan
dan pelacuran melalui Sindiket Menjual Dara? Dengan hanya RM5,000, pelancong
boleh menjadi lelaki pertama menebuk dara gadis perawan yang muda jelita dan
melayari bulan madu selama tiga malam?
Anda mesti percaya
kerana kami sebagai warga Malaysia yang bertanggungjawab ingin menyalurkan
maklumat terbuka mengenai Sindiket Menjuara Dara, Maksiat dan Judi Haram kepada
pihak berkuasa atasan seperti Jabatan Imigresen dan Unit D7 Polis melalui
portal popular, Sabahkini.net.
Pusat hiburan di Labuan
kini bukan sahaja menjalankan perniagaan aktiviti maksiat tapi juga menjual
wanita dara yang baru sampai ke Labuan dari Filipina (Virgin Girl) kepada
pelanggan mereka dengan harga RM5,000 untuk tiga malam.
Sebelum ini Labuan
terkenal dengan jolokan 10:3 iaitu RM10 untuk tiga tin minuman keras, kini
popular dengan 5:3 iaitu RM5,000 untuk tiga malam bersama Pelacur Dara (Virgin
Prostitute).
Kami mendesak pihak
berkuasa seperti Jabatan Imigresen menghantar Unit Penguatkuasa dari Putrajaya
membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang
terlibat dengan maksiat; dan bukan 'mummy' atau Pengurus Karaoke sahaja yang
ditangkap, manakala tauke pula terlepas dari tindakan undang-undang.
Sebagai contoh, pada
8 April 2012, pihak Imigresen telah menjalankan 'Ops Sayang' di beberapa Pusat
Hiburan dan Pusat Urut di Labuan dan kami difahamkan semua tauke karaoke dan
rumah urut sudah diberitahu awal-awal lagi.
Akibatnya, ramai GRO
tidak turun kerja dan rehat di penginapan yang dikawal rapi. Pada malam serbuan
tersebut, kurang dari 10 wanita yang turun bekerja di setiap karaoke dan pub.
Kami tinjau beberapa
karaoke sebelum serbuan seperti Manila Cafe, Havana Karaoke, Tiptop Karaoke, Popini
Karaoke, V8 Karaoke, Strawberry Karaoke; kami dapati tidak kurang dari 500 GRO;
belum termasuk rumah urut dan pool house yang ada di Labuan.
Kami harap Polis dan Jabatan
Agama Islam akan sentiasa menjalankan serbuan 'Ops Sayang' di pulau kecil ini
seperti di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Kami juga kesal
kerana Polis Labuan semakin gemuk kerana membiarkan premis juga tumbuh bagai
cendawan dan dijaga polis Labuan. Premis Mesin judi haram di Tingkat Satu,
Pekan Jati (sebelah kedai Magnum 4D ) telah beroperasi sejak dua tahun lalu
tanpa gentar kepada operasi pihak berkuasa tempatan dan polis.
Kami terpaksa memberi
maklumat terbuka melalui Sabahkini.net supaya pihak berkuasa seperti PDRM dan
Penguatkuasa Perbadanan Labuan dan SPRM akan mengambil tindakan tegas dan segera
terhadap semua judi haram internet yg banyak telah beroperasi berleluasa di tengah
bandar Labuan ini.
Salam hormat,
MR SAM DAN RAKAN
Anti Judi & Maksiat
Semua pelanggan pelacur dari Philippine d Labuan tertipu dengan Penjualan Dara ini. D Manila Dara boleh d buat @ Repair oleh Doktor sakit puan dengan harga RM:1,200.00 sahaja. Bererti gadis ini masih memperolihi untung dalam RM:3,800.00 lagi.
ReplyDeletePerkara ni memang sangat memberi imej buruk pada negara kita.
ReplyDeleteImej buruk di mata dunia. Pasti Labuan akan terkenal dengan aktiviti tu.
Deletekegiatan ini harus dibanteras.
ReplyDeletePihak berkuasa perlu mengesan dalang dan menangkap mereka semua.
DeleteInilah yang kita harap pihak berkuasa tangani.
ReplyDeletecuba buat laporan rasmi terus kepada pihak polis Labuan.. kalau masih belum ada apa2 tindakan, buat laporan terus kepada bukit aman..
ReplyDelete