Sunday 8 April 2012

'DATUK S' DITANGKAP KHALWAT?


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

KETIKA tengah sibuk menyiapkan artikel 'MADU TIGA' dalam episod ke empat berhubung Skandal Seks Datuk S dan 'Tiga Datinnya', Paparazzi menerima panggilan telefon daripada beberapa orang kanan politik, termasuk seorang Mantan Menteri Kabinet, Ketua Pemuda dan beberapa orang tokoh politik berhubung perkembangan terbaru Datuk S; kononnya beliau ditangkap khalwat dengan pasangannya di Hyyatt Kinabalu, malam semalam.

Menurut pemanggil, mereka bertanyakan pengesahan berita berkenaan daripada Paparazzi yang kebetulan sedang makan bersama kawan; tetapi tidak menyedari bahawa Hotel Hyyat Kinabalu yang menjadi 'Istana Hinggap' Datuk S telah diserbu oleh Pasukan Pencegah Maksiat.

"Mungkin kerja pengikut beliau sendiri atau musuh politik beliau kerana semua tahu sifat Datuk S. Kali ini baru kena buku dengan ruas kerana selama ini dia dakwa dilindungi orang kenamaan," ujar seorang Ketua Pemuda yang meminta agar namanya dirahsiakan.

Paparazzi telah menjalankan siasatan dan daripada maklumat seorang Pengawal Keselamatan Hyyatt Kinabalu, Paparazzi mendapati berita tersebut benar kerana beliau yang mengiringi Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah ketika membuat serbuan.

"Pihak JHEAINS dan polis membawa mereka (Datuk S dan pasangan) pergi ikut pintu belakang bersama barang bukti bagi mengelakkan kes tersebut menjadi tumpuan ramai," akui Pengawal Keselamatan tersebut yang menjelaskan beliau hanya menjalankan tugas dan enggan memberikan sebarang komen lanjut.

Bagaimanapun Paparazzi tidak dapat mengenalpasti sama ada pasangannya ketika ditangkap adalah Sofea @ Pia Binti Dahlan atau wanita lain yang sering menjadi teman asmaradananya.

Beberapa orang rakan Paparazzi memberitahu bahawa Toyota Rush SAB599A milik Pia kelihatan di tempat letak kereta di Hadapan Hyyat Kinabalu, tetapi gagal mengenal pasti apakah Pia yang dicekup bersama Datuk S dalam Skandal Seks songsang mereka.

Menurut maklumat yang Paparazzi terima daripada seorang tokoh politik veteran, rakan khalwat Datuk S ialah Sofea yang berasal dari Purto, Puteri Pulau Phalawan, Filipina yang datang ke Sabah 9 tahun lalu dan berjaya mendapat kad pengenalan projeknya dengan bantuan Datuk S yang menjadikannya Gundik Seumur Hidup!

3 comments:

  1. makin hangat cerita Datuk S ini. baik dedahkan siapa Datuk S tersebut.

    ReplyDelete
  2. betulkah ditangkap khalwat?? jadi kes datuk S ini sedang menuju kepada 'penyelesaian' la kan?? kalau sudah kena tangkap mesti kena siasat sampai ke lubang cacing..

    ReplyDelete