Wednesday, 4 April 2012

GUNDIKKU PATI!


Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET

PENDEDAHAN Episod I dan Episod II Skandal Adun Kasanova ini mengejutkan ramai pihak terutama beberapa orang Adun yang mempunyai Skandal yang hampir sama.

Mereka saling tuding menuding jari mencari punca siapa yang mendedahkan rahsia mereka kepada Paparazzi sehingga Editor Sabahkini.net menasihati Paparazzi agar lebih berhati-hati kerana ada pihak yang ingin membalas dendam terhadap Paparazzi.

Kereta Paparazzi yang diletakkan di Kompleks Segama telah diguris dengan begitu dalam (mungkin dengan paku enam inci) dan dua tayar kereta Paparazzi dicucuk dengan paku sehingga pancut dan Paparazzi terpaksa pulang dengan menaiki teksi.

Paparazzi tidak tahu apa motif mereka melakukan demikian sedangkan Paparazzi belum mendedahkan siapakah Adun Kasanova tersebut dan hanya mendedahkan maklumat umum seorang Gundik kesayangannya.

Editor Sabahkini.net memaklumkan Paparazzi, beliau turut menerima ugutan melalui email dan surat sehingga menasihati Paparazzi agar tidak terlalu mendedahkan identiti suspek dan memastikan tidak bersendirian di tempat sunyi bagi mengelak serangan yang tidak dijangkakan, kerana sebelum ini Datuk S pernah menyerang musuh politiknya.

SELESA.....Daripada kandang ayam di Beverly Hills, Pia mendapat rumah yang lebih selesa, sesuai dengan tarafnya sebagai Gundik, sekalipun PATI.

Bagaimanapun setelah berbincang dengan Editor dan Panel Peguam Sabahkini.net, Paparazzi meneruskan pendedahan Adun Kasanova tersebut dengan menumpukan perhatian terhadap seorang Gundik Kesayangannya yang sebelum ini dinamakan sebagai Sofea atau nama sebenarnya, Pia Binti Dahlan.

Siapakah Pia dan siapakah Dahlan? Pia ialah perempuan Visaya atau orang Sabah panggil 'Tagalog' dari Manila yang memasuki Sabah secara sah sebagai pekerja sosial tetapi gagal memperbaharui pasportnya dan menjadi PATI di Sabah.

Demi survival di Sabah, Pia terpaksa melayan Datuk S sebagai 'Sugar Daddy' atau panggilan manja, 'Bapa Gula' kerana Datuk S adalah golongan lelaki 'Kia Boh' atau takut bini, tetapi 'Hamsap!'.

Pia dikhabarkan memeluk Islam tetapi tidak mendaftarkan pernikahan (kononnya dinikahkan oleh Imam 'Zero-Zero') dengan Datuk S, tetapi kemudiannya diketahui isteri Datuk S, Datin J yang pernah menyerang Pia atau Datin P.

Persoalan menarik yang ingin Paparazzi kongsikan dengan pembaca Sabahkini.net ialah bagaimana Pia menjadi Warganegara Malaysia dalam sekelip mata sedangkan ratusan ribu warganegara asing terpaksa menunggu antara 15 hingga 20 tahun sebelum mendapat taraf kerakyatan Malaysia.

Melalui PROnya, Paparazzi mendapat tahu bahawa Datuk S yang membantu Pia mendapatkan Mykad melalui jalan belakang kerana adalah tidak mungkin Pia berjaya memohon Mykad melalui saluran Undang-Undang, apatah lagi tidak mendaftarkan pernikahannya dengan Datuk S.

Tetapi Paparazzi begitu terkejut kerana PRO Datuk S memberitahu bahawa Datuk S mempergunakan sepupu Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang bernama Haji Dahlan Bin Abdul Karim untuk membuat akuan palsu mengakui bahawa Pia sebagai anaknya.

SUBAHAT....Apakah Tun Juhar (kiri) dan adiknya Datuk Armani (kanan) dan sepupu mereka, Haji Dahlan (tiada dalam gambar) turut bersubahat dengan Datuk S membantu PATI (Pia) mendapat kerakyatan songsang? Semoga kebimbangan Paparazzi tidak berlaku.

Paparazzi tidak tahu sama ada Tun Juhar dan adiknya, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara, Datuk Armani Mahiruddin sedar bahawa Datuk S telah mengheret sepupu mereka ke dalam kancah subversif, melindungi PATI dan membuat akuan palsu.

Tetapi daripada desas desus istana dan di kampung kelahiran Tun Juhar di Tambisan, Paparazzi mendapat tahu TYT dan penduduk Kg Simuning di Tambisan kesal dengan sikap Datuk S melindungi PATI dan bersubahat membantu Pia mendapat dokumen pengenalan diri, sedangkan Pia tidak mempunyai Sijil Lahir dan hanya mempunyai Pasport Filipina yang sudah tamat tempoh.

Paparazzi mencabar Pia menjalani ujian DNA bagi memastikan beliau adalah anak Haji Dahlan ataupun dengan kata lain Anak Saudara TYT dan Datuk Armani!

Walaupun sudah lebih 30 tahun Haji Dahlan berpindah dari Kampung Simuning bersama Tun Juhar dan Datuk Armani, namun penduduk Kampung Tambisan sudah pastinya mengenali anak beranak Haji Dahlan, tetapi mereka curiga kerana Pia tiba-tiba wujud tanpa perlu dilahirkan oleh isteri Haji Dahlan.

PRO Datuk S turut memberitahu bahawa sekalipun Pia tidak memiliki Sijil Lahir, namun Datuk S telah berjaya mendapatkan pasport untuk Pia melalui jalan belakang bagi membolehkan Pia berulang alik ke Manila melawat ibu bapanya.

Paparazzi mengenali PRO Datuk S melalui seorang kawan dan sikap celupar PRO ini membolehkan Paparazzi menjalankan siasatan dan mengorek rahsia kerana PRO tersebut sama spesis dengan Datuk S, iaitu Mr Womanizer!

Tanpa sedar, PRO memberitahu Paparazzi bahawa Datuk S yang membayar wang deposit rumah Pia di No 19, Lorong 12, Ujana King Fisher, Kota Kinabalu secara tunai sejumlah RM50,000 dan ansuran bulanannya turut dibayar Datuk S sekalipun pinjaman perumahan di Maybank tersebut atas nama Pia Binti Dahlan.

Sebelum membeli rumah di Ujana King Fisher ini, kata PRO Datuk S, Pia tinggal di H4-3, Beverly Hills Apartment, Fasa 1, Jalan Bundusan Kota Kinabalu dan terbukti beliau berkata benar kerana alamat tersebut dinyatakan di dalam rekod JPN.

TERBONGKAR.....Inilah Salon milik Pia di Centre Point yang menjadi tumpuan Datuk dan Datin.

PRO Datuk S pernah membawa Paparazzi dan beberapa rakan menyuci rambut di salon Pia, Hair Zone Saloon & Beauty Centre di Tingkat 2, Lot B 13, Centre Point Kota Kinabalu (bersebelahan dengan Jecline Beauty Centre & IT Point 2).

Daripada PRO Datuk S, Paparazzi mendapat tahu bahawa Pia tidak mempunyai anak dengan Datuk S tetapi Pia ada memelihara seorang anak angkat lelaki bernama Mohd Nafi dipercayai seorang PATI.

Bagaimanapun PRO Datuk S yang hanya bercakap besar tetapi tidak pandai menyimpan rahsia menyebabkan Paparazzi mendapat nombor kad pengenalan Pia dan Paparazzi meminta Peguam Sabahkini.net membuat carian di Jabatan Pendaftaran Negara.

Hasilnya amat menakjubkan kerana Pia yang kononnya dilahirkan pada 15 Mac 1967 tidak memiliki kad pengenalan lama selain nombor MyKad 670315-12-5012 sedangkan ketika itu kesemua anak Haji Dahlan yang dilahirkan sekitar 1960-an hingga 1970-an semuanya memiliki Sijil Lahir dan nombor kad pengenalan lama.

SUBVERSIF.....Cabutan data JPN ini menunjukkan ada yang tidak kena dengan MyKad Pia kerana tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama dan dicatatkan bahawa kemungkinan Pia tidak lahir di Malaysia!

Paparazzi terkejut kerana di dalam Data JPN dicatatkan Taraf Warganegara/ Penduduk Pia ialah 'Warganegara Secara Kuatkuasa Undang-Undang/Perkara 30 (3)'.

Paparazzi meminta Peguam Sabahkini.net menyemak apakah maksud Perkara 30 (3) Perlembagaan Persekutuan dan diberitahu maklumat berikut;

"30 (3) Bagi maksud menentukan sama ada seseorang dilahirkan sebagai warganegara Persekutuan, apa-apa soal sama ada dia dilahirkan sebagai warganegara suatu negara lain hendaklah diputuskan oleh Kerajaan Persekutuan dan perakuan Kerajaan Persekutuan mengenai soal itu adalah konklusif (melainkan jika dibuktikan bahawa perakuan itu telah didapati dengan cara fraud, nyataan palsu atau penyembunyian sesuatu fakta material)."

Kerakyatan Pia ini mungkin boleh menarik minat Kerajaan Malaysia untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dengan segera dan menjadikan Pia sebagai bahan 'Ujikaji RCI' yang paling tepat kerana seorang penggubal undang-undang (Datuk S) telah membelot kepada negeri dan negara Malaysia dengan bersubahat membantu PATI mendapat kerakyatan songsang.

TAMAT....Pasport Antarabangsa Malaysia Pia bernombor H16691775 telah tamat tempoh pada 25 Januari 2012, tetapi belum diperbaharui sehingga kini.

Peguam Sabahkini.net yang menjalankan carian juga mendapati Pia mendapat Kad Pengenalan sekitar 2004 dan Pasport Malaysia bernombor H16691775 pada 25 Januari 2007 dan telah tamat tempoh pada 25 Januari 2012, tetapi belum diperbaharui.

Persoalannya, bagaimana Pia boleh mendapat Pasport Malaysia sedangkan rekod lamanya dan salinan Pasport Filipinanya masih dalam simpanan Jabatan Imigresen?

Ikuti siri akan datang, 'MADU 3' untuk mengetahui berita yang lebih hangat!

9 comments:

  1. pasti ramai peminat kisah ini boleh di NOVEL kan hehe...dan boleh juga di Filem kan... pecah panggung..

    ReplyDelete
  2. pendedahan demi pendedahan dilakukan. makin hangat isu ini.

    ReplyDelete
  3. Memang wajar pendedahan seperti ni dibuat agar ADUN sentiasa beringat dan tidak melakukan perkara yang sama di masa akan datang. Yang penting ada bukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah guna kuasa harus didedahkan. kalau ada bukti memang tidak dapat lari laa...

      Delete
  4. Nampaknya paparazzi Sabahkini.net berada dalam bahaya dengan pendedahan skandal ni. beranikah untuk ambil risiko?

    ReplyDelete
  5. panggilan manja, 'Bapa Gula' .... LOLs...

    ReplyDelete
  6. Kita tunggu pendedahan seterusnya mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  7. Mahu juga lihat saloon yang dikatakan ini. Macam tempat promosi saloon pula Sabahkini ini.

    ReplyDelete
  8. kalau Paparazi Sabahkini syak bahawa kes Datuk S ini mempunyai kaitan dengan salahguna kuasa atau penyelewengan, kenapa tidak buat laporan polis atau sprm?? kenapa perlu terbitkan pendedahan bersiri??

    ReplyDelete