Tuesday 3 April 2012

OPS GEMBLENG, KERAKYATAN SONGSANG (SIRI II)

HANTU....Dua orang pengikut setia Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (kiri dan kanan Nasrun) adalah sebahagian daripada lebih 322,903 warganegara segera yang dilahirkan BN untuk menjadi Pengundi Hantu sejak 1994.


Oleh : MUTALIB M.D

OPS GEMBLENG bukan cerita dongeng rekaan rakyat Sabah tetapi adalah sebahagian daripada sejarah, namun tidak dicatatkan dalam buku sejarah secara formal; sekalipun terdapat bukti yang melampaui keraguan munasabah berhubung kehadiran pengundi hantu. Siri ini adalah lanjutan daripada SIRI I yang telah disiarkan sebelum ini.

Secara lebih jelas ikuti huraian yang dibuat secara analisa bersilang dan huraian yang terperinci bagi membolehkan kita melihat metoda dan memahami taktik Kerajaan Barisan Nasional mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah daripada PBS, sehingga kelihatan bahawa OPS Gembeling adalah 'X-Files' untuk memastikan 31 Kawasan di dalam genggaman BN kerana mereka telah memiliki sejumlah pengundi setia yang mendapat kad pengenalan projek.

Secara praktikalnya, OPS Gembleng telah berjaya sepenuhnya pada 1999 setelah mereka berjaya merampas 28 daripada 31 kawasan sasaran pelaksanaan Ops Gembleng. Empat kawasan yang mereka gagal hanya Tandek, Kundasang, Labuk dan Kuamut, tetapi kini semua milik BN.

Berikut adalah analisa prestasi keputusan pilihanraya 1990 dan jangkaan kemampuan BN (UMNO) memenangi pilihanraya 1994 dan mengambil alih kuasa daripada Kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) yang dilancarkan oleh Jentera BN ketika itu.

Kawasan Pilihanraya N1 BANGGI mempunyai pengundi seramai 6,555 pada 1993. Pada pilihanraya umum 1990 (6,104 pengundi) Calon USNO, Datuk Amir Kahar Bin Tun Datu Mustapha memperolehi 2,284 undi mengalahkan calon PBS, Abidula b Amsana yang mendapat 1,084 dengan majoriti 1,200 undi. Manakala calon Berjaya, Saludin b Ali Besar hanya memperolehi 251 undi; Calon AKAR, Eyon b Angis dan calon PRS, Motimbun b Stujongkok masing-masing mendapat 175 dan 168 undi.

Jentera pilihanraya BN telah membuat Jangkaan Prestasi Akan Datang berdasarkan Analisa Kaum 1993 iaitu Islam (BI) 4,750 orang, Bukan Islam (BBI) 1,791 orang dan Cina 14 orang.

Mengikut jangkaan mereka Barisan Nasional akan memperolehi 4,212 undi (90%) daripada Bumiputera Islam; 70 undi (100%) daripada IC Projek dan 1 undi (10%) daripada Cina. Berdasarkan jangkaan berkenaan, BN akan menang di DUN N1 Banggi dengan majoriti 2,011 setelah mendapat 4,283 undi berbanding PBS hanya memperolehi 2,272 undi.

Keyakinan bahawa Bumiputera Islam begitu memuncak sehingga mereka membuat keputusan N1 Banggi tidak memerlukan Tambahan KP Projek kerana yang sedia ada 70 sudah mencukupi.

Maka pada pilihanraya umum 1994, dengan jumlah pengundi seramai 6,555 orang, sekalipun Calon BN, Abdul Mijul Bin Unaini berjaya memperolehi 1,988 undi tetapi masih gagal menewaskan calon PBS, Datu Amir Kahar bin Tun Datu Mustapha yang mendapat 2,335 undi tetapi berjaya mengurangkan majoriti daripada 1,200 undi pada 1990 kepada 347 undi sahaja.

Namun bagi Kawasan Pilihanraya N2 Kudat yang mempunyai Pengundi seramai 15,298 pada 1993, Jentera Pilihanraya BN telah membuat tiga Teori Kemungkinan Kebarangkalian seperti berikut;

Teori Pertama

Berdasarkan Prestasi 1990 (Pengundi 12,610), Calon PBS Wong Phin Chung memperolehi 4,667 undi menewaskan Calon LDP Chong Kah Kiat yang memperolehi 4,043 undi dengan majoriti 624 undi. Calon lain BERJAYA Yong Tze Khiun (309); AKAR,Willie Chong Kui Shen (48); PRS, Lee Tain Soong (127) BEBAS, Guraham Hj Lolong (60) dan DAP, Chong Jan Fah (94)

Mengikut statistik SPR, pada 1993 pengundi N2 Kudat seramai 15,298 terdiri daripada Islam (BI) 6,694 orang; Bukan Islam (BBI): 3,094 orang; Cina, 5,504 orang dan kaum lain (6)

Dengan menjangkakan BN akan mendapat 5,303 (90%) undi Bumiputera Islam, 801 (100%) daripada Pemegang IC Projek yang sedia ada dan 550 (10%) daripada Cina,. Manakala PBS pula dijangka akan memperolehi 3,094 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 590 (10%) daripada Bumiputera Islam dan 4,954 (90%) daripada Cina.

Berdasarkan analisa berkenaan, PBS akan mengekalkan kerusi DUN N2 Kudat kerana dijangka akan memperolehi 8,644 undi berbanding hanya 6,654 sahaja yang akan berpihak kepada BN; maka Jentera Pilihanraya BN memerlukan pertambahan 1,000 Pengundi IC Projek bagi memastikan calon BN memenangi kerusi berkenaan.

Teori Kedua

Jentera BN menjangkakan daripada keseluruhan 15,298 pengundi DUN Kudat pada 1993, BN akan memperolehi 5,303 (90%) undi Bumiputera Islam, 801 (100%) undi IC Projek dan 2,201 (40%) undi Cina; manakala PBS diyakini akan mendapat 3,094 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 590 (10%) undi Bumiputera Islam dan 3,303 (60%) undi Cina.

Dengan jangkaan BN akan memperolehi 8,305 undi berbanding PBS 6,993, dengan Majoriti 1,312

Teori Ketiga

Jentera BN menjangkakan daripada keseluruhan 15,298 pengundi DUN Kudat pada 1993, BN akan memperolehi 7,755 undi masing-masing 5,303 (90%) undi Bumiputera Islam, 801 (100%) undi IC Projek dan 1,651 (30%) undi Cina; manakala PBS diyakini akan mendapat 7,543 undi iaitu 3,094 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 590 (10%) undi Bumiputera Islam dan 3,853 (70%) undi Cina dan kaum lain (6); maka BN yakin menang dengan majoriti kecil iaitu 212 undi.

Ketiga-tiga teori ini telah memberikan harapan yang besar kepada BN dan terbukti dengan pertambahan 1,000 Pengundi IC Projek, BN telah memenangi DUN N2 Kudat dengan majoriti 279 undi apabila Calon BN, Kong Fo Min @ Kong Hong Ming memperolehi 5,476 berbanding Calon PBS Datuk Wong Phin Chung yang mendapat 5,197. Calon lain BEBAS, Datuk Haji Taulan bin Jalaluddin (29), BERSEKUTU, Mohd Hairul bin Ebok (123); SETIA, Chin Ket Phin @ Abdul Halim ( 59)

Bagi DUN N3 BENGKOKA yang dimenangi oleh Calon PBS, Paul Tom Imbayan pada 1990 dengan majoriti 357 undi, BN yakin akan dapat merampas kerusi berkenaan pada pilihanraya umum 1994.

Sekalipun dalam pilihanraya umum 1990 Calon USNO, Masrani Parman hanya memperolehi 2,135 undi tetapi gagal menyaingi undi yang diterima Calon PBS, Paul Tom Imbayan iaitu 2,492. Calon lain BERJAYA, Alin b Dolong (161); AKAR, Molopong Mojolou (71); PRS, Hj. Jasni Piut (261) dan BEBAS, Puddin b Hj Peitu (33)

Pada 1993, terdapat 9,003 pengundi berdaftar di Bengkoka iaitu Bumiputera Islam (BI) 5,754; Bukan Islam (BBI) 3,137; Cina 109 dan Kaum Lain 3.

BN menjangkakan akan memenangi kerusi Bengkoka dengan majoriti 1,543 undi jika berjaya memperolehi 5,273 undi iaitu 4,412 (90%) undi Bumiputera Islam, 851 (100%) Pemegang IC Projek yang sedia ada dan 10 (30%) undi Cina. Manakala PBS dijangka akan mendapat 3,730 undi iaitu 3,137 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 491 (10%) Bumiputera Islam, 99 (90%) undi Cina dan Kaum lain 3.

Dengan pertambahan 900 Pengundi IC Projek ke Bengkoka, maka pada pilihanraya umum 1994, Calon BN, Masrani Parman berjaya memenangi DUN Bengkoka dengan majoriti 833 undi setelah memperolehi 3,511 undi berbanding Calon PBS, Paul Tom Imbayan yang hanya memperolehi 2,678 undi.

Bagi N5 TANDEK yang mempunyai pengundi seramai 6,676 pada 1990, PBS berjaya memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,136 undi setelah calonnya, Saibul Supu memperolehi 2,449 undi berbanding Calon USNO, Saidi Suari yang hanya mendapat 1,313 undi; Calon BERJAYA, Dason Gaban (271); AKAR, Saibon b Papalan (354) dan PRS, Herowan b Malingka (372).

Berdasarkan pecahan pengundi Tandek pada 1993 yang terdiri daripada 4,280 Bumiputera Islam, 2,588 Bumiputera Bukan Islam dan 70 Cina; BN yakin akan mendapat 3,860 undi iaitu masing-masing 3,835 undi (90%) Bumiputera Islam, 18 undi (100%) IC Projek sedia ada dan 7 undi (10%) undi Cina.

BN menjangkakan PBS akan memperolehi 3,078 iaitu 2,588 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 427 (10%) undi Bumiputera Islam dan 63 (90%) undi Cina.

Namun BN tidak sempat menambah pengundi IC Projek di Tandek menyebabkan Calon BN, Saidi Suari (2,258) tumpas kepada Calon PBS, Saibul Supu (2,926) dengan majoriti 668 undi pada Pilihanraya Umum 1994 berdasarkan jumlah pengundi 6,938.

Bagi DUN N7 TEMPASUK yang dimenangi calon PBS, Robert Ripin Minggir yang mendapat 2,915 undi menumpaskan calon USNO, Haji Musbah Haji Jamli yang mendapat 2,572 undi; Calon BERJAYA, Datuk Mohd Noor Mansur (1,089); Calon AKAR, Pandikar Amin Hj Mulia (1,139); Calon PRS, Jumit Panau (105) dan Calon BEBAS, Mukamat Abdullah (15) pada 1990.

Dengan jumlah pengundi seramai 10,858 pada 1993, BN yakin akan menang dengan majoriti 2,028 jika mereka memperolehi 6,443 undi iaitu masing-masing 5,956 (90%) undi Bumiputera Islam, 486 (100%) undi Pemegang IC Projek sedia ada, 1 (10%) undi Cina; manakala PBS dijangka akan mendapat 4,415 undi iaitu 3,712 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 662 (10%) undi Bumiputera Islam dan 12 (90%) undi Cina.

Berdasarkan analisa tersebut, BN telah menambah 500 pengundi IC Projek pada pilihanraya umum 1994 dan hasilnya Calon BN, Pandikan Amin Haji Mulia telah memenangi kerusi Temasuk dengan majoriti 2,960 undi setelah mendapat 4,142 undi berbanding Calon PBS, Dausin Pangalin yang hanya mendapat 1,452 undi dan Calon BEBAS, Suwah Buleh yang memperolehi 1,106 undi.

Pada Pilihanraya Umum 1990, Calon USNO, Tun Datu Hj Mustapha b Datu Harun telah memenangi DUN N 8 Usukan dengan majoriti 2,657 undi setelah mendapat 4,805 undi berbanding Calon PBS, Pinjaman b Hassin (2,145); Calon BERJAYA, Raskan b Asing (573); Calon AKAR, Edham b Hj Sakmad (407); Calon PRS, Melin Laut (208) dan Calon BEBAS, Jamrah Kantoh/ Ching Ing Hing (181).

Berdasarkan jumlah pengundi Bumiputera Islam seramai 9,881 daripada 12,452 pemilih berdaftar, BN membuat keputusan tidak perlu menambah pengundi IC Projek kerana yang sedia ada seramai 155 orang sudah memadai; apatah lagi pengundi Bumiputera Bukan Islam hanya seramai 1,777 orang, Cina 788 orang dan kaum lain seramai 6 orang sahaja.

BN meyakini akan mendapat 8,986 undi iaitu masing-masing 8,753 (90%) undi Bumiputera Islam, 155 (100%) undi IC Projek sedia ada dan 78 (10%) undi Cina akan menewaskan PBS yang dijangkakan akan mendapat 3,466 undi sahaja iaitu 1,777 (100%) undi Bumiputera Bukan Islam, 973 (10%) undi Bumiputera Islam, 710 (90%) undi Cina dan 6 undi daripada kaum lain.

Keputusan Pilihanraya Umum 1994 menepati sasaran BN apabila Calon BN Md Salleh Md Said telah memenangi DUN Usukan dengan majoriti 2,683 undi setelah berjaya mendapat 6,274 undi berbanding Calon PBS, Datu Badaruddin Tun Mustapha 3,591; Calon SETIA, Semat Haji Abdul Karim (159) dan Calon BEBAS, Salisi Ukoh (150).

Bagi N15 SUGUT, yang mempunyai Pengundi 4,878 pada 1990, telah dimenangi Calon PBS, Jublee K.K.Zen dengan majoriti kecil 459 undi setelah memperolehi 1,666 undi menewaskan Calon USNO, Musa Aman (1,207); Calon BERJAYA, Abd Rahman Atang (114); Calon AKAR, Ronald Kiandee (231) dan Calon PRS, Julius Niyo (71).

Dengan menjangkakan BN akan memenangi Kerusi Sugut jika BN menambah 500 lagi Pengundi IC Projek berbanding yang sedia ada seramai 888 orang, maka pada pilihanraya umum 1994, Calon BN, Surady b Kayong telah berjaya menewaskan Calon PBS, Jublee KK Zen dengan majoriti 79 undi setelah mendapat 2,403 undi berbanding Jublee hanya 2,323 undi.

Sekalipun PBS memenangi pilihanraya umum DUN N 17 Sungai Sibuga pada 1990, namun BN yakin akan berjaya merampas kubu kuat PBS pada 1994 kerana telah berjaya menambah 2,201 Pengundi IC Projek.

Buktinya pada pilihanraya umum 1994, Calon BN, Musa b Aman telah berjaya menewaskan Calon PBS, Thien Fui Yun dengan majoriti 3,708 undi setelah masing-masing memperolehi 8,211 undi dan 4,503 undi. Manakala Calon SETIA, Satiman Taman dan Calon BERSEKUTU, Hamid Jan @ Piging Jan masing-masing memperolehi 42 dan 63 undi.

CONTOH.....Berikut adalah contoh analisa yang dijalankan di Petagas, salah satu daripada 31 kawasan yang terlibat dengan Ops Gembleng.

Semakan terperingkat dengan Jentera BN, pada 1994 BN telah merekrut seramai 31,670 pengundi IC Projek untuk diagehkan di 31 kawasan Sasaran Ops Gembleng iaitu di Banggi (70), Kudat (801), Bengkoka (851), Tandek (18), Tempasuk (486), Usukan (155), Sulaman (302), Kundasang (121), Ranau (410), Sugut (888), Labuk (248), Sg. Sibuga (2,201), Elopura (1,177), Sekong (2,604), Sukau (1,476), Kuamut (532), Petagas (2,836), Kawang (568), Buang Sayang (468), Bongawan (562), Kuala Penyu (346), Klias (1,125), Lumadan (106), Sipitang (545), Merotai (3,372), Lahad Datu (3,483), Kunak (1,982), Balung (2,937) Dan Sulabayan (1,545).

Jentera BN telah menambah Pengundi Hantu pada pilihanraya Umum 1994 seramai 10,900 orang lagi iaitu di Kudat (1,000), Bengkoka (900), Tempasuk (500), Sulaman (300), Kundasang (3,500), Ranau (2,000), Sugut (500), Kuamut (500), Petagas (300), Kawang (500), Buang Sayang (400), Lahad Datu (500).

PATI....Abdul Muis Picho adalah salah seorang Pengundi Hantu yang direkrut BN kini telah berjaya menjadi ADUN Sebatik. Jika dicalonkan kembali pada PRU 13, beliau berpeluang menjadi Menteri atau Ketua Menteri. Syabas!

Namun jumlah pemegang IC Projek ini sudah melebihi 1.7 juta setelah anak-anak mereka turut diluluskan MyKad setelah ibubapa mereka memperolehi IC Projek dan kebanyakan mereka kini adalah pengundi tegar BN.

Berdasarkan huraian di atas, saya meramalkan Barisan Nasional akan terus mengekalkan kuasa untuk tempoh sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang selagi UMNO berkuasa kerana mereka mempunyai deposit tetap atau pengundi setia melainkan pihak lawan seperti KeADILAN atau DAP turut menggunakan taktik yang sama ataupun timbul kesedaran mutlak dari kalangan rakyat Sabah untuk menolak Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Kelantan, Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.

Namun untuk melakukan tugas tersebut bukanlah semudah yang disangkakan kerana para pemimpin BN akan mencari jalan untuk mengekalkan kuasa mereka di Sabah dengan memanipulasi sistem pilihanraya, kelonggaran undang-undang dan melakukan pembelotan secara tidak bermaruah dengan menghalalkan apa sahaja cara walau terpaksa membelanjakan seluruh khazanah negara!

24 comments:

  1. Hopefully the issue with doubtful voters can be cleaned up by the Electoral Commission before the next General Election commence.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasatan later belakang amat diperlukan untuk menjamin golongan ini betul-betul berkelayakan mendapat sijil kelahiran.

      Delete
    2. Senarai yang diragui harus disiasatan sebelum PRU13.

      Delete
  2. The EC has urged the government to halt the polls until the voter registration list can be cleaned up. Hopefully they will be able to do so in order to ensure the GE-13 is clean and fair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi senarai tidak dibersihkan, PRU tidak mungkin adil dan bersih.

      Delete
  3. kerana hal ini RCI diperlukan bagi siasat projek ic dan SPR kena pastikan senarai pengundi benar2 brsih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan persekutuan gagal menubuhkan RCI?

      Delete
  4. Pembentangan laporan PSC untuk penambahbaikan sistem pilihanraya telahpun dibuat. hanya menunggu untuk pelaksanaannya. harap2 PRU dijalankan dengan bersih dan adil serta memuaskan hati para pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Senarai nama harus dikemas kini untuk mengalakkan mana-mana golongan mengambil kesempatan.

    ReplyDelete
  6. SPR harus mengkaji formula untuk menjamin PRU dijalan dengan bersih, terbuka dan amanah.

    ReplyDelete
  7. Who is the man behind the project IC? Why no investigation been made about such issue?

    ReplyDelete
  8. Isu kerakyatan isu yang amat penting, harus disiasat latar belakang untuk mengenalpasti identiti setiap individu.

    ReplyDelete
  9. SPR harus membaiki kelemahan masing-masing.

    ReplyDelete
  10. Namun untuk melakukan tugas tersebut bukanlah semudah yang disangkakan kerana para pemimpin BN akan mencari jalan untuk mengekalkan kuasa mereka di Sabah dengan memanipulasi sistem pilihanraya

    Tiada pihak yang berkuasa untuk manipulasikan sistem pilihanraya demi mengekalkan kuasa. Jika ini, tiada gunanya membuat pilihanraya sebab demokrasi tidak terjamin.

    ReplyDelete
  11. EC must ensure that the issue regarding the doubtful voters is solved before election comes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. its impossible to have a clean and fair election if there are doubtful voters.

      Delete
  12. each year the problem of illegal immigrants are becoming more common ... hope the federal government really give serious attention to the problem faced by Sabahans

    ReplyDelete
  13. the government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority

    ReplyDelete
  14. buktikan kepada rakyat bahawa kerajaan negeri/pusat benar-benar prihatin terhadap isu projek IC dan PATI di Sabah

    ReplyDelete
  15. perkara seperti di atas semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, moga kerajaan benar-benar prihatin terhadap isu ini dan bertindak segera

    ReplyDelete
  16. anyway, not sure yet BN would lose a sizeable chunk of votes if the RCI were implemented in order to crack down on the state’s massive population of illegals..

    ReplyDelete
  17. Perjuangan dalam BN adalah perjuangan parti bukan perjuangan individu. Pasti dengan sokongan dan kerjasama parti dapat memangi PRU13.

    ReplyDelete
  18. RCI jawapan bagi penyelesaian masalah ini. Semoga RCI akan dapat ditubuhkan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  19. cuba lihat berapa ramai pemimpin2 dalam Pakatan yang menggunakan kod 71(bukan orang tempatan).. tidak lama lagi mereka2 ini akan jadi menteri kabinet persekutuan..

    ReplyDelete