TINDAKAN Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk meneruskan perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai tidak membawa manfaat bagi keamanan negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, kata Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.
"Perarakan atau demonstrasi besar-besaran bukan budaya kita. Kita mempunyai saluran yang cukup bagi menyuarakan rasa tidak puas hati termasuk melalui proses undang-undang dan setiap orang termasuk Bersih perlu menghormatinya," katanya kepada Bernama selepas melancarkan program belia ‘Juara Rakyat’ di Kota Belud, kelmarin.
Beliau berkata ini kerana perhimpunan itu, walaupun polis memutuskan tidak memberikan permit, mungkin membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesesakan jalan, kerosakan harta benda awam dan menjejaskan perniagaan.
"Sebarang bentuk budaya perhimpunan atau demonstrasi (di jalanan) tidak diterima di negara ini. Perhimpunan itu bukan sahaja akan menyebabkan kesesakan trafik tetapi juga menganggu ketenteraman. Orang yang patuh kepada undang-undang tidak mahu perkara ini berlaku di negara ini.
"Jika Bersih benar-benar mahu mengamalkan hak demokratiknya melalui perhimpunan atau demonstrasi, mereka boleh mengadakannya di dalam stadium atau dewan tertutup dan bukan di jalanan," katanya.
Sambil menyifatkan perhimpunan itu sebagai bermotifkan politik dalam usaha untuk menarik sokongan kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, Salleh berkata; "Biar orang ramai putuskan kerajaan pilihan mereka melalui peti undi".
"Kenyataan bahawa calon pembangkang menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum lalu membuktikan bahawa proses pilihan raya di negara ini dijalankan secara adil," katanya.
Menurut laporan akhbar, PAS yang menjadi anggota jawatankuasa Bersih akan menggerakkan 100,000 anggota dan penyokong untuk mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 2.0, yang mungkin diadakan di satu lokasi yang belum dinyatakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai.
Selasa lepas, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 30 pertubuhan bukan kerajaan berasas Melayu mengumumkan rancangan untuk menganjurkan perhimpunan sebagai membantah perhimpunan Bersih.
Sementara itu, Salleh meminta penduduk Sabah supaya tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perhimpunan umum anjuran Bersih.
Rakyat Sabah jarang melakukan demostrasi seperti ini. Ini bukan budaya kita.
ReplyDeleteMungkin lebih baik demonstrasi Bersih ni tidak dibuat. kalau nak buat juga biarlah di tempat yang tertutup.
ReplyDeletesetuju dengan shiro, lebih baik jika demonstrasi tidak dibuat. ia boleh menimbulkan pelbagi masalah seperti kesesakan jalanraya dan memberikan imej yang tidak baik kepada pelancong luar.
ReplyDeleteJika segelintir para Pemimpin Perusuh mendakwa SPR gagal mengadakan pilihanraya yang bersih, majoriti rakyat Malaysia tidak menganggapnya begitu. ini hanya cubaan pengkhianat untuk menimbulkan rasa benci yang tidak bersebab, manaikkan kemarahan yang tidak ada asas serta sengaja menanam persepsi yang salah terhadap SPR dan kerajaan pilihan rakyat.
ReplyDeletejika SPR kotor, PAS tidak akan kekal mentadbir di Kelantan, malah negeri maju seperti Selangor tidak akan jatuh ke tangan PKR..
dengan penganjuran demonstrasi jalanan seperti ini, saya semakin tidak yakin bahawa Pakatan boleh mentadbir negara ini dengan baik. tidak mustahil budaya turun ke jalan raya ini akan terus diguna pakai sekalipun terpaksa berhadapan dengan masalah2 luar negara.
ReplyDeletedemontrasi ini hnya mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan nama Malaysia di mata pelancong asing. lebih baik demontrasi ini dibatalkan.
ReplyDeleteBetul. Ini bukan budaya orang Malaysia. Negar sudah aman tidak perlulah lagi buat semua ini.
ReplyDelete