Friday 17 June 2011

ANIFAH SETUJU SUDAN HADIR LID



Oleh : NURULHUDA CHE DAS DAN MUIN ABDUL MAJID

MENTERI Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata memecilkan Sudan, yang presidennya kini berhadapan dengan tuduhan penghapusan bangsa daripada tribunal antarabangsa, mungkin tidak semestinya berbaloi dari segi memperbaiki keadaan negara yang bergolak itu.

Bercakap menjelang Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011, beliau berkata adalah lebih elok untuk meneruskan penglibatan dengan Sudan.

"Antara objektif LID ialah berkongsi pengalaman Malaysia dari segi tadbir urus dan amalan yang baik, contohnya, dan kita merasakan yang kita ada sesuatu untuk ditawarkan kepada negara-negara lain yang menyertai LID," kata beliau kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata Presiden Sudan, Omar Al-Bashir tidak akan menghadiri forum yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 21 Jun di Putrajaya. Sebaliknya, negara itu akan diwakili oleh menteri luarnya.

Menurut Anifah, beliau sedar kemungkinan yang pemimpin Sudan itu tidak dapat datang ke Malaysia untuk LID.

"Kami telahpun menghantar jemputan kepada semua ketua negara atau kerajaan, dan kebanyakan mereka menghantar wakil peringkat tinggi seperti naib presiden dan menteri.

"Adakah kita rasa seseorang yang telah dikeluarkan waran tangkapan akan datang ke Malaysia?," tanya beliau.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap kepada kerajaan Sudan untuk Al-Bashir pada Julai 2008 atas tuduhan jenayah perang, jenayah terhadap manusia dan penghapusan etnik kerana terlibat dalam konflik Darfur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah berkata yang kehadiran Al-Bashir di LID boleh memalukan Malaysia.

Anifah bagaimanapun menawarkan satu perspektif yang berbeza, sambil menyatakan jika kehadiran presiden Sudan di LID boleh memperbaiki situasi di negara bergolak itu, maka Malaysia telah melakukan sesuati yang amat berguna.

Menteri Luar itu berkata Malaysia berminat untuk terus mengekalkan hubungan dengan rakan negara Afrikanya, yang mana ia telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pelaburan.

Contohnya, penglibatan syarikat minyak Malaysia Petronas dalam sektor petroleum Sudan, katanya.

8 comments:

  1. Anifah mempunyai perspektif yang berbeza tentang presiden Sudan. Harap ianya memberi kesan yang positif kepada kedua-dua negara.

    ReplyDelete
  2. Berat juga tuduhan yang dikenakan ke atas al-Bashir ini. Harap kebenaran akan diketahui.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya wakil Sudan ke LID perlu dijemput walaupun Omar Al-Bashir telah dikenakan waran tangkap oleh ICC.

    ReplyDelete
  4. Harap Anifah Aman akan membuat apa yang perlu untuk kebaikan semua.

    ReplyDelete
  5. Anifah mempunyai pandangan sendiri dan harap ianya memberikan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  6. rasanya Datuk Seri Nazri tidak perlulah masuk campur urusan luar negara. Datuk Seri Anifah Aman lebih tahu bidang tugas beliau dan tahu apa yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  7. harap LID akan membawa hasil yang baik.

    ReplyDelete
  8. Baguslah kalau Anifah berfikiran demikian. Harap hubungan antara Malaysia dan Sudan akan dalam keadaan yang baik.

    ReplyDelete