Sunday, 12 June 2011

SAMPAH PUNCA LOJI KUMBAHAN TERSUMBAT!



PERIKSA…..Faizal (kanan) dan Stanley (dua dari kanan) bersama wartawan Sabahkini.net memeriksa punca limpahan kumbahan ke jalan raya.

Oleh : CHANG SHAK HUNG

“BERBAU busuk dan menjijikkan!” Begitulah ungkapan yang perlu ditanggung oleh penduduk di sekitar Taman Tai Fui Yin, Batu 8, Sandakan, untuk jangka masa hampir dua minggu sebelum seorang penduduk, Wong, mengadu kepada Wartawan Sabahkini.net pada petang kelmarin (Sabtu).

Walaupun sabtu dan ahad merupakan cuti umum, namun tidak menghalang wartawan mendapatkan gambaran awal dan terus melawat loji rawatan kumbahan (sewerage treatment plant) bersama Wong dan begitu terkejut dengan bau busuk yang meloyakan daripada air kumbahan; apatah lagi melimpah ke atas jalan raya.

Penduduk setempat yang ditemui, terutamanya penduduk di kampung yang terletak bersebelahan loji rawatan tersebut, mengadu mereka tidak berselera makan serta tidur dan sehingga menjejaskan kerja seharian.

Aduan tersebut telah diajukan terus kepada Jurutera Kerja JKR, Faizal Abdul Rahman, Sandakan dan satu tindakan drastik telah diambil dengan mengarahkan kakitangan JKR untuk memeriksa punca yang menyebabkan air kumbahan tersebut mengalir hingga ke atas jalan raya, sebaik sahaja beliau menerima aduan daripada wartawan Sabahkini.net.

Dalam tinjauan bersama Faizal dan attendan stesen pam pembentungan, Stanley Mohamed bin Omar dan wartawan, begitu menghampakan kerana mendapati tangki penapisan tersebut dipenuhi dengan sampah sarap sehingga tersumbat dan menyebabkan sisa kumbahan melimpah keluar.

Sabahkini.net dimaklumkan bahawa masalah tersebut akan diselesaikan dalam masa sehari dua lagi oleh pihak kontraktor. Faizal dan Stanley turut menjelaskan bagaimana sistem kumbahan tersebut beroperasi.

Loji tersebut yang terletak di Jalan Sulaiman, Batu 8 merupakan sebuah loji kumbahan yang baru dan masih di bawah penyelenggaraan pihak kontraktor sebelum diserahkan kepada pihak JKR Bahagian Sandakan.

Loji rawatan tersebut yang menampung sistem pembentungan bagi Pasar Sibuga Jaya, perumahan dan lot-lot kedai di Batu 8, serta kawasan sekitarnya, mampu memberikan keselesaan kepada penduduk setempat.

Kerjasama yang diberikan JKR kepada Sabahkini.net selaku media baru yang menjadi lidah rasmi rakyat Sabah amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih dan mengharap kerjasama yang seumpama itu daripada Jabatan Kerajaan yang lain.

Sikap bertanggung jawab dan penuh dedikasi Faizal dan Stanley yang sanggup bertungkus-lumus membantu menyelesaikan masalah rakyat dan melalui aduan yang diajukan melalui Sabahkini.net memudahkan urusan dan mengurangkan karenah birokrasi melambangkan semangat Kerajaan 1Malaysia.

11 comments:

  1. That's why the people must remember not to throw rubbish where they're not supposed to. Hope that the issue can be solved soon.

    ReplyDelete
  2. Ini sebagai pengajaran. Jangan sembarang ja buang sampah. Buang la sampah di tempat yang sepatutnya untuk sampah sarap.

    ReplyDelete
  3. Salah siapa bila keadaan sebegini terjadi? Perlu ada kesedaran sivik dalam diri masing2 untuk menjaga kebersihan bersama-sama.

    ReplyDelete
  4. Pujian diberikan kepada mereka yang peka terhadap masalah ini dan berusaha menyelesaikannya.

    ReplyDelete
  5. kesedaran harus ada kepada semua orang. buanglah sampah ditempat yang sepatutnya.

    ReplyDelete
  6. harap masalah loji kumbahan ni dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  7. wartawan Sabahkini juga patut menerima pujian. mereka bukan sahaja membantu rakyat menyuarakan rasa tidak puas hati mereka malah berusaha mendapatkan penjelasan sekaligus penyelesaian dari pihak yang bertanggungjawab.. tidak seperti media politik yang lain.

    ReplyDelete
  8. penduduk sendiri yang membuang sampah tersebut merata-rata sehingga loji kumbahan tersumbat, kesedaran harus ada dalam diri mereka.

    ReplyDelete
  9. Inilah akibatnya kalau suka buang sampah. Tengok kan dah terkena kesannya, huhu

    ReplyDelete
  10. Semoga masalah ini dapat ditanggani segera sebelum bertambah teruk.

    ReplyDelete
  11. Punca semua ini kerana siapa??Kalau bukan penduduk sendiri membuang sampah merata-rata punca perkara ini berlaku.

    ReplyDelete