Sunday, 12 June 2011

RUMAH KEBAJIKAN RAYU SELESAI BANJIR KILAT



CHONG...Rayu sistem perparitan dapat diselenggarakan bagi mengelak banjir kilat seperti ini sehingga memasuki pejabat persatuan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

WALAUPUN hujan turun tidak sampai 20 minit, tetapi pejabat Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home) yang terletak di kawasan Rumah Warga Tua Seri Harapan, Batu 5, Jalan Sibuga Sandakan dengan pantas dinaiki air hingga ke paras lantai.

Banjir kilat ini berpunca daripada sistem perparitan di kawasan perumahan tersebut yang tidak sempurna dan mengakibatkan kawasan ini mudah dilanda banjir kilat kerana begitu pantas air bertakung.

Senario ini dijelaskan sendiri oleh Naib Pengerusi Persatuan Rumah Amal Sabah-Sandakan, Peter Chong Thai Moi kepada Sabahkini.Net, semalam, sejurus selepas menghadri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan kali ke 7 20009/2011 persatuan tersebut.

Kata Chong, masalah ini sudahpun diberitahu kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada sebarang respon untuk diterima sehingga menimbulkan masalah kepada penghuni-penghuni berhampiran.

Sehubungan itu, Chong merayu ehsan mana-mana wakil rakyat membantu menyelesaikan masalah tersebut kerana sudah begitu lama berlarutan, terutama untuk menaiktaraf sistem perparitan yang sedia ada.

10 comments:

  1. Hope that this problem can be fixed soon.

    ReplyDelete
  2. Pihak yang bertanggungjawab perlu segera menyelesaikan perkara tu. Ini tidak memberi keselesaan kepada rumah kebajikan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  4. penyelesaian terbaik perlu dicari agar banjir kilat tidak berlaku lagi dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  5. sepatutnya pihak yang berkenaan itu segera bertindak sebaik dilaporkan mengenai masalah tersebut. harap wakil rakyat di kawasan itu dapat membantu menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  6. bagaimana agaknya jika hujan berlarutan selama satu jam atau lebih?? perlukah pihak yang bertanggungjawab menunggu keadaan menjadi kritikal baru mahu bertindak?? masalah seperti ini patut ada tindakan segera sebaik menerima aduan dari orang awam..

    ReplyDelete
  7. sistem pengairan kawasan tersebut harus diperbaiki agar lebih sistematik

    ReplyDelete
  8. Betul tu mandau. Jadi pihak yang berkaitan haruslah menngambil tindakan segera dalam hal ini.

    ReplyDelete
  9. Semoga hal ini dapat diselesaikan segera demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  10. Harap jangan terlalu bergantung dengan MPS. Sebaiknya bersamalah menjaga kawasan kita sendiri. Contoh melakukan gotong royong bersama-sama. Mungkin masalah ini tidak akan timbul.

    ReplyDelete