Wednesday, 23 January 2013

SKANDAL MANTAN YDP PERKASA SABAH






Saudara Pengarang,

SAYA Ahli PERKASA Sabah yang berdaftar di Lahad Datu dan menyertai Perkasa Sabah tahun lalu kerana mahu mencari tapak menjaga hak sebagai bumiputera Sabah.

Sebelum menyertai PERKASA Sabah, sahabat-sahabat saya telah memaklumkan bahawa PERKASA Sabah di bawah kepemimpinan seorang ketua yang berjawatan dan berpangkat dalam masyarakat dan boleh memastikan hak bumiputera terpelihara.

Ketua Perkasa Sabah orangnya berani, ada wang dan orang muda. Yang penting sekali, dia anak tempatan Sabah. Tidak lain tidak bukan orangnya ialah Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman.

Mula-mulanya saya memang yakin dengan kepemimpinannya. Dia pandai berpidato dan meyakinkan orang ramai, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim. Saya memang kagum dengan kebolehannya ditambah lagi dia ada gelaran dan berpendidikan tinggi.

Tapi selepas beberapa bulan, saya terbaca di surat khabar Sabah yang ada tiga orang membuat laporan polis di balai polis Tawau terhadap beliau kerana dipercayai menipu. Waktu itu saya masih tidak percaya bahawa beliau berperangai buruk begitu kerana saya lihat dia baik orangnya.

Dia selalu menyebut ayat-ayat Al-Quran dan hadis nabi dalam ucapannya, jadi tidak mungkin orang yang tahu soal agama boleh membuat jahat. Lagipun dia ada perniagaan besar dan bagi saya dia tidak gelap mata pasal wang kerana selalu nampak wang yang banyak serta selalu juga menderma.

Lama-kelamaan saya sedar Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman bukanlah orang yang boleh jadi ketua yang baik. Saya terjumpa mangsa penipuannya di Tawau dan dapat tahu cara dia memperdayakan orang.

Dia memang licik dan menggunakan perjanjian yang dibuat untuk mendapatkan wang. Kesnya sampai sekarang belum selesai dan polis masih teruskan penyiasatan.

Saya juga telah melihat internet di www.rumahbicarasulu.org dan saya sangat terkejut kerana Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman serta kawan-kawannya dapat pingat dari Raja Muda Sultan Sulu. Gambarnya dan senarai penerima pingat pun ada di dalam internet tu. Dari maklumat yang saya terima, pingat itu dibeli dengan harga yang mahal.




PINGAT.....Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman di kanan sekali.

Dalam facebooknya juga dia beritahu yang dia dapat gelaran Pangeran dari Indonesia. Selepas saya tanya kawan-kawan, anugerah dari Keraton di Indonesia dan Sultan Sulu di Filipina tidak diiktiraf kerajaan kita; malah kerajaan negara tersebut juga tidak mengiktiraf gelaran berkenaan.

Apa juga jasanya sampai dapat pingat dari sana? Jadi kenapa dia masih mau pakai gelaran itu biarpun tidak diiktiraf? Tidak lain sebabnya kerana  mahu dipanggil Datuk supaya senang memperbodohkan orang ramai terutama ahli PERKASA Sabah.

Dia juga kononnya dapat gelaran Doktor dari Universiti Jurusalem dan hadir Konvokesyen di sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. Saya tambah hairan sebab macam mana dia boleh dapat gelaran itu di Universiti Jurusalem? Orang Yahudi atau Israelkah dia ini?

Jadi selepas dia tidak lagi jadi kepemimpinan utama PERKASA Sabah, saya sangat gembira sebab dia tidak layak jadi pemimpin dan hanya memburukkan nama PERKASA Sabah. Kami mahukan ketua yang tidak pandai berlakon dan seorang yang jujur seperti kepemimpinan baru PERKASA Sabah yang ada sekarang.

Sekarang ini, perangai buruk Datuk Seri Utama Pangeran Dr Mohd Jefry Bin Rosman sudah terbongkar. Kenapa lagi dia mahu mengganggu kepemimpinan PERKASA Sabah yang baru? Bertaubatlah!

Salam Hormat,


AHLI SETIA PERKASA

5 comments:

  1. kenapalah harus kamu membuat kerusakan didunia wahai hamba ALLAH yang maha besar..memburukkan,fitnah,aib,ini juga adalah kerusakan yang sangat dahsyat yang kamu lakukan...agama telah mengajar kita jangan lah kamu berbuat kerusakan didunia,berbuat baik lah kamu,tuhan juga ada berfirman jangan lah kamu saling bermusuhan..jadi dia baik kah, jahat kah, penipukah itu semua tak penting..celakalah kamu yang melakukan ini..tidak kah kamu memandang diri kamu sendiri..ingat azab ALLAH tak kan pernah sempit tapi iya luas untuk orang-orang yang lupa pada dirinya sendiri..dan ingat lah kamu,jikalau anda menafikan hal ini..bertaubatlah sebelum kamu di sembahyang kan.

    ReplyDelete
  2. Hutang mu Jeff RM4000 lg belum langsai.. Tiba2 jd org penting byk bisnes.. Hairan2...

    ReplyDelete
  3. Dari 2003 lg sampai skrg klu ada bunga sampai juga RM10K hutang mu... Bila boleh byr? Janji mu sikit2 tp pandai menghilang terus.. Mcmna ba ko ni... menipu je kerja mu.. Sy baru dpt berita ko ada kes mahkamah 10hb March ni klu didapati bersalah akan dijatuhkan hukum.. Padan muka ko Jeff..

    ReplyDelete
  4. nampaknya saypun dah terkena dgn DS jefri,

    ReplyDelete
  5. nampaknya saypun dah terkena dgn DS jefri,

    ReplyDelete