Oleh : IDA LIM
KUALA LUMPUR : Suruhanjaya
Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram di Sabah perlu memanggil Tun Dr
Mahathir Mohamad, kata badan bukan kerajaan yang memperjuangkan reformasi
pilihan raya.
Bersih 2.0 cawangan Sabah
membuat cadangan mereka melalui video di talian kelmarin.
“Bersih Sabah merasakan RCI
seharusnya memperkenalkan saksi baru dan kita mendesak anggota RCI agar sapena
seperti berikut,” kata Andrew Ambrose, wakil Bersih 2.0 Sabah kepada wartawan kelmarin.
Beliau kemudian membacakan
senarai nama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Ketua Menteri Sabah Datuk Musa
Aman, Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, Tan Sri Herman Luping dan Datuk KY
Mustafa.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0
Datuk Ambiga Sreenevasan (gambar) ditanya kemudian apakah Datuk Seri Anwar
Ibrahim juga harus diberi sapina untuk menjadi saksi dalam pendengaran RCI
Sabah.
“Semua yang terlibat harus
dipanggil. Saya tiada isu dengan itu. Saya fikir RCI seharusnya tahu siapa
saksi yang diperlukan. Dan saya fikir sesiapa yang bertanggungjawab, berpotensi
bertanggungjawab atau yang tahu, atau yang mungkin tahu, harus dipanggil untuk
RCI,” kata Ambiga.
Minggu lepas, Timbalan
Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mendakwa parti itu telah menerima maklumat plot
untuk mengaitkan Anwar semasa pendengaran RCI.
Azmin juga dilihat membuat
langkah pre-emptive untuk memesongkan perhatian terhadap Barisan Nasional (BN),
mengatakan bahawa testimoni semasa pendengaran menunjukkan kepada peranan
institusi Perdana Menteri.
Beliau kemudian mengatakan
Dr Mahathir yang merupakan perdana menteri pada ketika itu harus
dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berlaku di Sabah.
Dr Mahathir merupakan Perdana
Menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui 'Projek
IC', di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti
kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua
Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke1985,
menafikan kewujudan 'Projek IC' tersebut.
Anwar menjadi Timbalan
Perdana Menteri dari tahun 1993 sebelum dipecat pada tahun 1998. Beliau juga
merupakan Menteri Kewangan dari 1990 sebelum dilucutkan jawatan.
No comments:
Post a Comment