Tuesday, 24 April 2012

40 TAHUN TUNGGU KERAKYATAN



SAMPAIKAN....Dennis menyampaikan Sijil Kelahiran kepada Sayang Jalong, warga emas dari Long Banga yang sudah lebih empat dekad menunggu dokumen pengenalan diri, kelihatan sama Nelson (kanan).

Oleh : SUDAN AJANG

PENANTIAN warga emas, Sayang Jalong, 78, untuk memiliki Sijil Kelahiran dan MyKad menjadi kenyataan apabila dokumen itu akhirnya dikeluarkan, setelah menunggu lebih empat dekad.

Menurut Nelson Karel iaitu anak kepada Sayang, ayahnya sudah lama memohon dokumen pengenalan diri dan dalam tempoh tersebut dia membuat enam kali permohonan, namun kesemuanya ditolak kerana alasan yang tidak diketahui.

“Saya sudah putus asa untuk membuat permohonan kerana sudah terlalu lama. Malah saya juga hampir putus asa menguruskan permohonan ini termasuk pergi ke Kuala Lumpur, Kuching dan Miri,” katanya semasa penyampaian Sijil Kelahiran oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dennis Ngau kepada Sayang di Hotel Dynasty semalam.

Sehubungan itu Nelson berkata, dia dan ayahnya seolah-olah tidak mempercayai apabila dokumen tersebut diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebelum ini, Nelson turut mendapatkan bantuan daripada Senator Lihan Jok, Dennis Ngau termasuk bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mahmood Adam semasa lawatan ke Miri tempoh hari.

“Saya berterima kasih kepada semua pihak terutama wakil rakyat di Telang Usan, ketua kampung dan ketua masyarakat dan JPN yang bekerjasama untuk merealisasikan harapan ayah saya untuk memiliki Sijil Kelahiran dan MyKad,” katanya.

Sayang dari Long Banga dilahirkan pada 1934 dan masih bergiat aktif sebagai ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) di kampungnya.

Sementara itu, Dennis berterima kasih kepada Nelson kerana terus berusaha mendapatkan dokumen pengenalan untuk ayahnya walaupun permohonan sebelum ini ditolak sebanyak enam kali.

“Bukan kerajaan tidak mahu meluluskan permohonan itu serta-merta, namun kerajaan perlu membuat kelulusan secara teliti menyebabkan ia tertangguh.

“Nasihat saya kepada rakyat di Baram yang belum mempunyai dokumen pengenalan agar terus membuat permohonan dan jangan putus asa jika permohonan pertama tidak diluluskan,” kata Dennis.

Beliau turut memuji usaha Unit Khas Bergerak (UKB) JPN Miri yang berterusan bergerak ke kawasan pedalaman di Ulu Baram untuk membantu penduduk mendapatkan dokumen pengenalan diri.

“Syabas kepada UKB Miri atas komitmen tinggi mereka untuk membantu rakyat pedalaman memiliki dokumen pengenalan tanpa perlu turun ke Miri,” katanya sambil menambah ia sekali gus membuktikan kesungguhan kerajaan dalam menangani mas-alah rakyat berkaitan dokumen pengenalan diri. (theborneopost)

10 comments:

  1. tapi kalau mangali atau pilak, sehari pun boleh dapat MYKAD..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam anda tahu? anda supplier???

      Delete
    2. misalnya la Sayang Jalong boleh dapat MyKad dalam masa sehari, kemudian hal itu disiarkan di media.. mesti ada pihak yang mempertikaikan tindakan JPN dan tidak kurang juga yang minta latar belakang Sayang Jalong disiasat.. begitulah hipokritnya penyokong2 parti politik di negara ini..

      Delete
  2. Saya masih mempunyai BUKTI yg KUKUH seorang Isteri Peniaga Pakistan (Warga Pakistan pada mulanya)baru saja sampai kedaerah tersebut 7 hari sudah mendapatkan Maykad Malaysia. D mana kesilapan perkara ini. Kebanyakan Warga negara asing yg berurusan maykad Malaysia ini terus ke Putrajaya. Hanya menggunakan duit Rm:8000.00 sahaja dia sudah dapat maykad tersebut. Bagaimana system keselamatan Negara Malaysia ini ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI diperlukan di Sabah, Persekutuan perlu serius dalam menangani masalah PATI/IC projek

      Delete
  3. Tidak hairanlah kalau orang2 yang lahir sebelum merdeka menghadapi masalah macam ni.

    ReplyDelete
  4. Baguslah sekarang sudah dapat sijil lahir dan Mykad. mungkin ramai lagi orang yang diluar sana tu ada masalah macam ni dan perlu bantuan pemimpin2 untuk ajukan pada kerajaan.

    ReplyDelete
  5. akhirnya usaha dia dalam mendapatkan mykad berjaya jg.

    ReplyDelete
  6. Sudah begitu lama akhirnya hajat yang ditunggu tercapai juga.

    ReplyDelete
  7. haa, inilah buktinya bukan mudah mendapat kerakyatan di negara ini.. walaupun individu itu penyokong kuat parti kerajaan..

    ReplyDelete